~Dia Takdirku~

~Dia Takdirku~

 

Malai rinduku mreintih kecintaan..

Duduk termenung hanya bingung kerinduan...

Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang..

Telah lama ku satukan semua kasihku dalam gemala...

Ke laut jawi kan ku kirimkan sana..

Duhai Kasih hijabMu..

Di sini masyhur rupaMu ..

Di mata qalbi ini berbaringan di usik rindu azali..

Di manakah Kekasih yang jauh dariku..

Memakan debu rinduMu..

Segenap nafasku melihat renunganmu

Wangi dan harum..

Kau Kekasih antara lamunan...

Segala kalimahku ini siapa yang mengerti..

Menghilang tahun kutahan dahaga..

Setelah habis madah untuk sang puteri..

Pautan kasih kukenal sendiri..

Teringin ku melihat sebalik hijabMu...

Wajah yang ku puja..

Kekasih..

Lama sudah aku merindu..

Larut nan denai..

Larat nan damai...

Haram kelamin..

Untuk kita bercerai rasa kasih dan sayang dalam keredhaanMu....

~Hijab Kekasih~

“...kalau setiap saat enti ingatkan Allah dan setiap saat itu juga ana teringatkan Allah..bermakna pada waktu itu kita menjadi satu kerana mencintaiNya yang satu. Di situlah selayaknya hati kita bersatu......”

“Assalamualaikum.. Terima kasih Insyirah Humaira’ binti Abd Hakim kerana sudi menunggu ana selama tiga tahun tanpa sebarang khabar sekalipun yang ana titipkan buat enti. Alhamdulillah. Keyakinan ana pada enti tak sia-sia. Rasanya sudah sampai masanya ana menyunting bunga di taman larangan ini. Kiranya sudi tuan puteri ini menerima risikan tuan hamba yang dhaif ini. Kiranya sudi lah andai mujahidah solehah ini menjadi pendamping ana dan menjadi sayap kiri perjuangan ana. Moga mujahidah pemburu syahidah ini sudi bersama-sama ana di jalan dakwah ini bagi menggapai redha Allah dan memperjuangkan agama Allah. InsyaAllah buat pertama kalinya, dengan izin Allah dan jua keluarga tuan puteri, ambe akan bertandang ke rumah tuan puteri bagi menyunting bunga di taman larangan ini dua hari lagi..Mohon kiranya berbesar hati andai lamaran ana diterima. Segala-gala puji hanya bagi Allah..Sekian..yang sentiasa mengasihi dari jauh.....Ahmad Shahran Firdaus bin Iskandar...”

Emel dari Shahran, dibacanya berulang kali. Seakan-akan tidak mempercayai apa yang dibacnya tadi.

“ Benarkah apa yang aku baca ini?? Ini bukan ilusi. Ya Allah...Alhamdulillah...segala-gala puji hanya bagimu Ya Allah.. Ya Rahman, Engkau berkatilah perjalanan hidup kami.. jadikanlah kami sebagai mujahid dan mujahidah yang tak pernah takut untuk berjuang menegakkan agamaMu…” Segera Humaira’ mengambil wuduk dan mengerjakan solat sunat syukur dan bermunajat kepada Allah...

Seusai solat, Insyirah berdoa dan memanjatkan sejuta kesyukuran kepada Tuhan sekalian Alam..

 

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…. Ya Haiyyu Ya Qayyum

Di malam yang dingin ini,aku ingin mengadu kepadaMu,

Sesungguhnya kepada siapa lagi igin aku luahkan perasaan ini selain Engkau yang Maha memiliki jiwa ini.

Sesungguhnya tidaklah terhitung syukurku kepadaMu dengan nikmat yang melimpah ruah yang Engkau berikan. Alhamdulillah, walau pahit jalan liku yang perlu ku tempuhi, Aku bersyukur dijadikan sebagai seorang wanita yang padanya punyai keindahan dan kelembutan .

Namun, Ya Khaliq, aku akui, menjaga nikmat wanita ini amatlah berat bagiku.Sesungguhnya tiadalah daya aku melainkan dengan Rahmatmu. Hanya Engkau satu-satunya menjadi pendorong semangatku.

Hanya Engkau juga satu-satu yang tak pernah meninggalkan ku dan sentiasa membisikkan semangatMu ke dalam diriku.

 

Ya Rabb

Ku akui jua, jauh di sudut hatiku, Amatlah berat bagiku untuk memikul beban perintahmu.

Dalam orang lain ber’seronok’ menggayakan pelbagai jenis fesyen terkini yang mendatangkan murkaMu, Aku pula 'terpaksa' melabuhkan tudungku.

Dalam orang lain begitu megah dan bangga “menayangkan” perhiasan tubuh mereka kepada kaum Adam, tapi Aku 'terpaksa' memakai baju yang menyembunyikan perhiasan tubuh badanku sehinggakan ada yang menggelar aku “hantu bungkus” dan mengatakan aku “kuno’’.

