bab 1

"Cheer Up, Jeon Jungkook!"

Jungkook di atas lonteng sambil enak menghembus asap rokoknya ke udara. Minda sempitnya berfikir panjang mengenai nasihat cikgu Rai tempoh hari. Cikgu itu terlalu muda untuk mengajarnya apa itu displin, fikir Jungkook. Tetapi apa yang dikatakan cikgu muda kelmarin membuatkan dia terkelu, tersentak dan terdiam.

 

‘Impian itu kita boleh capai, kalau ada usaha dan keyakinan diri. Jungkook nak jadi apa besar nanti?’ soal cikgu Rai kepadanya.

 

Putung rokok yang sudah pendek dia buang ke tanah lalu memijaknya. Siapa kata dia tidak terkilan dengan ucapan cikgu itu? Kata-katanya sangat mendalam dan menyinggung perasaanya.

 

“Cikgu bodoh. Dia siapa nak mempertingkaikan aku nak jadi apa besar nanti.” Dengus Jungkook dengan geram. Kerusi plastik yang sudah patah menjadi mangsa kemarahannya.

 

Hakikatnya, lelaki yang bernama Jeon Jungkook ini seorang yang ego. Dia tidak suka dinasihati tetapi dia tidak mengambil sebarang iktibar akan nasihat itu. Malah dia memarahi guru yang tidak bersalah  walaupun kata-kata guru itu sememangnya benar belaka.

 

“Jauh termenung, bro. Fikir apa?” soal Sehun tiba-tiba muncul. Dia duduk di sebelah Jungkook lalu mengeluarkan seputung rokok dari poket sekolahnya. Pemetik api dihidupkan.

 

“Tak ada. Aku tengah menikmati udara petang yang segar ini.” Balas Jungkook acuh tak acuh. Tak mungkin dia mahu memberitahu Sehun apa yang difikirkan sekarang. “Kau pula, buat apa semak kat sini? Tak jaga kedai?” tanya Jungkook pula. Sehun menggeleng.

 

“Pak cik tua tu bagi aku gaji ciput macam dia jugak. Daripada aku membazir jaga kedai dia yang buruk tu, baik aku cari kerja lain.” Jungkook ketawa kecil. Pak cik tua yang dimaksudkan Sehun itu ialah pak cik saudaranya. Seronok Sehun mengutuk pak cik ‘kesayangan’nya itu.

 

“Pak cik tua itulah yang bagi kau makan minum tahu. Hargailah dia,” kata Jungkook berbaur nasihat. Terkejut Sehun mendengar kata-kata Jungkook. ketawanya meletus.

 

“Serius kau, Jeon Jungkook? kau bagi nasihat pada aku? Lawak, bodoh kau,”tawanya bertukar sengih sinis. “Kau cakap dengan diri sendiri ke?” Jungkook hanya diam. Dia menaya hatinya sendiri.

 

Adakah dia juga sama seperti Sehun?

 

Jungkook yang diam dari tadi membuat Sehun jadi bersalah. “Wei, Kook. Aku tak berniat pun. janganlah amik hati sangat.”

 

“Ya?” Jungkook baru tersedar dari lamunan. Dia memandang ke bawah loteng. Muka Jungkook berubah. “Sehun, tadi kau datang sini, ada sesiapa ikut kau tak?” soal Jungkook. Sehun mengerutkan dahinya. “Er.. tak.”

 

“Pehal budak sekolah sebelah ada dekat depan sekolah? Ramai nak mati.” Kata Jungkook serta merta membuat Sehun bangkit dan turut memandang bawah. Memang benar. Geng budak sekolah sebelah sudah sedia menunggu di depan pagar sekolah.

 

“Bapak arh.. kita nak buat macam mana. Kita berdua nak lawan diorang yang ramai gila tu? Memang sah-sahlah kalah sebelum bertanding,” Sehun merengus kasar. Namun Jungkook tidak peduli, dia terus turun dan mahu pergi menghadap mereka. Itu membuatkan Sehun semakin geram. “Budak ni..”

 

Tak nak tak, terpaksalah Sehun turun juga.

 

“Tunggulah aku! Tak kan kau nak belasah diorang sorang-sorang? Agak-agaklah bro!” ujar Sehun semasa perjalanan ke bawah.

 

“Kalau kau tak nak , dipersilakan duduk atas loteng tu sampai mampus. Tak payah tolong aku. Lagipun geng sial tu tak ada kena mengena dengan kau,” ujar Jungkook selamba. Dia langsung tidak memandang Sehun dan berlari ke depan sekolah.  

