bab 4

"Cheer Up, Jeon Jungkook!"

Ujian akhir sudah tamat beberapa minit yang lalu. Jungkook hanya duduk di meja dan melihat semua orang berpusu-pusu untuk pulang. Ada pulang dengan wajah sedih, ada pula gembira tak ingat dunia. Dia? Perasaan apakah yang dia patut tunjukkan sekarang.

 

“Exo hyungs dah graduasi. Diorang semua lulus ke tak ek?” soal Jungkook sendiri. Dia mengeluarkan sebuah buku yang bersampul warna kuning dari beg lalu membelek-beleknya.

 

Its been a long day, without you my friend,

And i’ll tell you all about it when i see you again,

 

Suara milik Jungkook bergema di setiap pelosok kelas 4E sekaligus memecahkan suasana yang sunyi sepi. Dimana semua orang sudah meninggalkan sekolah, baru kini Jungkook mempunyai keyakinan untuk menyanyi di dalam kelas. Suara yang semestinya menusuk kalbu dan mampu membuat semua orang tergamam.

 

Jungkook mengeluh kecil sambil memandang kelasnya. Kemudian dia mengambil beg sandangnya dan keluar dari kelas. Tetapi belum sempat dia berjalan ke pintu, dia disergah oleh Jay dari depan. Jungkook yang tidak bersedia menerima sergahan itu untuk terus terjatuh.

 

“Kau dah kenapa, perempuan! Kalau sehari tak kacau aku tak boleh ke?” marah Jungkook yang masih terbaring. Jay sekadar membuat muka.

 

“Siapa suruh jadi orang terakhir balik? Aku seorang je yang boleh balik lambat.”

 

“Kau kelas sebelah, pergi jaga kelas kaulah. Semak datang kelas aku buat apa?” balas Jungkook. Jay menghulurkan tangannya kepada Jungkook tetapi Jungkook menolaknya. Dia masih boleh bangun sendiri.

 

“Janganlah marah. Aku cuma nak tanya, balik ni kau pergi mana?”

 

“Balik rumahlah. Kau fikir aku pergi mana?” balas Jungkook cepat-cepat. Dalam hati, dia sudah gugup semacam. Jay tidak boleh tahu apa yang dia buat sekarang. Tak. Semua orang tak boleh tahu.

 

“Teman aku cari hadiah untuk nenek aku. Minggu depan, hari jadi dia.” Kata Jay sambil membuat muka comel. Dia mahu pergi bersama Jungkook kerana cuma Jungkook saja yang tahu apa yang disukai neneknya itu.

 

Seperti biasa, jawapannya tidak. Jay hampa.

 

“Kau cucu dia, tak akan saiz bra nenek kau pun tak tau,” ujar Jungkook membuatkan Jay mahu menghempuk kepala lelaki itu. Isu apa yang mereka sedang bincangkan ini? Apa kena mengena?

 

“Kau jadi budak miang dekat sini boleh tak? Aku ajak baik-baik ni.” muka Jay berubah serius. “Betul lah..” balasnya dengan rasa tak bersalah.

 

“Blah lah kau! Benci kau!” ujar Jay lalu keluar dari kelas Jungkook. Jungkook memerhatikan Jay dari belakang.

 

“Love you too..” Jungkook membalas perlahan. Yang pasti, Jay tak akan mampu mendengar ucapan yang ikhlas itu. Entah bila Jay dapat mendengarnya.

 

 ‘Maafkan aku, Jiyu..Tak mungkin aku nak beritahu kau tentang kerja sambilan aku ni. Aku tetap nak bantu keluarga aku, diri aku sendiri, dan...kau. Aku tak nak kau terseksa sekarang.’ Jungkook menarik nafas panjang.

 

***

 

“Terima kasih. Sila datang lagi,” kata Jungkook dengan ramah kepada manusia-manusia yang datang ke Pizza Hut untuk menikmati makan malam.

 

Inilah kerja sambilan Jungkook. Dia mengambil keputusan untuk bekerja agak jauh dari rumahnya agar tiada sesiapa yang tahu akan kerjanya ini. Jungkook memandang pelanggan yang datang bersama keluarga masing-masing. Senyuman mereka jelas terpancar di bibir mereka.

 

Bilalah dia mampu membelikan sekotak piza untuk ibu dan adiknya..

 

“Jungkook, hari ni giliran kau pula lap kaca pintu,” kata Jidam sekaligus menghentikan lamunan Jungkook. Jidam sebaya dengan Jungkook, tetapi mereka berlainan sekolah.

