part1

We're In Kampung

-part1-

 

Pada pagi hari yang indah lagi nyaman, semua manusia di muka bumi ini sedang lena tidur diulit mimpi. Namun ada satu rumah ini, dari pukul 5 pagi tadi diorang asyik memekak je. Orang-orang di dalam itu semua sibuk mengemas barang-barang masing-masing. Siapa tak exited dapat pergi LA, lagi-lagi sekarang musim panas. Percuma pulak tu.

 

“LA, tunggulah aku di sana,” kata J-hope sambil melipat baju-bajunya dan dimasukkan ke dalam bagasi besar. Dia mengambil poster LA dan menciumnya dengan rakus.Seolah-olah poster itu kekasihnya.

 

“Jin hyung! Hobbie hyung dah gila!” adu Jungkook saat memasuki bilik J-hope yang dikongsi dengan Rapmon. Dia fikirkan yang hyung dia ni sudah ketagih dengan LA sehinggakan sanggup mencium poster itu macam dia cium mak dia.

 

J-hope menjeling Jungkook dengan hujung mata, “Diamlah kau! Hyung tengah happy ni sebab dapat pergi LA. Ini kan kali pertama kita dapat pergi sana,” terang J-hope. Kini V pula masuk ke dalam bilik J-hope.

 

“Semua orang pun pergi. Tapi tak lah overdose macam hyung!” Jungkook dan V saling menepuk tangan. Seronok benar Jungkook apabila V membelanya. J-hope menggembangkan hidungnya. “Semak lah kau berdua ni! Keluarlah!” kata J-hope lalu menolak dua manusia itu keluar dari biliknya itu.

 

V dan Jungkook ketawa besar. Seronok rasanya dapat mengenakan hyung-hyung mereka di pagi hari..

 

“Korang buat apa dekat sini? Tak kemas barang ke?” soal Jin yang tiba-tiba muncul di muka pintu biliknya. Serta-merta mereka berdua terjelopok jatuh ke lantai.

 

“Hantu qu putih! Hyung!” jerit Jungkook tatkala melihat hantu putih muncul di muka pintu. Tanpa diminta, Jin buka pintu itu dan menyepak mereka berdua.

 

“Hantu kepala hotak kau! Ini aku, Jin. Kau pagi-pagi ni kacau orang ni dah kenapa?” marah Jin. Sebenarnya Jin pakai bedak sejuk malam tadi tapi tak basuh lagi. Itu yang hantu qu putih tu muncul. “Ni, Hyung nak tanya, Jimin mana? Dari tadi hyung tak nampak batang hidung dia.” kata Jin. Mereka sekadar mengangkat bahu.

 

“Aku dah kejutkan dia tadi, tapi dia tak nak bangun. Barang-barang dia pun dia tak kemas lagi,” balas V selaku rakan sebilik Jimin. Dari semalam lagi Jimin asyik terbaring atas katil.Selalunya dialah orang paling memekak dalam rumah tu.

 

Jin jadi pelik. Sejak bila lelaki bernama Park Jimin ini tak gembira bila nak pergi mana-mana? Diorang nak pergi LA okey?

 

“V, kau pergi kejutkan dia. Entah-entah dia hilang ingatan yang kita nak bertolak pukul 8 nanti. Kalau dia tak nak bangun jugak, kau simbah je dia dengan minyak panas.” sempat lagi Jin memberi peringatan keras kepada V. V hanya tersengih. Macam seronok je ayat yang kena simbah dengan minyak panas tu.

 

“Okey!” cepat-cepat V berlari masuk ke biliknya. Jungkook mengikut V dari belakang.

 

Di dalam bilik, terlihat tubuh Jimin yang masih terlentang di atas katil. Jungkook sudah lama memanjat tangga naik ke atas katil Jimin. Di bahagian bawah pula, katil milik V.

 

Jungkook menggunakan kuasanya sebagai ‘maknae’ untuk bermain-main di atas katil Jimin. Katil Jimin yang masih kemas kini berantakan gara-gara Jungkook.

 

“Bangunlah, Jimin. Sampai bila kau nak tidur ni? Dah pukul 6 pagi.” Kata V sambil menendang-nendang katil di atasnya.

 

 

Jungkook memegang lengan Jimin yang tak berbaju. Mukanya berubah.

 

“Jangan kacau akulah.. Aku nak muntah,” balas Jimin tanpa membuka matanya. “Kau demam ke hyung? Badan kau panas.” Kata Jungkook sedikit panik. Dia menyamakan suhu panas dia dengan Jimin. Memang dia demam..

 

“Siapa demam?” soal Suga dari luar.

 

“Jimin hyung. Cuba rasa badan dia,” kata Jungkook lagi. Dia turun dari katil dan memberi ruang untuk Suga. Suga mendekati Jimin dan memegang dahi Jimin.

 

“Panas,” ujar Suga selamba. Rasa nak hempuk saja kepala Suga ni. Memanglah panas! Dah orang tu demam. Jimin yang rimas dengan orang sekelilingnya itu terus mengalihkan badannya ke tempat lain.

 

“Aku tengah pening ni, korang boleh pula meraba aku. Keluarlah!” marah Jimin. Dia menaikkan lagi selimut hingga ke kepala.

 

“Jap. Aku panggil Jin hyung.” Kata V sebelum berlari anak keluar dari bilik. “Aku urut kaki kau,” Jungkook dengan baik hati mahu mengurut kaki Jimin walaupun selama ni dia sering mengelak dari disuruh apa-apa oleh Jimin.

