We're In Kampung

Description

Pertemuan pertama diantara Hidayah dan BTS merunsingkan kepala masing-masing. BTS yang sebenarnya mahu berlepas ke LA kini tersesat di Malaysia. Malah lebih teruk, dia tidak mengenali sesiapa pun di Malaysia.

Nur Hidayah, gadis kampung yang brutal pada mulanya tidak menyetujui agar tujuh lelaki itu tinggal serumah dengannya. Namun atas desakkan abangnya, dia terpaksa bersetuju.

 


Hidayah memandang tujuh jejaka korea itu dengan hujung mata. Langsung dia tidak mahu bercakap dengan mereka dan membiarkan abangnya saja yang berbual-bual dengan mereka. Bukan sebab Hidayah marahkan mereka, Hidayah rasa geram terhadap abangnya kerana  dia suka membuat keputusan sendiri tanpa mendengar pendapat orang lain.

 

“Kami akan tolong awak semua,” ucap abang Hidayah, Azahar kepada ahli BTS. Mereka masing-masing ternganga, tidak faham dengan apa yang dikatakan Azahar. Hanya Hidayah yang sudah membeliakkan matanya mendengar kata-kata abangnya itu.

 

“Kami? Sejak bila Hidayah setuju nak tolong diorang? Abang jangan memandai ea.” Marah Hidayah yang sikap Azahar yang sedikit jelek di matanya. “Dan lagi satu. Diorang ni bukan faham pun bahasa Negara kita. Abang cakap beribu kali pun tak guna.” Ujar Hidayah lagi.

 

“Sebab Hidayah pandai cakap hangul lah abang minta Hidayah jaga diorang ni. Bukan lama pun, tiga bulan je. Tolong lah abang Hidayah.” Pujuk Azahar lagi. Susah betul mahu pujuk adik dia seorang ini. Apalah selama ini dia makan sehinggakan hati dia begitu keras.

 

“Cuba tengok diorang ni satu persatu, Hidayah. Hidayah nak tengok semanusia sesama kita hidup merempat macam ni? Diorang ni idol. Apa orang kata kalau kita biarkan diorang terkontang-kanting macam ni? kali ni.. Abang merayu pada engkau, Hidayah.”

 

“Kalau abang kisahkan diorang ni, abang jelah yang jaga diorang! Hidayah tak nak!” tengking Hidayah dengan marah.

 

“Abang dah nak kahwin lah! Kenapa Hidayah tak boleh faham abang? Abang pun ada hal abang sendiri. Tolong jangan pentingkan diri sendiri. Hari ni hari diorang, tak tau esok lusa hari kita pula.” Balas Azahar lagi.

 

Hidayah menarik nafas panjang. Sudahlah, sejauh mana alasan dia, dia tetap kalah.

 

“Okey, Hidayah akan jaga diorang. Tapi ada syarat.”

 

“Apa dia?” soal Azahar.

 

“Segala makan pakai diorang, abang tanggung. Hidayah tak akan keluarkan duit untuk diorang walau satu sen pun. Semua ni tanggungjawab abang sebab abang yang bawak diorang ke sini.” Kata Hidayah, puas.

 

Azahar bangun dari tempat duduknya. “Tengoklah.. Abang pergi dulu,” balas Azhar acuh tak acuh. Dia segera keluar dari rumah Hidayah.

 

“Abang! Muhammad Azahar!” Hidayah terjerit-jerit memanggil abangnya yang sudah meninggalkan kawasan rumahnya. Hidayah mendengus kasar. “Abang tak guna! Kenapalah dia hidup,” gumam Hidayah di dalam hati.

 

“C-heogi..” satu suara menyapa ke telinga Hidayah. Hidayah memandang ketujuh-tujuh orang lelaki orang lelaki yang sedang duduk bersila di lantai. “Jimin..” salah seorang daripada mereka menahan rakannya daripada terbaring di atas lantai.

 

“Miss, he’s got a fever,” balas seseorang daripada mereka yang fasih berbahasa enggeris. Hidayah memandang kearah lelaki tersebut.

 

Hidayah memegang dahi yang semakin berkerut.

Foreword

 

 

First time buat cerita ala-ala islamik //>_<\\

Aku akan jadikan salah seorang daripada BTS sebagai watak heroin

Sila curious siapakh orang itu XDXD

Siapa baik, silalah subcribe cerita ni. Nak lagi, upvote berserta komen sekali -..-

Sori /bow/ kali ni aku tamak.. 

 

Aku ni tak berapa pandai speaking ^_^ kalau ada salah ejaan ke, klise ke, sila bagitahu ek..

VampireLuxury
Rasa lain macam part ni XD Hope korang enjoy^^

Comments

You must be logged in to comment
purpleadelyn
#1
Chapter 2: Update soon^_^
lyly_ameera #2
Chapter 2: yeayyy dh nak mulaaaaa!!!!!!
ainzakaria
#3
Chapter 2: Mohon mereka sesat betul vbetul depan rumah saya.. haha update soon
lyly_ameera #4
Chapter 1: best best best!!! :D update lah lgi...... cite ni kelakar. seronok tengok gelagat diorang. dialog last tu pling seronok. XD
nuruls99
#5
Chapter 1: Best... terbaik!!..hehe.. Update soon.
ainzakaria
#6
Chapter 1: Update turbooo fasterr!!