 

Jungkook mengambil kain lap dan spray air di tangan Jidam. “Hari ni aku balik awal sikit. Nanti tolong cakapkan dekat bos.” Ujar Jungkook. Dia terus berjalan keluar dari kedai itu dan memulakan kerjanya.

 

Sambil tangannya ligat mengelap kaca yang sedikit berhabuk, Jungkook menyanyi kecil. Itu merupakan hobi kegemarannya yang tidak diketahui ramai. Lagu See You Again yang ditulis oleh Wiz Khalifa amat di sukainya. Dia sanggup menulis liriknya hanya kerana mahu menghafal lagu tersebut.

 

“Let the light guide you way~”

 

“Jeon Jungkook.” Jungkook tersentak. Segera dia menoleh ke belakang. C..ikgu Rai!

 

“Apa awak buat dekat sini?” soal cikgu Rai dengan berwajah serius. Jungkook meneguk air liur. Apa yang patut dia lakukan sekarang.

 

Tak, Jungkook. kau kan berani. Tak kan dengan cikgu tak cukup pengalaman ni pun kau nak takut?

 

“Kerja. Cikgu tak nampak ke?” balas Jungkook bersahaja. Dia menyambung kerjanya kembali. ‘Pergilah cikgu, pergi..’ doa Jungkook di dalam hati. Dia sangat berharap agar cikgu itu pergi dan buat seolah-olah tiada yang berlaku diantara mereka.

 

“Kamu fikir, cikgu akan lepaskan kamu? Kamu tu bawah umur, Jungkook! sekarang ikut cikgu,” cikgu Rai cuba menarik tangan Jungkook pergi dari situ, namun Jungkook menepisnya.

 

“Apa bezanya? Lepas graduasi, saya kerja untuk sara keluarga saya jugak.” Kata Jungkook sedikit perlahan. Cikgu itu mengeluh kecil. Dia tetap mahu menarik tangan Jungkook.

 

“Ikut cikgu.”

 

“Tak naklah!”

 

“Cikgu cakap ikut!” Jungkook naik rimas dengan perbuatan guru itu. “Kamu jangan degil, Jeon Jungkook!”

 

Jungkook sudah tidak tahan. Dia terus menarik tangannya dari pegangan cikgu Rai dengan kuat sehingga menyebabkan guru itu terjatuh. Jungkook tersentak melihat cikgu Rai terjelopok jatuh ke bawah.

 

Jungkook mendengus kecil.

 

***

 

“Cikgu nak buat apa dengan saya lepas ni? nak lapor dekat cikgu displin? Gantung saya? Atau terus buang saya dari sekolah tu?” soal Jungkook. Tangan cikgu Rai yang luka, dia menyapukan ubat dengan berhati-hati.

 

“Kenapa kamu perlu kerja? Bukan cikgu suruh kamu fokus dalam pelajaran ke?” soal cikgu Rai dengan nada tak puas hati. Jelas lagi nyata yang dia tidak menyukai Jungkook bekerja. Apatah lagi Jungkook masih mentah.

 

“Apa boleh saya buat untuk tolong keluarga saya? Cikgu beruntung. Lahir-lahir, semua dah tersedia.” Balas Jungkook tanpa memandang guru itu. Dia masih leka menyapu ubat luka di tangan cikgu Rai.

 

Cikgu Rai tersenyum sinis. “Kamu lagi beruntung tahu. Kamu ada keluarga, yang sayangkan kamu, beri kamu kasih sayang sepenuhnya. Apa guna kalau kaya tapi kosong?”

 

“Apa maksud cikgu?”

 

“Nothing..” cikgu itu menggeleng. “Nothing what? Can you share it with me?” dengan lancar Jungkook bertutur memeranjatkan cikgu Rai.

 

“You can speak english?” soal cikgu Rai. Jungkook tersengih.

 

“Sikit-sikit je.. Lidah asyik berbelit je bila cakap bahasa barat tu.. tapi..lama-lama jadi seronok pulak.” Ujar Jungkook. Dia menyimpan first-aid box kembali ke dalam laci.

 

“Baiklah, cikgu janji..”

 

“Janji apa?”

 

“Cikgu akan rahsiakan tentang kerja kamu ni. Tapi ada syarat.” Kening Jungkook bercantum “Apa?”

 

Cikgu Rai tersenyum kecil.

