bab 3

"Cheer Up, Jeon Jungkook!"

Jungkook melindungi Jay di belakangnya, takut gadis itu turut disakiti. Ketua mereka, Kris Wu mendekati kami. Bahu Jungkook ditepuk lembut oleh lelaki itu. Namun segera Jungkook menepisnya. Mata Kris beralah ke Jay.

 

“Kau mesti Yoo Jiyu kan? Budak cemerlang dekat Jungwon High School. Senang bertemu dengan kau,” kata Kris sambil menghulurkan tangan kepada Jay. Salamnya tidak disambut Jay.

 

“Bukan sekarang masanya. Baik kau blah,” ujar Jungkook. dia memegang erat tangan Jay. Kris mengangkat keningnya. “Jungkook.. tak sangka kau ada girlfriend secantik macam ni. Tak nak kongsi ke?” kata Kris membuatkan Jungkook meradang. Dia mencengkam kolar baju Kris.

 

“Kau jangan sampai aku bunuh kau. Baik kau berambus sebelum aku naik angin.” Bisik Jungkook ke telinga Kris tetapi Kris hanya ketawa sinis.

 

“Bunuh aku? Are you kidding me, Jeon Jungkook? Tolong jangan buat lawak dengan aku.”

 

Muka Kris bertukar serius. Dia mendekatkan diri dengan Jungkook. “Aku tak pernah takut dengan kau kalau nak tahu. Kau tu, anak emak! Kau dengar tak? Anak em-

 

Belum Kris menghabiskan kata-katanya, Jungkook terus menumbuk muka Kris sehingga cecair merah keluar dari mulut lelaki itu. Konco-konco Kris mahu menyerang balas, tetapi Kris melarang. Dengan kekuatan yang ada, Kris mampu berdiri seperti biasa.

 

Jungkook mahu memukul Kris lagi, tetapi tangannya ditahan Jay. Gadis itu menggeleng perlahan.

 

“Lagi sekali kau cakap macam tu, aku pastikan kau merana. Kau ingat tu!”

 

Jungkook terus dari situ. Namun rasa tidak senang hati. Tak mungkin mereka mahu melepaskan mereka begitu saya. Tetapi Jungkook tidak peduli. Dia terus pergi dari situ dengan perasaan geram. Tangan  mereka masih bersatu.

 

Dibelakang, Kris tersenyum sinis tanpa pengetahuan. “Kau fikir aku bodoh?” Kris mengarahkan beberapa orang anak buahnya untuk menyerang hendap Jungkook.

 

 

 

 

Jay menarik muka. Dia sepuluh sentimeter ditinggalkan Jungkook di belakang. Jungkook paling pantang apabila orang menggelarkannya ‘Anak emak’. Hina sangatkah perkataan tu?

 

“Jeon Jungkookie~” Jay menyanyi-nyanyi kecil. Suaranya sengaja dikuatkan agar Jungkook dapat mendengar. Niat sebenarnya, dia mahu meredakan hati Jungkook yang masih berapi.

 

“Senyaplah kau!” marah Jungkook tanpa memandang Jay di belakang. Jay mencebik.

 

“Orang depan tu janganlah jeles. Aku tahu suara aku sedap.” Kata Jay lagi.

 

“Suara katak panggil hujan lagi sedap tau tak,” Jungkook membalas dengan sadis. Sebenarnya dia sudah lama tersenyum sejak Jay menyanyi lagi. Sengaja dia mahu menunjukkan sisi egonya.

 

“Eiii! Kau sekolah ke tak ni? sampai suara katak dengan suara manusia tak reti beza,” kutuk Jay terang-terangan. Jungkook dengan geram. Dia menoleh ke belakang.

 

“Jiyu!” Jay terasa pipinya pedih akibat ditusuk benda tajam. Dia terduduk di tanah. Segala berlaku dengan pantas.

 

Dua orang lelaki berpakaian hitam cuba melarikan diri, tetapi dia dikepung oleh geng Sehun, iaitu Exo.

 

Suho selaku ketua dalam kumpulan Exo berjalan ke hadapan, berbanding dengan rakan-rakannya.

 

“Apa hak nak kacau anak buat aku? KAU SIAPA!” tak sampai beberapa saat, dua-dua melayang akibat tendangan kuda daripada Suho. Dari raut wajah Suho cukup membuktikan bahawa dia sangat marah.

 

Xiumin kemudiannya berdiri di sebelah Suho.

 

“Siapa ketua korang?” soal Xiumin. Namun nada suaranya tenang, tidak seperti Suho yang baran orangnya.

 

“K-ris..” Suho ketawa sinis.