 

______

 

“Kau fikir ini sekolah bapak kau yang punya? Pergi balik sekarang!” suara pak cik pengawal memanaskan keadaan. Dia terpaksa memanggil pengawal-pengawal yang lain untuk menghalau mereka. Jungkook segera ke tempat mereka.

 

“Aku nak kau panggil Jeon Jungkook sekarang. Kalau tak, aku bakar sekolah buruk ni!” ugut salah seorang daripada mereka sekaligus ketua dalam kumpulan itu. Baru pak cik pengawal itu mahu membalas, Jungkook mencelah.

 

“Pehal cari aku? Nak mampus awal ke apa?” kata Jungkook menghadap mereka sambil memeluk tubuh. Pagar sekolah menjadi penghalang antara dia dan geng budak sekolah sebelah itu.

 

“Aku dengar kau belasah budak aku sampai lembik budak tu dibuatnya. Apa masalah kau? Kalau kau tak puas hati dengan geng aku, kita boleh bincang lelaki dengan lelaki bro.”

 

“Siapa yang tak puas hati dengan siapa sekarang? Budak kau buat sampah dekat kawasan aku tu. Sepatutnya kau tanya budak kau yang bodoh tu, bukan aku.” Dengan lancangnya Jungkook membalas.

 

Ketua geng itu mula mendidih. “Itu bukan masalah kau. Kau yang bayar tapak tu, tak kan? Kalau nak berunding dengan aku, cakap. Malam ni, pukul 10. Bawalah berpuluh-puluh geng kau pun aku tak kisah. Tempat biasa. Cantik?” cadangnya. Jungkook ketawa sinis.

 

“Aku dah cuci tangan, bro. Aku tak ada masa nak layan kau,” balas Jungkook. Dia mahu berjalan pergi tetapi, “Dah jadi anak mak ke Jungkook?” suara itu menghentikan Jungkook. matanya mula merah menahan marah. Dia mendekatkan diri dengan pagar.

 

“Malam ni. Tempat biasa,” kata Jungkook lalu beredar. Api kemarahannya semakin membuak-buak. Pantang dia mendengar perkataan ‘anak mak’ itu. Dia bukan anak mak.

 

Jungkook keluar dari sekolah melalui lubang rahsia yang dia buat untuk memudahkan dia memonteng sekolah. Dia terserempak Sehun di tengah jalan.

 

“K-au serius?” soal Sehun sedikit terkejut. Jungkook memegang bahu Sehun sebelum menembusi lubang buatannya dan berjalan pergi. Sehun mengetap bibir. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang.

 

“Hello, bro. Kau boleh tolong aku tak?” soal Sehun di hujung talian.

 

*****************************************

 

 Haneul yang sedang bermain-main di luar rumah tersenyum apabila melihat abangnya di depan pagar. Segera dia berlari mendapatkan abangnya.

 

“Abang!” tubuh Jungkook sekelip mata dipeluk erat Haneul. “Abang dah makan?” soal Haneul. Tiada jawapan daripada abangnya itu. Entah kenapa, Jungkook tidak boleh memandang adiknya saat ini. Jungkook hanya kaku.

 

“Abang? Abang demam ke?” soal gadis kecil itu lagi. Kemudian, puan Jeon muncul sambil membawa sebakul lobak putih.

 

“Ibu! Abang dari tadi diam. Dia okey ke?” segera Haneul ke tempat ibunya. Puan Jeon memandang anak teruna seorangnya itu. “Kau dah kenapa macam kayu dekat situ? Pergilah masuk. Ibu dah masak malam untuk kau berdua.” Kata puan Jeon. Dia mengusap kepala Haneul. “Haneul teman abang makan ya,” Haneul mengganguk laju.

 

Jungkook berjalan ke pondok, dimana puan Jeon duduk dan menghiris lobak putih untuk membuat kimchi. Puan Jeon memandang Jungkook dengan pelik.

 

“Ibu,,” kata Jungkook perlahan. Dia duduk sebelah ibunya.

 

“Kenapa dengan kau ni, Jungkook? demam ke?” puan Jeon meletakkan tapak tangannya ke dahi  Jungkook. “Tak panas pun.”

 

“Ibu, kalau Jungkook na-

 

“Tak boleh.” Puan Jeon seakan tahu apa yang bermain di fikiran Jungkook. Jungkook jadi berang. “Jungkook nak kerja, nak cari duit! Itu pun salah ke?!” Bentak Jungkook dengan penuh rasa marah. Dia bangun dari tempat duduknya.