 

***

 

“Tak nak!” jerit Jungkook sekuat hati. Terkejut para guru yang berada di dalam bilik guru itu. Dia betul-betul bengang dengan cikgu Rai.

 

“Cikgu, tak ada orang lain ke? Selain dia?” jarinya ditundingkan  di sebelahnya. Ya. Dia adalah Yoo Jiyu.

 

“Kenapa tak boleh? Dia ni manusia jugak. Bagi lima sebab kenapa kamu tak nak Jay jadi pembimbing kamu?”

 

“Pertama, dia hodoh. kedua, dia ganas nak mati. Ketiga, saya tak suka dia. Keempat, dia straight gila nak mati. Dan yang kelima, saya memang tak nak belajar dengan dia.” Jay sekadar kembangkan hidung. Menyampah..

 

“Cakaplah jelah yang kau malu nak belajar dengan aku. Aku ni dahlah cantik, manis, ayu lagi.” Jay memuji dirinya sendiri. Cukup untuk semua orang di situ mahu termuntah mendengarnya.

 

“Eh? Emma Watson lagi cantik dari kau, okey.”

 

“Dia fake. Aku tak. Aku asli okey!”

 

“Even dia fake, dia still cun melecun. Kau tetap hodoh.”

 

“Hem! Ni siapa?” cikgu Rai bertanya sambil menunjuk dirinya sendiri. “Cikgu..” mereka menjawab serentak.

 

“Siapa paling berkuasa di sini”

 

“Cikgu.”

 

“Jadi kamu berdua kena saling tolong-menolong antara satu sama lain. Period. Sila balik ke kelas masing-masing.” Cikgu Rai terus keluar dari situ dan meninggalkan Jungkook dan Jay yang masih bertikam lidah.

 

“Kau, biawak! Hidung kembang!”

 

“Gemuk! Hodoh!”

 

Beginilah mereka setiap hari. Tiada siapa yang mampu menghalang mereka dan terus bergaduh. Cikgu Rai pun lari.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
VampireLuxury
Double update^^

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 1: Alolo kesiannya Jungkook T^T that crying poster face broke my heart.. Btw, awak guna font apa ek? Cantiklah font tu xD
lyly_ameera #2
Chapter 3: ampunkan patik wahai tuanku kris, patik bersalah kerana telah memanggil tuanku banga*g dlm ep lepas. bukan niat patik mahu memaki, perkataan itu cuma terlepas dri mulut patik secara tk sengaja. T_T sekali lgi patik mohon ampunkan lah patik... huhuhu... ok, sketsa permohonan maaf sye dn kris tamat di sini. waduhh.... suka pulak sye tengok jungkook, jiyu dgn geng exo ni. nmpk ikatan friendship diorang. daebak. ;)
tyhah_nad #3
Chapter 3: Lol kesian sehun XD jungkook nak jd penyanyi? Woww
misz_dina #4
Chapter 3: Apela agak2nyA impian sebenar Jungkook?nk jd penyanyi ke...wow,kookie ku yg termanja dh jd ganaxzz..daebaklah! Btw,jgn lupa update for the next chap...hwaiting!!
SWOL_JI88 #5
Chapter 3: Yeyeye >.< Lawak la... xD Kris jahat?? Lahaiii...
xD
SWOL_JI88 #6
Chapter 2: Kyaaa.... bestnyaa!!! ::>_<:: sesuai dgn jiwa sye!!>< Jungkook jdi gengster... ̄ω ̄ omo~~
hahah..XD
SWOL_JI88 #7
Chapter 1: Huhu.. bestlahh..>_<
lyly_ameera #8
Chapter 2: hishhh sape budak2 banganggg tu?! sebok je... bru nk tengok sweet scene. hehe... hai authornim! sye bru je subscribe cite ni. sye dh tk thu nk ckp ape lgi, cite ni memang best, jalan cerita tersusun dan babak yg logik dn sesuai dgn genre cerita. Thumbs up!!!
lyly_ameera #9
Chapter 2: hishhh sape budak2 banganggg tu?! sebok je... bru nk tengok sweet scene. hehe... hai authornim! sye bru je subscribe cite ni. sye dh tk thu nk ckp ape lgi, cite ni mrmang best, jalan cerita tersusun dan babak yg logik dn sesuai dgn genre cerita. Thumbs up!!!
tyhah_nad #10
Chapter 2: Omgg...ape jd le ni ..adoi