Dan saat orang lain lena dihanyut arus kehidupan dunia, asyik bergurau senda, bertepuk tampar, bersentuhan dengan bukan muhrim, bagaikan sudah tiada “maruah” diri lagi, tapi Aku pula 'terpaksa' menjaga hubunganku dengan lelaki yang bukan muhrim dari segi percakapan dan tingkahlaku ku sehinggakan ada yang me’label’ aku sebagai seorang perempuan yang sombong, dan tak kurang hebat juga ada yang cuba bertanding merebut hatiku siapa yang berjaya mencuri hatiku, akan diberi ganjaran yang lumayan. Peritnya kala itu. Hanya Engkau saja yang mengetahui apa yang aku rasakan.

 

Ya Rahman,

Maafkan aku. Jujur aku katakan, Sesungguhnya,aku berasa sungguh asing sekali apabila aku menjalankan perintahmu. Mereka mencemuh aku dan memandang rendah kepadaku. Mereka mempersendakan aku. Mereka kata aku kuno, ketinggalan zaman, wanita kampong, mereka jua kata aku berlagak bagus. Ya Allah. Sedihnya aku. Kata-kata mereka ibarat kilat menembus hatiku. KepadaMu sentiasa aku sandarkan tangisan. Aku menangis, menangis dan terus menangis sehingga tiada berair mata lagi. Dan, tiba-tiba satu malam itu, dengan tidak semena-mena au berhenti menangis. Engkau membisikkan padaku. Lalu,aku teringatkan pesanMu:

 

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” Surah As Saff; Ayat 4.

Jika kita bantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kita.

 

“Akan tiba suatu masa pada manusia, dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam memegang agamanya, ibarat orang yang menggenggam bara api." (Hr. at-Tirmidzi)”

 

Aku menangis setiapkali mengenangkan peristiwa ini. Lantas, dari saat itu, aku berjanji, aku akn cuba menjadi kuat, aku akan cuba bermujahadah, kerana saat itu aku sedar bahawa apa yang aku harapkan adalah hanyalah Cinta AgungMu semata-mata dan moga aku bertemu dengan kekasih hati kita, Rasulullah dalam keadaan aku menjadi di antara ummatnya yang taat di syurgamu yang penuh dengan nikmat. Mulai hari itu, aku bangkit, mencuba menjadi mujahidah pemburu syahidah.

 

Ya Rahim,

Alhamdulillah. Atas berkat kesabaran aku dan keyakinan aku terhadap janjiMu padaku, akhinya Kau memberikan hadiah teristimewa buatku sehingga kan aku rasa aku tidak layak untuk menerimanya. Kau hadiahkan insan yang ku kira hebat segala segi walau ada jua kekurangannya. Kau hadiahkan pejuang agamaMu untuk membimbing aku dan menjadi pelengkap hidupku dan melengkapkan separuh dari agamaku. Terima kasih ya Allah kerana Kau tak pernah hampakan hambaMu. Rasa tak layak diri ini untuk meminta lebih-lebih dariMu memandangkan telah banyak yang Kau hadiahkan buatku, namun, satu doa ku, moga Kau sentiasa meredhai kami dan jua pasangan-pasangan lain. Moga kami mati dalam iman dan agamaMu. Ya Allah, sesungguhnya banyak yang ingin aku minta dariMu, tapi aku bukan lah pandai berkata-kata. Lagipun, ku tahu, Kau lebih maha mengetahui apa yang tersirat di hati ku dan apa yang terbaik buatku. Segala-galanya aku telah serahkan kepada Kau kerana aku yakin dengan janji-janji Mu. Tetapkan kami sentiasa dalam redhaMu. Amin…”

 

Moga hari esok lebih baik dari hari semalam.

 

**********************************************************************************

TAMAT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lux-et-veritas #1
Chapter 5: Hello,
I must say your story was very enjoyable even though I had to use Google Translate for most of it. Your poster is dazzling and the color scheme for your fonts are spectacular.
Please write more in the future so that I can use Google Translate's audio function to keep me company before I sleep.
yaya_almuslim #2
@ansyuhanim.. huhu.. kita ikut ila lah.. tunjuk ajarku sifu.. nak sama2 berjuang dgn ila.. ngeee... emm.. susah ila nak jumpa lelaki mcm gini.. even ana pun tersadung di pertengahan jalan.. ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari... T_T.. Allah knows better.. sandarkan harapan semata2 padaNya.. kerana Dia tak kan pernah kecewakan hambaNya..=)
ansyuhanim #3
Aduhh.....kan bagus klu reality nye gini brlaku pada diriku ini...:(<br />
susah nak cari laki btul2 setia n jujur mcmni....Hmmm
ansyuhanim #4
wah2....org kedua yg memartabatkan BAHASA MELAYU ni!!! mantap!
yaya_almuslim #5
assalamualaikum dan salam sejahtera.. sila2 lah baca dan tinggalkan komen yang membina.. tq.. =)