 

“Cukuplah aku kerja seorang. Kau tak payah nak pandai-pandai nak ganti tempat aku. Kalau macam tu, buat apa aku sekolahkan kau.” Balas Puan Jeon. Dia masih lagi dengan kerjanya.

 

“Jungkook rela berhenti sekolah kalau macam tu gayanya. Ibu, Jungkook kesiankan ibu. Jungkook nak tolong ibu cari duit untuk keluarga kita. Tolonglah ibu..”

 

“Kau tak kesiankan diri kau sendiri? Kau nak masa depan kau hancur macam tu je? Aku masih kuat nak sara kita tiga beranak.” Haneul dari jauh hanya mengeluh panjang. Ibu dengan degil ibu, abang dengan degil abang. Masing-masing tak nak mengalah.

 

“Ibu,”

 

“Masuk sekarang. Pergi tukar baju, lepastu makan. Karang masuk angin perut tu.”

 

“Tolonglah i-

 

“Aku kata masuk sekarang Jeon Jungkook! aku tak pernah ajar kau degil macam ni!” Jungkook terdiam. Dia terus masuk ke dalam rumah dengan gaya memberontak. Langkahnya terus masuk ke bilik dan menghempas pintu itu. Jungkook terduduk di depan pintu itu.

 

Air matanya kian mengalir dengan deras. “Niat aku ihklas, tapi ibu main-mainkan keikhlasan aku. Apa guna aku sebagai anak lelaki tunggal kalau tak boleh tolong ibu,” gumam Jungkook. Hatinya semakin membengkak.

 

Di luar rumah, puan Jeon terus menghiris lobak tanpa menghiraukan matanya yang kabur dengan air mata. Kerana terlalu leka, jarinya terhiris pisau dan mengeluarkan banyak darah.

 

Tangisan bertukar esakkan. ‘Ya tuhan, berilah aku kekuatan untuk menghadapi tekanan hidup ini. Aku dah tak kuat nak menempuh semua ini lagi..’ puan Jeon berdoa di dalam hati. Darah pekat yang mengalir dihiraukan.

 


Sori lambat update >__<

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
VampireLuxury
Double update^^

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 1: Alolo kesiannya Jungkook T^T that crying poster face broke my heart.. Btw, awak guna font apa ek? Cantiklah font tu xD
lyly_ameera #2
Chapter 3: ampunkan patik wahai tuanku kris, patik bersalah kerana telah memanggil tuanku banga*g dlm ep lepas. bukan niat patik mahu memaki, perkataan itu cuma terlepas dri mulut patik secara tk sengaja. T_T sekali lgi patik mohon ampunkan lah patik... huhuhu... ok, sketsa permohonan maaf sye dn kris tamat di sini. waduhh.... suka pulak sye tengok jungkook, jiyu dgn geng exo ni. nmpk ikatan friendship diorang. daebak. ;)
tyhah_nad #3
Chapter 3: Lol kesian sehun XD jungkook nak jd penyanyi? Woww
misz_dina #4
Chapter 3: Apela agak2nyA impian sebenar Jungkook?nk jd penyanyi ke...wow,kookie ku yg termanja dh jd ganaxzz..daebaklah! Btw,jgn lupa update for the next chap...hwaiting!!
SWOL_JI88 #5
Chapter 3: Yeyeye >.< Lawak la... xD Kris jahat?? Lahaiii...
xD
SWOL_JI88 #6
Chapter 2: Kyaaa.... bestnyaa!!! ::>_<:: sesuai dgn jiwa sye!!>< Jungkook jdi gengster... ̄ω ̄ omo~~
hahah..XD
SWOL_JI88 #7
Chapter 1: Huhu.. bestlahh..>_<
lyly_ameera #8
Chapter 2: hishhh sape budak2 banganggg tu?! sebok je... bru nk tengok sweet scene. hehe... hai authornim! sye bru je subscribe cite ni. sye dh tk thu nk ckp ape lgi, cite ni memang best, jalan cerita tersusun dan babak yg logik dn sesuai dgn genre cerita. Thumbs up!!!
lyly_ameera #9
Chapter 2: hishhh sape budak2 banganggg tu?! sebok je... bru nk tengok sweet scene. hehe... hai authornim! sye bru je subscribe cite ni. sye dh tk thu nk ckp ape lgi, cite ni mrmang best, jalan cerita tersusun dan babak yg logik dn sesuai dgn genre cerita. Thumbs up!!!
tyhah_nad #10
Chapter 2: Omgg...ape jd le ni ..adoi