Soompi 2
❦FairyTale (F.T Girl ) ❦ FNC Entertainment's New Girl Band ❦ Story StartedHOME NEWS GALLERY EXCLUSIVES FORUM SHOP
FairyTale Taruhan Terbaru FNC Entertainment
Lolahola | July 25, 2015
Setelah meninggalkan tanda tanya kepada peminat tentang video cover 'If You' dari kumpulan Big Bang beberapa minggu yang lalu, kini FNC Entertainment kembali dengan satu lagi video yang seakan menjawab pertanyaan peminat tentang kumpulan baru yang bakal debut di bawah naungan syarikat itu. FNC Entertainment memuat naik video cover nyanyian asal CN Blue yang membuatkan peminat semakin teruja. Logo FairyTale telah didedahkan di dalam video itu dengan gambar tiara berwarna pink serta background ungu yang tampak catchy dan seakan memberi hint untuk konsep kumpulan terbaru itu. Apa yang menariknya, ada beberapa nama watak cerita dongeng yang turut dimasukkan ke dalam video dan mungkinkah nama itu mewakili setiap members FairyTale?
Jurucakap FNC Entertainment juga telah mengesahkan debut ini dan mengatakan bahawa FairyTale adalah girls band dan bukannya dance group seperti apa yang disangkakan. Setiap ahli masih belum didedahkan dan dirahsiakan dari umum.
"FairyTale atau kami gelar FT Girl merupakan band wanita kedua yang ditubuhkan selepas AOA Black.Walaupun begitu, ahli kumpulan ini bukan hanya berbakat untuk bermain alat muzik. Ada antara mereka yang terlibat dalam pembikinan lagu, tarian, modelling dan juga lakonan. Pada kami, FT Girl adalah satu kumpulan yang multi talent dan kami mengharapkan kejayaan mereka."
Adakah anda teruja dengan debut ini?
TAGS
FairyTale FT Girls FN
Comments