Exo-K

Exo M (Melanun) VS Exo K (Kampung)

Pada zaman sebelum kemerdekaan atau lebih tepat lagi zaman di mana orang melayu masih lagi hidup dalam dunia penjajahan British. Terdapat sebuah kampung di tanah melayu ini yang masih belum dijajah lagi kerana kampung  itu sangat terpingir dan sukar dijumpai oleh orang British. Nama kampung ini sangat eksotik kerana ianya dikenali sebagai Kampung Exo.

 

Enam orang manusia dari pelbagai pelusuk umur menjalankan tugas demi menjaga keamanan kampung Exo, mereka dikenali sebagai Exo-K ( kampung). Mereka memastikan tiada penjajah yang akan datang menghasut penduduk kampung itu daripada menjual getah dan padi. Kampung Exo ini sangat kaya dengan sumber alam seperti timah dan juga emas.  

 

Enam orang ahli Exo-K ini ialah Pak Sudin(SUHO), Pak Selamat Chantik (CHANYEOL), Pak Badul (BAEKHYUN), Pak Dollah (D.O), Jongkang Kaiyu (KAI) dan Selasih Keladi (SEHUN). Pak Sudin ialah ketua kampung diorang semua, dia sudah beristeri tetapi tak ada anak. Pak Selamat Chantik ialah seorang duda yang berperangai pelik, isterinya meninggal dunia akibat kegilaan melampaunya maka dia amat dikenali sebagai Pak Selamat Chantik si diva kampung yang hot dan duda.

 

Pak Badul ialah ahli mereka yang sangat lurus seperti sudu tak senduk kot. Kerana kelurusannya dia selalu dikenakan oleh ahli Exo-K yang lain. Disebabkan kebendulan dia yang mengalahkan Pak Pandir itu dia sentiasa menjadi kuli orang kampung. Kesian Pak Badul. Pak Dollah ialah sepupu dengan Pak Badul. Kerana mereka berdua berasal dari genetik yang hampir sama, kelebihan mereka berdua ialah menyanyikan lagu tradisional dengan enak sekali. Tetapi enak lagi kek keladi si Sehun Selasih Keladi. Pak Dollah ini seorang yang bertanggungjawab dan tidak banyak merungut dengan kerja yang diberikan oleh Ketua Kampung.

 

Jongkang Kaiyu dan Selasih Keladi merupakan ahli termuda Exo-K. Mereka berdua tidak memberi banyak sumbangan kecuali sumbangan masalah. Jongkan Kaiyu selalu diejek sebagai orang asli oleh penduduk kampung ini. Tetapi dia pekakkan telinganya kerana dia seorang yang tabah. Berbeza dengan Selasih Keladi yang mukanya derp 24 jam. Naik rimas penduduk kampung melihatnya. Dengan muka selambanya, dia hanya tahu makan kek keladi, sayur keladi, air keladi dan semua benda keladi. Mengikut lagenda dulu, mak Sehun sangat sukakan keladi waktu mengandungkan dia dulu menyebabkan dia namakan budak itu Selasih Keladi.

 

Itulah dia pengenalan enam orang ahli Exo-K.

 

 

“Pak Sudin bagaimana dengan kutipan cukai GST kita hari ini?”tanya Pak Selamat Chantik.

 

“Patik rasa ingin membubarkan kabinet dapur kita ini. Rasanya dah nak runtuh digigit anai-anai, maklumlah macam yang lain tak buat kerja dengan betul aje. Ada ke patut kelapa sawit mereka jual jadikan sebagai minuman sawit shake. Apa? Ingat ini cocounut shake ke?” bebel Menteri kampung yang bernama Sudin. Bebelannya mengalahkan Najib. Adakah Pak Sudin sudah mengikuti jejak Najib untuk membubarkan kabinet almari rumahnya itu? Kita lihat ajelah nanti.

 

“Pak Chantik, jom kita adakan semula mesyuarat. Aku fikir ingin memajukan kampung ini supaya tidak dijajah macam yang lain,” cadang Pak Sudin sekali lagi.

 

Maka, mesyuarat tergempar diadakan dengan segera seperti makanan segera itu. Di sebuah pondok yang sama taraf dengan kandang lembu itu terdapat 6 makhluk sedang berhimpun untuk memulakan perbincangan.Hanya ditemani dengan lampu pelita kerana waktu ini TNB masih lagi belum wujud untuk membuat tiang elektrik di Kampung Exo ini.  

 

“Jongkan Kaiyu kau nak tak  keladi ni?” Selasih Keladi menawarkan daun keladi kepada Kaiyu untuk digigit sementara mendengar Pak Sudin bercakap isi-isinya yang mampu membuatkan semua orang tertidur.

 

“Tak pelah, aku makan kelapa sawit ajelah. Aku tak minat daun-daun ni,” Kaiyu menolak tawaran Selasih Keladi dengan baik sekali.

 

“Tujuan Tok mengumpulkan kamu semua hari ni ialah kerana Tok ingin merombakkan balik Kabinet dapur ini dan digantikan dengan jawatan yang baru. Semua setuju tak?” tanya Pak Sudin dengan tegas sekali sambil bermain dengan misainya yang sudah nampak sedikit nak beruban itu. Walau apapun tetap hensem, anak dara kampung hanya tunggu bini dia mati sahaja lepas ini boleh lah datang meminang. Apa lagi, get ready lah semua nak meminang Pak Sudin yang kaya raya ni. 18 keturunan belum tentu habis hartanya itu. Rosmah pun dah mula nak masuk jarum tetapi dia masih sayangkan Najib.

