~Dia Takdirku~

~Dia Takdirku~

 

Laju saja Humaira’ menaip keypad handsetnya.

“Rindu sayang... Tidur elok-elok ye....jangan lupa bangun qiam..? Maaf.. enta salah hantar mesej ya??=) ..” Humaira’ nekad memulakan bicara.

“Eh, tak adalah. Memang bagi kat enti tu...” Shahran meyakinkan Humaira’.

“Apa? Allah.. Biar betul bagi kat aku?? Mimpi ke mamat ni? Kalau lah betul memang bagi kat aku, Ya Allah, gembiranya aku bukan kepalang...Alhamdulillah, segala-gala puji hanya bagiMu.. Ternyata dia masih tak lupakan aku. Sabar-sabar Humaira’, jangan mudah membuat kesimpulan.” Humaira’ cuba memujuk hatinya.

“Oh I see. Emm.. Ingat enta salah bagi mesej dan mesej di bawah minda sedar tadi....ok..InsyaAllah.. Syukran atas ingatan tu..nak bangun dah lah ni..” Humaira’ cuba menutup kegugupan hati..

“=) .. Tak da lah. InsyaAllah, Masih waras lagi ni. Alhamdulillah.. Bagus.. ok lah Kalau macam tu.. Selamat qiam.. esok-esok, jangan lewat-lewat tidur pula ye. Tak elok tidur Lewat. Ok lah.. Jaga keseluruhannya..Assalamualaikum..” seperti biasa, shahran pantas menamatkan perbualan..

“Erk.. Mana tahu ni ana selalu tidur lewat ni. Ok. InsyaAllah.. Ana cuba.. Enta juga... Selamat qiam dan jaga keseluruhannya..Waalaikumussalam...”

Jauh di sudut hati Humaira’, dia agak terkilan kerana belum pun sempat untuk dia bertanya lebih lanjut perihal perkembangan Shahran terkini, tapi dengan pantas Shahran menamatkan bicara mesej mereka. Pun begitu, sikap tegas Shahran ini lah membuatkan Humaira’ kagum dengannya. Dia bijak tangani keadaan, dia pandai kuasai situasi, bila mana dia diperlukan, dia hadir untuk seketika, dan akan pergi bila dirasakan kehadirannya tidak diperlukan. Dia jua bijak menepis setiap rintihan manja dari muslimah-muslimah di luar. Kerana yakin dengan sifat pejuang agama yang ada pada Shahran yang membuatkan Humaira’ sanggup menunggunya walau bertahun lamanya. Kerana janji Allah itu pasti.

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”
Surah An Nur, Ayat 26

 

*********************************************************************************

bersambung...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lux-et-veritas #1
Chapter 5: Hello,
I must say your story was very enjoyable even though I had to use Google Translate for most of it. Your poster is dazzling and the color scheme for your fonts are spectacular.
Please write more in the future so that I can use Google Translate's audio function to keep me company before I sleep.
yaya_almuslim #2
@ansyuhanim.. huhu.. kita ikut ila lah.. tunjuk ajarku sifu.. nak sama2 berjuang dgn ila.. ngeee... emm.. susah ila nak jumpa lelaki mcm gini.. even ana pun tersadung di pertengahan jalan.. ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari... T_T.. Allah knows better.. sandarkan harapan semata2 padaNya.. kerana Dia tak kan pernah kecewakan hambaNya..=)
ansyuhanim #3
Aduhh.....kan bagus klu reality nye gini brlaku pada diriku ini...:(<br />
susah nak cari laki btul2 setia n jujur mcmni....Hmmm
ansyuhanim #4
wah2....org kedua yg memartabatkan BAHASA MELAYU ni!!! mantap!
yaya_almuslim #5
assalamualaikum dan salam sejahtera.. sila2 lah baca dan tinggalkan komen yang membina.. tq.. =)