 

“Shi-bal! Aku dah agak dah!” kata Suho sambil mendengus kecil. “Kali ni kau selamat. Lagi sekali aku nampak kau cuba kacau anak buah aku atau perempuan tu, nahas kau dibuatnya.” Dengan itu, mereka terus menghilangkan diri. Mata mereka memerhati Jungkook dan Jay yang sedang berpelukan di jalan.

 

Pada ketika itu, Jungkook sedang menenangkan Jay yang sedang menangis.

 

“Aku ada lah.. jangan menangis,” pujuk Jungkook. mereka mendekati Jungkook dan Jay.

 

“Aku dah agak benda ni akan jadi. Yang gatal nak gaduh sorang-sorang pasal apa.” Ujar Sehun sambil tersenyum sumbing. “Kata geng. All for one, one for all,” kata Sehun lagi.

 

Jungkook mencebik. Tangisan Jay sudah reda. “Ayat cerita barbie mana kau rembat tu?” desis Jungkook dengan menyampah. Dia memang mereka satu persatu. “Anyway, thanks..”

 

Jungkook menolong Jay bangun. “! Pipi kau berdarah,” segera Jungkook menarik Jay ke kedai berhampiran. Mereka hanya mengikuti.

 

“Kau nak bawa aku pergi mana ni?” soal Jay dengan pelik.

 

“Dia nak bawa Jiyu pergi dating! Tak perasan ke Jiyu oi!” celah Baekhyun di belakang. Yang lain mengetawakan Jungkook. untuk pengetahuan semua, mereka semua satu sekolah. Maka, tak hairanlah kalau mereka tahu nama sebenar Jay.

 

“Jangan merepek, Baek. Dah macam tu, tak kan pergi dating pula,” bantah Chen. “Kahwin je terus! Haha!” tambah Chanyeol pula membuatkan mereka semua tertawa.

 

Muka Jungkook merah mendengar usikkan daripada Exo. Jay pun sama.

 

“Dah lah tu! Malu diorang nanti,” kata D.O lalu berpura-pura mencekik Baekhyun. Ini kerana Baekhyun yang memulakan dahulu.

 

“Tolong Ai! Hubby!” jerit Baekhyun memanggil Chanyeol. Serta merta Chanyeol memeluk Baekhyun dan menolak D.O jauh dari Baekhyun. “Ai selamatkan You, wifew..”

 

“Thank you, hubby!” Baekhyun cuba mencium Chanyeol tetapi dengan pantas Chanyeol menolak Baekhyun sehingga lelaki keding itu terjatuh ke tanah. “Sebagai upah, wifew kena belanja hubby makan ramen!,” Chanyeol ketawa jahat!

 

“Hubby jahat!”

 

***

 

“Sakit lagi?” soal Jungkook setelah selesai menampalkan plaster ke pipi Jay. Jay sekadar menggeleng.

 

Mereka bersebelas duduk di atas meja duduk. Masing-masing memegang semangkuk ramen untuk menikmati keindahan malam.

 

“Lagi beberapa hari lagi kitaorang nak graduasi,” Xiumin memulakan perbualan. “Nanti kau dengan Sehun jelah yang ada dekat sekolah tu. Kitaorang mungkin dah pergi ikut haluan kitaorang masing-masing. Mulakan hidup yang baru,”

 

“Entahlah.. siapa yang nak tolong aku kalau aku kena serang dengan geng budak sebelah tu,” balas Jungkook dengan sedih.

 

Suho menyerabutkan rambut Jungkook, “Aish budak ni! Kris sebaya kitaorang. Mestilah dia dah berambus dari sekolah tu. Entah apa nak jadi dengan budak tu,” ujar Suho.

 

“Betul ke dia kawan hyung dulu?” soal Jungkook. Mereka mengangguk.

 

“Dia tu kawan tak kenang budi. Malas aku nak cerita pasal dia,”

 

“Jungkook... apa impian kau selama ni?” tanya Jay tiba-tiba. Semua mata memandang Jay. Kemudian kearah Jungkook, “A’ah, Kook.. kau tak pernah dengar kau bercerita tentang impian kau. Semua orang teringin nak tahu,” celah Lay.

 

“Aku tak nak tau,” balas Sehun sambil mengangkat tangan. Dia sudah lama tahu apa impian Jungkook, cuma dia dilarang Jungkook agar tidak membongkarkan impiannya.

 

“Lahai! Kenapa semua orang nak tahu ni? tak penting pun lah..”

 

“Tak payah cakap banyak, dia tu pandai menyanyi,” bidas Sehun dengan selamba.  Jungkook menjeling tajam kearah Sehun yang sedang meniup ramen yang masih panas. “Apa?” soal Sehun dengan muka tak bersalahnya.

