Exo-M

Exo M (Melanun) VS Exo K (Kampung)

Di sebuah istana yang besar yang terletak di Negara Eropah itu tinggalnya 6 orang manusia dua orang daripada mereka ialah perempuan yang bernama Lulu Kaki Kuku Lala (LUHAN), dia mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Layla Majnum (LAY) dan abangnya pula bernama Krispati Ikan Halia Ikan Emas (KRIS). Entah kenapa nama keluarga ini sangat pelik dan tak nampak seperti adik beradik pun.

 

Di dalam istana itu juga adanya sepupu Krispati Halia 3 beradik yang bangsawan. Mereka semua memang terkenal dengan kekayaan yang sangat kaya. Abang sulung mereka yang bernama Mee Soup (MINSEOK) dan adik bongsunya bernama Taozi(TAO), serta abang angkat Tao dan kiranya macam adik angkat Mee Soup bernama Jongkat Jongkit (JONGDAE). Disebabkan Jongkang Jongkit ini ditemui di atas permainan jongkat jongkit, itulah kenapa ibu angkatnya menamakan nama dia Jongkang Jongkit.  Mereka semua mengelarkan diri mereka Exo-M (Mewah) walaupun hakikatnya orang-orang gaji dalam istana itu menggelarkan mereka sebagai Exo-Melanun kerana perangai mereka tidak ubah seperti lanun.

 

Disebabkan nama mereka semua terlalu panjang dan pelik maka mereka pun meletakkan nama gelaran kepada diri masing-masing. Mee Soup dipanggil Xiumin walaupun namanya tak sepadan dengan Mee Soup. Ini kerana dia mempunyai seorang teman wanita dari China yang datang berdagang di Eropah. Cinta jarak jauhnya itu membuatkan dia selalu makan hati ayam kerana sering merindui teman wanitanya itu. Krispati pula dipanggil Kris, Kris tidak berapa suka dengan nama Krispati kerana dia dapat rasakan yang bunyi namanya tak ubah seperti makanan tambahan yang ada di jual dekat Watson dan Guardian. Dia selalu menanyakan ayahandanya kenapa tidak diletakkan namanya KrisDayanti. Tetapi dia diamrahi kerana itu nama perempuan, Kris memang tak manly.

 

Jongkang Jongkit pula dipanggil Chen kerana dia terpengaruh dengan bunga daun Chengkih yang dibawak masuk dari Melaka itu. Pedagang Eropah amat menyukai bunga cengkih ini begtiu juga dengan Si Chen. Manakala 3 orang lagi tidak ada nama panggilan kerana mereka sangat reda dengan nama mereka. Tapi Taozi ini adalah sedikit masalah bila dia sebenarnya nak sangat jadi perempuan macam kakaknya yang bernama Layla Majnum dan Lulu Kaki Kuku Lala itu.   

 

 

“Yaah! Taozi kau letak kat mana stoking aku?” laung si abangnya bernama Mee Soup.

 

“Mana lah aku tahu, ish along ni. Eh, sejak bila pulaklah aku pakai si Mee Soup tu along, eewww gelinya,” kata Tao sambil berpura-pura muntah.

 

 

“Layla Majnum, kau lupa nak pakai seluar dalam, ada tertinggal dekat dalam bilik air tu~~~,” laung si kakaknya Lulu Kaki Kuku Lala dengan kuat sekali sehingga hampir semua orang yang berada di meja makan itu tersedak. Mujurlah orang gaji mereka semua sudah biasa dengan perkara begini.

 

“Kakak ni, perlahan lah sikit. Malulah nanti yang lain dengar,” ujar Layla Majnum dengan sedikit gediknya mengalahkan gedik si Taozi. Eh belum kalah lagi kerana gediknya si Taozi itu amat mengerikan semua ahli Exo-M yang lain.

 


“Ayahanda, ada apa ayahanda panggil kami semua datang ke mari?” tanya Kris dan yang lain hanya mengikuti sahaja.

 

“Ayahanda ingin menghantar kamu berenam ke tanah Melayu kerana ayahanda ingin anakanda semua melihat tanah jajahan kita di sana dan sambil belajar tentang sumber kekayaan di Negara sana,” kata Ayahanda mereka sambil menghirupkan air sirap yang panas itu. Ayahanda amat dikenali sebagai seorang lelaki yang tegas dan tidak suka air kopi kerana baginya kopi itu rasanya amat pelik.

 

Mereka semua memanggil Ayahanda kerana ayahanda inilah yang membesarkan mereka berenam sejak dari kecil lagi.

 

“Lulu dan Layla kena pergi jugak ke? Kami berdua ni kan perempuan, macam mana kalau terjadi perkara yang tak elok,” tanya Lulu dengan takut-takutnya, kecut perut dia semasa bercakap tadi.

 

“Apa yang tak eloknya? Kamu berdua hari-hari buat benda yang tak elok kan? Macamlah ayahanda tak tahu yang kamu tu selalu mengorat pak guard dan pekerja ayahanda yang lain, tak payah tunjuk innocent sangatlah,” ujar ayahanda dengan tegas. Taozi dan Jongkat Jongkit sudah pun meng’boo’kan mereka berdua.

