Exo; Ramadan Version II
Description
Setahun sudah berlalu selepas Ramadan yang mereka sambut dahulu,
Tapi…
Perangai mereka masih sama lagi ke waktu menyambut ramadan kali ini?
Xiumin yang gila churros,
Luhan yang suka tidur,
Kris yang cuba belajar buat pick up line,
Chanyeol si raja pick up line yang fail,
Suho si pembebel yang tak pernah nak berhenti membebel dengan adik-adiknya,
Ustaz Baekhyun yang tak habis dengan Dakwah sentapnya,
Chen yang tak pernah bosan dengan pranknya,
Kai yang cuba berniaga di bazaar Ramadhan,
Sehun si pembeli tegar bubble tea ,
Lay si peminta diskaun di bazaar dengan peribahasa peliknya,
Tao si pengikut Sehun dan Lay.
D.O si tukang masak yang malas nak masak waktu berbuka.
Version I Exo; Ramadan Version
Credited poster;
Foreword
Suho aka Jamal,
- Macam biasalah trade mark si Suho kelas kau datin Jamilah
- “Setiap tahun ni sama aje perangai diorang, makin lama makin teruk adalah aku tengok,” bebel si Suho yang tak pernah nak diam 24/7.
Kris aka Yusoff
- Dulu azam nak puasa penuh sekarang dah minat dengan pick up line
- “Mak Cik kuih talam ada tak? Sebab bila saya tengok mak cik macam talam dua muka pun ada,” si Kris dengan pick up linenya yang fail, tapi cuba meniru Chanyeol. Nak kena penampar betul.
Chanyeol
- Si pengaruh besar terhadap Kris untuk buat pick up line.
- “Mak Cik nak kuih seri muka? Sebab bila saya tengok muka mak cik makin berseri,” ujar si yoda Chanyeol yang ingin dapatkan diskaun.
Xiumin
- Dulu gila bun sekarang Churros 24/7
- “Kenapa Churros ni sedap gila,” Xiumin si Churros mania.
Luhan aka Johan
- Tidur is my style
- “ZzzzzzzzzZZzzzzzzzzzzzzzzzzzz,” Luhan
Chen
- Sejak dari tahun lepas lagi kata nak berubah tak nak prank orang
- “YAH! Siapa yang tukar ubat gigi dengan sabun downy. CHEN!” si Chen yang tak pernah insaf.
Lay aka Sulaiman aka Layman
- Terikut perangai gedik Sehun dan suka berperibahasa
- “Mak Cik saya merayu merayau ibarat kerbau yang hilang anaknya, tolong bagi saya diskaun untuk makanan ini,”pinta Lay dengan peribahasanya yang tak betul.
Baekhyun
- Si Ustaz Baekhyun yang suka berdakwah sentap
- “Bulan puasa bulan mulia, syaiton nirojim semuannya diikat. Tapi kenapalah korang tak kena ikat sekali,” itu dia si Baekhyun dengan dakwah sentapnya. Tersentap ke diorang?
D.O Dollah
- Si mata yang pelik antara adik beradik mereka
- “Baik aku buat amal kebajikan di bulan yang mulia ini,” hanya D.O sahaja yang nampak tanda-tanda untuk berubah.
Tao aka Taufiq
-Disebabkan setiap tahun azamnya tak pernah nak menjadi maka dia jadilah si pengikut hyung-hyungnya tak bertempat.
-“Tao ikut aje Lay dengan Sehun”
Kai aka Khairul
- Hobi dia memang tak pernah sama, tapi ramadan kali ini lain pulak yang dia nak buat
- “Alah hyung, bagilah Kai modal. Nak berniaga di bazaar, please”
Sehun
-Sifat gedik Sehun yang tak bertempat tak pernah nak hilang
- “Bubble tea, Bubble pop, Bubble tea,” Sehun menyanyi lagu hyuna Bubble pop dengan diubah suai lirik jadi bubble tea.
Author ingin menulis:
Hai semua first of all minta maaf sebab dah lama menyepi, memandangkan bulan ramadan dah nak dekat jadi saya pun menyambung kisah mereka dahulu.
Harap ada yang suka~~
p/s: Mungkin diuploadkan di bulan ramadan....
Jangan lupa ganti posa yang lepas- Chen yang pesan
Comments