02;

Among The Stars
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Minyong membuka matanya perlahan-lahan. Apa yang dilihat hanyalah dinding putih yang kelihatan amat membosankan. Baru saja dia mahu menukar posisi, tiba-tiba kakinya seperti terkena renjatan elektrik membuatkan dia berdiam diri.

 

 

"Uhh, kaki~" rengeknya perlahan.

 

 

"Kau dah kenapa ha?" Satu suara menerpa telinganya.

 

 

"Sakit~" jawabnya lalu memejamkan mata. Bukan kerana sakit, tapi kerana malu. Malu bila lelaki kacak di sebelahnya melihat dia dalam keadaan tidak senonoh.

 

 

"Oh."

 

 

Apa dia cakap? Oh???? OH?? OH?!?! 

 

 

"Err...urr..errr....." Minyong kehilangan kata-katanya. Alamak, malunya! Dia masih memejam matanya, mengeluarkan bunyi dengkuran palsu.

 

 

"Oi, budak,"

 

 

"Budak."

 

 

Tiada respon. Minyong masih lagi berpura-pura tidur. Beberapa saat berlalu, tiada apa-apa yang berlaku. Fikirnya lelaki tersebut sudah pergi tetapi, apabila dia membuka matanya.....

 

 

BAM!

 

 

Lelaki kacak itu sedang merenungnya. 

 

 

"Err.....errr......sa-saya...uhh...saya tengah tidur!" Minyong menghempaskan wajahnya di atas bantal. Ah bodoh! Otak kau memang dah berkarat Minyong! A-aku tak boleh pandang dia! Dia terlampau menawan! Mata aku boleh meletup kalau pandang dia lama-lama!

 

 

"Heh."

 

 

Heh? HEH??? HEH?!?! Lelaki ni siapa sebenarnya? Dia memang lahir tanpa perasaan atau apa?

 

 

Minyong masih berada dalam kedudukan yang sama. Peluhnya menitis-nitis walaupun di dalam wad itu terdapat dua biji (betul ke?) penghawa dingin. Dalam masa yang sama, lelaki yang bernama Kwon Jiyong itu masih merenungnya. Bibirnya melakar senyuman senget. 

 

 

Ahhhhhh baliklah lelaki kacak! Tak tak, jangan balik! Aku tak puas tengok muka kau! Encik jodoh, jodohkanlah kami berdua! Aku mohon! Jangan jodohkan dia dengan perempuan lain! Jangan jodohkan aku dengan mamat lain! Satu saja aku minta, jodohkan kami! Aku nampak macam orang yang melebih-lebih tapi inilah yang terjadi bila seseorang mabuk cinta pandang pertama. 

 

 

"Mmmm..." Minyong menoleh ke belakang. Mukanya ditutupi dengan bantal, hanya membiarkan matanya sahaja terdedah.

 

 

"Apa?" 

 

 

"Saya nak balik, besok sekolah."

 

 

"Oh, ye ke?"

 

 

"Esok saya ada subjek biologi dan fizik."

 

 

"Bukan ke kau kelas seni?"

 

 

"Uh....."

 

 

"Bukan ke..." Jiyong memegang rambutnya yang digel.

 

 

"Besok cuti sekolah? Dua minggu?"

 

 

"Saya..ke-kelas...t-tak...cuti...uhh...." Minyong buntu. Hari ini adalah hari yang amat memalukan! Dia akan ingat hari ini sampai bila-bila.

 

 

"Bangun." Arah Jiyong.

 

 

"Apa?"

 

 

"Tengok, bawah katil ni ada emas."

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
syeirra
#1
Chapter 3: update lah kak nat :3 menanti ni :3
QuincyOat
#2
Chapter 3: Aish.. Ff ni sweet lah! Saya suka! Saya suka! Walaupun Jiyong ni pembunuh, saya suuuuuka sangat watak dia! Minyong, dia ni memang innocent sangat dalam ff ni! Dua kombinasi yang menarik dua orang manusia Seoul ni! Kekeke~
Currently,I'm waiting for the next chap :)
jiumin #3
Chapter 3: wahai authornim yg saya suka .. update lagii~~~
huhu
juniorarmy
#4
Chapter 3: update cepatt ^o^
syeirra
#5
Chapter 3: Yawwwww jahatnya jiyong == omg kak jin xD
juniorarmy
#6
Chapter 2: update ^o^ sampai hati kau nat. tak bagitau aku pun kau buat cerita baru ㅠㅠ sampai hati. sampai hati ㅠㅠ mentang2 ada kawan baru ㅠㅠ sedih ni
kamong
#7
Chapter 2: setelah berbulan lamanya menggeledah malay fanfic yg pelakonnya Kwon Ji Yong, akhirnya jumpa jugakk ! yeay. really in love with your fanfic. update soon authornim ~
Mrs_Hana02
#8
Wehhhhhhhhh xD