~Dia Takdirku~
~Dia Takdirku~
Tika orang lain sedang lena di hanyut mimpi selewat jam 3 pagi ini, tapi Insyirah Humaira’ masih segar-bugar bagaikan tiada tanda menunjukkannya perlu tidur. Lantas di beleknya kekasih hatinya yang dia bawa ia ke mana saja dia pergi. Dengan harapan, moga dia peroleh ketenangan. Bukankah masalah itu dating dari Allah dan dari Allah jua lah ada jalan penyelesaiannya. Dicubanya untuk menghafal isi-isi kandungan ‘kekasih hatinya’ itu. Namun dia tidak berjaya. Fikirannya jauh melayang. Lantas Humaira’ menutup ia kembali, dan diletakkan ia di tempat asalnya..
“Sabar ye sayang...selepas subuh nanti insyaAllah, akan ku cuba baca tafsir kau.....” ujar Humaira’ sambil mengusap-usap Tafsir Qurannya.
“Arghhh...Perkara apakah yang mengacau jiwaku ini sampaikan mataku masih tidak menunjukkan langsung tanda-tanda untuk ku tidur. Ya Allah. Adakah hati aku yang bermasalah..” rintih sekeping hati milik Insyirah Humaira’.
“Aku pasti..Saat ini mesti si dia sedang lena di ulit mimpi setelah penat dia berjuang di medan ilmu dan dakwah. Dan semestinya dia tidur awal untuk memudahkannya bermunajat kepada Allah di malam hari. Mungkin sudah menjadi rutin hariannya bangun qiam andai dia dikejutkan oleh Allah. Doaku jua buat dirinya supaya Allah sentiasa kejutkannya bangun qiam. Tapi aku? Masih setia memandang keindahan fatamorgana ini. Arghh... kalau aku seringkali begini, layakkah aku mahu setanding dengannya??? Layakkah aku ingin menjadi pendampingnya? Allah. Kerdilnya aku..” buat sekian kalinya Humaira’ bermonolog sendirian.
***************************************************************************
bersambung..
Comments