 

“Aku nak sambung tidur,” ujar Suga sebelum keluar dari bilik itu.

 

Jimin mendengus kecil. Kenapa dengan diorang ni? Aku demam, bukan dah nak mati. Aish!

 

***

Kini semua berada di hadapan pintu, sementara menunggu manager mereka sampai. Masing-masing buat hal sendiri. Ada yang berselfie, ada yang sedang makan, tidur dan semacamnya. Cuma Jin dan Rapmon saja yang sibuk memeriksa segala barang yang harus dibawa.

 

“Hello, Jungkook is me.. yeke? Haihai! Jungkook is coming,” Jungkook yang sibuk mempraktik bahasa enggeris diperhati Rapmon. Dia mengangkat kening.

 

“Benda apa yang kau cakap tu, Jungkook? ‘Jungkook is me?’ memang Jungkook tu kau,” ujar Rapmon sambil menggelengkan kepalanya. “Engkau belajar apalah dekat sekolah tu?” katanya lagi.

 

Jungkook mencebik bibir. “Suka hati akulah! Dalam kelas aku paling tinggi kot bahasa enggeris kau nak kata apa?” dengan bangganya Jungkook berkata. Dapat pelajar yang paling tinggi dalam mata pelajaran itu memang sesuatu yang membanggakan.

 

“4/100 kau kata paling tinggi? Tahap mana kebodohan budak dalam kelas kau tu? Kalau 4 markah kau dapat paling tinggi, diorang apatah lagi.” Rapmon mengeluh. “Matanglah sikit, Jungkook oi..”

 

“Tahulah hyung fasih bahasa enggeris. Tapi tak payahlah nak kutuk-kutuk markah ujian kita. Sedih tahu tak?!” gumam Jungkook lalu memalingkan muka dari Rapmon. Rapmon sekadar buat bodoh. Susah nak bercakap dengan orang yang tak makan nasihat. Dibiarkan saja..

 

Jungkook bertambah berang apabila Rapmon tidak mahu memujuknya. Lantas dia menarik baju V yang sedang menonton drama di telefon bimbitnya. “Hyung! Tengok tu Namjoon hyung. Dia kutuk-kutuk markah ujian kita..Marahlah dia balik,” adu Jungkook sambil mencebik. Dia memandang Rapmon dengan hujung mata.

 

“You should get it.” Kata V tanpa memandang Jungkook. Serta merta Rapmon ketawa. Jungkook yang tidak tahu apa-apa hanya terkebil memandang V. Apa yang dia cakap?

 

Jungkook kembali mencebik, “Dahlah! Jin hyung!” Jungkook berlari-lari anak pergi mendapatkan Jin di dapur.

 

Rapmon memandang kearah Jimin yang kepalanya dilentokkan di bahu J-hope yang sedang bermain game di telefon bimbitnya. Budak ni.. orang nak pergi LA boleh pulak dia demam. Bencana apakah yang engkau berikan kepada Park Jimin ini, Rapmon bersuara di dalam hati.

 

“Bila nak sampai ni manager hyung? Mereput aku dekat sini,” ujar Suga dengan bosan. Dari tadi dia tidur, tetapi sehingga sekarang managernya itu belum sampai. “Jalan sesak ke apa?” katanya lagi. Suga menutup matanya kembali dan sambung perjalanan tidurnya.

 

“Guys! Aku ada sediakan makanan untuk kita makan dalam flight nanti. Ambil masing-masing korang punya,” kata Jin yang baru keluar dari dapur dan diikuti Jungkook yang menolong Jin membawa makanan.

 

Jin menghulurkan sebungkus sandwich kepada Jimin kerana lelaki itu sakit tenat. Tak boleh bangun langsung. Macam nak mati. Jadi Jin perlulah berbuat baik dengan Jimin.

 

Mereka yang terdengar orang menyebut ‘makanan’ terus menyerbu kearah Jin. Hampir terjatuh sandwich yang dipegang. Jin mendengus kecil, sabo jelah..

 

Tetapi tidak V. Saat mereka menyerbu makanan, pada ketika itu jugalah manager mereka sampai. Dia seorang diri memasukkan segalanya begnya yang sarat dengan baju dan menjadi orang pertama masuk ke dalam van. Mereka tersentak apabila terdengar bunyi hon dari luar rumah.

 

“Wei! Wei! Dah sampai!” jerit J-hope sebelum berlari masuk ke dalam van. Begitu juga yang lain. Meninggalkan Jin yang terpinga-pinga. “B-eg k-orang!” Jin mengeluh. Dia memandang Jimin yang masih terbaring di atas sofa.

 

“Risiko member paling comel. Berusaha Seokjin!”

 

 


Sori lambat post XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
VampireLuxury
Rasa lain macam part ni XD Hope korang enjoy^^

Comments

You must be logged in to comment
purpleadelyn
#1
Chapter 2: Update soon^_^
lyly_ameera #2
Chapter 2: yeayyy dh nak mulaaaaa!!!!!!
ainzakaria
#3
Chapter 2: Mohon mereka sesat betul vbetul depan rumah saya.. haha update soon
lyly_ameera #4
Chapter 1: best best best!!! :D update lah lgi...... cite ni kelakar. seronok tengok gelagat diorang. dialog last tu pling seronok. XD
nuruls99
#5
Chapter 1: Best... terbaik!!..hehe.. Update soon.
ainzakaria
#6
Chapter 1: Update turbooo fasterr!!