 

 

 

Kerana akur dengan perintah ayahanda mereka, mereka semua pun pergilah belayar ke Tanah Melayu dengan menaiki perahu, bot dan kapal. Sungguh pendalaman diorang punya istana.

 

“Kakak Lulu berhentilah pakai make up tebal-tebal tu, rimaslah Layla tengok. Macam badut pun ada,” rungut Layla Majnum apabila dia tidak berapa menyukai perbuatan kakaknya itu. bermake up 24/7, semua orang atas kapal itu pun rimas jugak tengok.

 

“Aku tengok Lulu tak ubah macam wanita terhodoh di dunia,” kata Xiumin dengan selambanya.

 

“YAH! Sampai hati kau kata aku hodoh, kau tengoklah nanti bila sampai dekat perkampungan sana mesti ada orang yang akan ajak aku kawin dan jatuh cinta dengan aku,” marah Lulu Kaki Kuku Lala.

 

“Aku harap mak mertua kau tak terkena heart attacklah tengok wanita macam ni,” balas Xiumin dengan senyuman sinis.

 

Pergaduhan dan pertengakaran antara Xiumin dan Lulu sangatlah menganggu tidurnya si Krispati Ikan Halia Ikan Emas itu. Biasalah Ikan halia itu tak pernah pedulikan orang.

 

 

“TAOZI~~~ tolong aku, aku nak bunuh diri,” kata Chen Jongkang Jongkit yang sudah get ready nak terjun daripada ketinggian kapal itu.  

 

“Tidak abang ku, jangan bunuh diri. Kenapa engkau nak bunuh diri?” pujuk Taozi dengan penuh dramatiknya.

 

“Hahaha, acah aje acah aje…” kata Chen sambil ketawa terbahak-bahak.

 

Taozi yang rasa menyampah itu terus mengambil tong air yang ada dalam kapal itu. Biar si Jongkang Jongkit ni tahu sikit nak serius.

 


Perlayaran diorang telah memakan masa selama 3 bulan itu akhirnya telah sampai ke tanah Melayu.

 

“Fuh, akhirnya sampai jugak ke tanah…” Kata Krispati sambil mengambil udara yang segar.

 

“Dengar cerita tanah ini mengalami kegawatan ekonomi? Betulkah?” sampuk si Layla sambil membetulkan skirtnya yang tak berapa nak labuh itu. buat sakit mata aje Krispati tengok tapi si Mee Soup itu sakit hati tengok Layla.

 

“Dari mana engkau dapat berita ni? Kita kat dalam kapal tiga bulan…ish kau ni Layla, merapu aje kerjanyo,” bebel si Chen.

 

“Kau ni Chen, aku rasa kau perlu belajar balik lah bahasa. Atas kapal lah bukannya dalam kapal, kau ingat ini dalam laut ke?” marah Xiumin.

 

“Kau rasakan kat sini ada jual tak bedak cina yang si makwe Xiumin tu bekalkan kat aku. Maklumlah aku kan nak cantik~~,” tanya Luhan dengan nada yang sedikit menyindir.

 

“Aku rasa tepung gandum ajelah kau boleh pakai dekat si Lulu,” jawab Taozi dengan selamba sambil menjelingkan matanya ke arah Lulu.

 

“Aku tak nampak apa-apa pun dekat sini, hutan aje…” kata Krispati yang sedikit blank. Agaknya air laut itu membuatkan dia begini.

 

“Memanglah depan kita ni hutan, tapi ayahanda suruh kita tengok peta ini nanti di sinalah kita akan jumpa kawasan yang ada orang. Orz, apsal kau benggong sangat ni Kris?” kata-kata Layla sangatlah menyakitkan hati Kris sehingga dia rasa nak sahaja bag penyepak dekta peremouan mulut murai ini.

 

Mereka semua pun memulakan perjalanan untuk pergi ke tempat yang ayahandanya suruh, semogtidak sesat itulah doa Chen dari tadi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
updated Exo-M( 25/8/15)~ Maaf kerana memgabil masa yang agak lama untuk diupdatekan

Comments

You must be logged in to comment
Fisha99 #1
Chapter 3: bila nak sambung lagi citer ni(^。^)
Illynay_SEB
#2
Dh habis ke citer ni?
purpleamethyst1995 #3
Chapter 3: Sudin sudin
hazhatt #4
Chapter 3: FUNNY x DEEP fighting~
RayhanAdni #5
Apaaaaa ni krispatiiiii kahkahkah kelakar xD
Dragneel09 #6
Chapter 3: Hahaha....kepimpinan bengong apakah tu suho sudin....
bigbangtanboys
#7
Chapter 3: Good luck for your exam....Hwaiting!!!^_^
Illynay_SEB
#8
Ouh WOW!! I just found this fic while searching for exo ot12.. x sangka awk ble dpt idea yg sebegini.. DAEBAK!!!
Baca description dgn nama2 watak jer dh ble tergelak sorg2.. update soon ya^^
Dragneel09 #9
Chapter 2: Mengapa mereka semua begini? XD
Apakah kegilaan yang mereka lakukan pulak lepas ini..
fyra_kim
#10
Chapter 2: sungguh sedap nama2 tuan hamba semua..hahahahha..lawak..