 

“Serius kau pandai menyanyi, Jungkook? impian aku nak jadi penyanyi tau!” kata Baekhyun dengan gembira. Jungkook sedikit terkejut.

 

“Penyanyi?”

 

“Kitaorang semua bercadang nak masuk audition dekat SM Entertaiment. Kalau boleh, kitaorang nak terus bersama atas satu pasukan,” kata Suho lagi. Jungkook memandang Sehun. “Kau macam mana pula?”

 

“Kalau ada rezeki untuk aku, adalah..”

 

“Itu semua tak penting. Buat masa ni, korang kena belajar bersungguh-sungguh. Let the light guide your way,” pesan Lay.

 

Jungkook berfikir sendiri.. Let the light guide your way..

 

“Impian kau pula, nak jadi apa Jiyu?” soal Chanyeol.

 

“Aku? Entahlah.. aku tak fikir lagi,” balas Jay sambil tersengih.

 

“Alah.. dia kan pandai. Apa-apa kerja dia boleh handle lah..” kata Sehun sedikit menyampah. Sebenarnya dia cemburu dengan kepintaran Jay.

 

Jay sekadar diam. Dia juga berfikir. Apa impian dia selama ini..

 

“Kalau cari kerja jauh dengan korang, mesti aku sunyi kan. Korang berada dalam satu pasukan. Aku ni tak ada kawan langsung,” ujar Jay kedengaran sedih. Entah kenapa, matanya jadi panas.

 

Mereka yang perasan terus memeluk Jay beramai-ramai termasuk Jungkook. “Alah! Jangan nangis. Ni Jungkook kan ada.”

 

“Kitaorang tak kan lupakan kaulah..”

 

“Kalau kitaorang dah jadi idol, kitaorang kasi kau orang pertama dengar lagu kitaorang.”

 

“Kalau susah sangat, kau kahwin je dengan Jungkook. Habis cerita,” dengan itu, kepala Sehun diketuk keras oleh Jay.

 

Mereka dengan bersatu hati menolak Sehun dari pelukan itu. Mereka semua mengetawakan Sehun yang sudah memasamkan muka.

 

“Cis! Salah ke apa yang aku cakap!” gumam Sehun perlahan. Mentang-mentanglah aku maknae dalam geng itu. Sesedap mereka saja nak buli aku. Hampeh punya hyungs! 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
VampireLuxury
Double update^^

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 1: Alolo kesiannya Jungkook T^T that crying poster face broke my heart.. Btw, awak guna font apa ek? Cantiklah font tu xD
lyly_ameera #2
Chapter 3: ampunkan patik wahai tuanku kris, patik bersalah kerana telah memanggil tuanku banga*g dlm ep lepas. bukan niat patik mahu memaki, perkataan itu cuma terlepas dri mulut patik secara tk sengaja. T_T sekali lgi patik mohon ampunkan lah patik... huhuhu... ok, sketsa permohonan maaf sye dn kris tamat di sini. waduhh.... suka pulak sye tengok jungkook, jiyu dgn geng exo ni. nmpk ikatan friendship diorang. daebak. ;)
tyhah_nad #3
Chapter 3: Lol kesian sehun XD jungkook nak jd penyanyi? Woww
misz_dina #4
Chapter 3: Apela agak2nyA impian sebenar Jungkook?nk jd penyanyi ke...wow,kookie ku yg termanja dh jd ganaxzz..daebaklah! Btw,jgn lupa update for the next chap...hwaiting!!
SWOL_JI88 #5
Chapter 3: Yeyeye >.< Lawak la... xD Kris jahat?? Lahaiii...
xD
SWOL_JI88 #6
Chapter 2: Kyaaa.... bestnyaa!!! ::>_<:: sesuai dgn jiwa sye!!>< Jungkook jdi gengster... ̄ω ̄ omo~~
hahah..XD
SWOL_JI88 #7
Chapter 1: Huhu.. bestlahh..>_<
lyly_ameera #8
Chapter 2: hishhh sape budak2 banganggg tu?! sebok je... bru nk tengok sweet scene. hehe... hai authornim! sye bru je subscribe cite ni. sye dh tk thu nk ckp ape lgi, cite ni memang best, jalan cerita tersusun dan babak yg logik dn sesuai dgn genre cerita. Thumbs up!!!
lyly_ameera #9
Chapter 2: hishhh sape budak2 banganggg tu?! sebok je... bru nk tengok sweet scene. hehe... hai authornim! sye bru je subscribe cite ni. sye dh tk thu nk ckp ape lgi, cite ni mrmang best, jalan cerita tersusun dan babak yg logik dn sesuai dgn genre cerita. Thumbs up!!!
tyhah_nad #10
Chapter 2: Omgg...ape jd le ni ..adoi