 

“Kenapa Ketua Kampung buat begini?” tanya Pak Badul sambil membetulkan kain pelekatnya itu.

 

“Aku rasa cukai kita makin berkurang dan pendapatan kampung kita kurang memberangsangkan. Itulah kenapa Tok buat begini,” kata Pak Sudin meletakkan tangan dibelakang.

 

“Selasih Keladi dan Jongkan Kaiyu berhenti mengigit makanan kegemaran kamu berdua itu dan dengarlah apa yang aku ingin katakana ni,” sambung Pak Sudin balik.

 

“Kami setuju sangat,” jawab Pak Dollah yang seperti orang mengantuk disorokkan bantal dan selimut itu.

 

Perbincangan pembubaran ahli kabinet dapur Exo itu telah menyebabkan Pak Badul diturunkan pangakat. Kerana kebendulan dia, ekonomi kampung itu hampir merosot. Menteri Kewangan Kampung kini disandang olek Pak Dollah, manakala Menteri pertahanan dipegang oleh Pak Selamat Chantik yang pandai ilmu silat. Penolong Ketua Kampung itu dipegang oleh Jongkang kaiyu. Menteri mengutip cukai Kampung disandang oleh Selasih Keladi. Harap dia tidak rasuahkan yang lain dengan keladi. Pak Badul memegang Jawatan Segala Menteri kerana dia tidak berpangakat. Semua benda dia boleh buat. Itulah salah satu cara pemerintahan yang digunakan oleh Pak Sudin berbekalkan kepala lutut bukan kepala otak. Moga kampung diorang semua selamat dari penjajah.

 

“Kau tak rasa ke Pak Sudin ni sebenarnya gilakan harta?” tanya Selasih Keladi kepada Pak Selamat  Chantik. Pak Selamat Chantik hanya menganggukkan kepala sahaja sebab dia tidak mahu dibubarkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan Kampung itu jika didengari oleh Pak Sudin Senduk.

 

“Ada apa-apa bantahan tak untuk mesyuarat agung pembubaran kabinet almari usang ini?” tanya Pak Sudin kepada lima orang makhluk di depannya itu. Semua hanya diam tidak bersuara hanya kedengaran  suara lembu di kandang sahaja.


 

 

Selepas semua ahli Exo-K mendapat jawatan yang baru mereka semua menjalankan tugas degan agak tak bertanggungjawab dan tak berdisplin seperti masuk kandang unta bagi makanan itik masuk kandang lembu bagi makanan ayam. Sungguh teruk.

 

“YEHET! Daun keladi Sehun ini boleh buat bungkus nasi lah, nanti nak suruh Mak Jah buat bungkus nasi berlauk pagi esok.” Itulah dia perangai Sehun Selasih Keladi yang hanya memikirkan cara untuk mempelbagaikan kegunaan daun keladi, daun pisang lagi elok sebenarnya.  

 

“Apa lah faedah yang aku dapat jadi ketua penolong kampung ni, bukannya aku dapat kawin pun,” rungut Jongkang Kaiyu.waktu ini dia dan yang lain sedang sedang memantau semua penduduk kampung melombong biji timah. Nasib baiklah bukan Mak Timah.

 

“Darah keturunan Hang Tuah pantang di cabar kerana aku akan memastikan kampung ini selamat,” Chanyeol sedang berlatih seni silat demi mempertahankan kampung Exo.

 

“Lepas aku dapat semua duit hasil biji Timah ni bolehlah aku beli kapal layar…” kata Pak Dollah kepada Pak Badul. Tetapi fikiran Pak Badul masih lagi berlayar-layar kerana dia tidak tahu apa peranan dia yang sebenarnya.

 

Manakala Pak Sudin sibuk memikirkan apa yang dia akan buat dengan hasil wang kampung itu.


XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
updated Exo-M( 25/8/15)~ Maaf kerana memgabil masa yang agak lama untuk diupdatekan

Comments

You must be logged in to comment
Fisha99 #1
Chapter 3: bila nak sambung lagi citer ni(^。^)
Illynay_SEB
#2
Dh habis ke citer ni?
purpleamethyst1995 #3
Chapter 3: Sudin sudin
hazhatt #4
Chapter 3: FUNNY x DEEP fighting~
RayhanAdni #5
Apaaaaa ni krispatiiiii kahkahkah kelakar xD
Dragneel09 #6
Chapter 3: Hahaha....kepimpinan bengong apakah tu suho sudin....
bigbangtanboys
#7
Chapter 3: Good luck for your exam....Hwaiting!!!^_^
Illynay_SEB
#8
Ouh WOW!! I just found this fic while searching for exo ot12.. x sangka awk ble dpt idea yg sebegini.. DAEBAK!!!
Baca description dgn nama2 watak jer dh ble tergelak sorg2.. update soon ya^^
Dragneel09 #9
Chapter 2: Mengapa mereka semua begini? XD
Apakah kegilaan yang mereka lakukan pulak lepas ini..
fyra_kim
#10
Chapter 2: sungguh sedap nama2 tuan hamba semua..hahahahha..lawak..