[A]

Exo; Ramadan Version

 

“Yehoo~~ terawih~~, aku dah berazam tahun ini aku nak solat sampai 20 rakaat,” kata Lay dengan azamnya dan semangat yang membara seperti api yang sudah bersedia untuk bakar Lemang di hari raya nanti. Ceh~, puasa baru esok, dah fikir nak raya.

 

“Yehet! Nak ikut Lay hyung buat sampai 20 rakaat,” kata Tao. Macam biasalah perkataan yehet sudah menjdai viral dalam rumah itu disebabkan oleh Sehun si Virus kayu 88.

 

“Lay!!! Kau ni, berapa kali aku nak kata, berhenti buat tarian tiang. Takkanlah depan rumah pun kau nak buat jugak, jiran nampak nanti malulah,” marah Suho si Jamal, walaupun hakikatnya tak akan ada jiran yang nampak ini kerana rumah mereka terlalu besar dan pagarnya jugak pun tidak mampu dilepasi oleh kucing yang ingin memanjat, apatah lagi kalau jiran nak tengok. Perasan sungguh kau ni Jamal.

 

Mereka semua sedang get ready nak pergi terawih dan mereka semua sedang berada di luar rumah, Baekhyun awal-awal lagi sudah pergi ke Masjid Putrajaya, almaklumlah, dia kan lagi suka kalau tok imam baca surah panjang-panjang berbanding dengan surah pendek-pendek. Syukur ke hadrat Ilahi dengan perangai Baekhyun yang tak macam 11 orang adik beradik angkatnya yang lain ni, peragai melanun mengalahkan lanun dalam kapal perang sahaja.

 

“Siap selak kain pelekat kau lagi, kau ingat ada orang nak terpikat dengan kau ke Lay-hyung? Dahlah tarian yang kau buat itu hodoh giler,” Kai memerli Lay dengan kata-kata yang sangat berbisa seperti ketam yang mencubit Sehun hari itu di pantai kerana dia menganggu kedamaian ketam itu.

 

“Kai, kau sebenarnya teringin nak buat juagk kan tarian tiang itu? Apa kata kalau kita buat pertandingan tarian tiang, nak tak?” kata Luhan yang mencabar Kai.

 

“Dah-dahlah meroyannya, tok imam tengah azan nie, jomlah gerak, aigoo~~ perangai korang ni…” D.ollah sedang membebel menggantikan Baekhyun.

 

“Jap, lupa pulak kita jalan-jalan waktu malam begini kenalah bawak torch light, nanti kalau terserempat biawak tengah jalan nahas kita nanti.” Xiumin segera berlari mengambil torch light.

 

Sementara itu, yang lain sudah pun berjalan meninggalakan Xiumin keseorangan, biawaklah sangat. Dia ingat ini jalan nak ke surau rumah atok mereka kat kampung yang banyak biawak itu ke? Come on lah Xiumin, kau tinggal kat Bandar sekarang ini.

 

 

 “Sehun, Tao, korang berdua ni kenapa? Jalan nak pi Suaru pun pimpim tangan, korang ingat nak pi kenduri kahwin ke ni?” marah Chanyeol apabila melihat dua orang maknae berjalan seiring dan sejalan, seindah bunga di kebun.

 

“Chanyeol, tak baiklah marah-marah di bulan posa ini,” sungguh terkena ayat yang diberikan oleh Kris itu. tergaman sekejap Chanyeol.

 

Perjalanan ke surau yang mengambil masa 5 minit itu dipenuhi dengan kebisingan oleh 10 orang pemuda yang tak tahu duduk diam itu. Bertengakar, bertekak, berteriak dan melalat semuannya ada, sungguh tak beradab.

 

_______________________________________________________________________________________

 “Over ajelah si Xiumin ni, nak pi surau pun pakai baju melayu satu set lagi, sia bersamping lagi, ambik kau. Kalah si Azwan Ali, ingat ini hari raya ke?” perli jiran sebelah rumah mereka yang bernama Suga.

 

Rapmon dan J-Hope hanya tergelak sahaja melihat pakaian Xiumin mengalahkan selebriti tanah air si Azwan Ali.

 

“Hehehe…” Xiumin hanya mampu tersengih macam kambing sahaja. Dia yang ditinggalkan oleh 10 orang itu terpaksa berjalan dengan jiran di sebelah rumahnya yang kebetulan nak pergi ke surau jugak.

 

“Biarkan ajelah dia hyung, nak buat macam mana dia kan fashionista~~,” Jungkook ayam berkokok tengah memerli Xiumin.  

 

__________________________________________________________________________________

Mereka semua sedang khusyuk menunaikan solat sunat terawih, maklumlah hari pertama, ramai yang bersemangat dan surau pun sudah di penuhi dengan orang ramai.

 

“Tok imam, ni rakaat ke berapa dah?” tanya Lay yang duduk di belakang tok imam itu. baguslah Lay ambik saf yang paling depan sekali.

 

“8 rakaat dah…” jawab Tok imam itu dengan suara mendatar, macam malas aje nak layan Lay.

 

Lay mengira menggunakan jarinya, “8 rakaat, hmmm… maknanya , hmmm tinggal 12 rakaat lagi kan?” disebabkan jari tangannya tidak cukup, Lay mengira menggunakan jari kakinya, mujurlah bilangan jari tangan dan kakinya mencukupi 20 bilangan, kalau tak dengan jari tok imam sekali di ambil buat kira.

 

Chen, Tao, Chanyeol, Sehun dan Kai yang mendengar tok imam itu kata 8 rakaat terus menghilangkan diri.

 

 

Selang beberapa rakaat kemudian, Lay menanyakan lagi Tok imam.

 

“Tok Imam berapa rakaat dah?”

 

“12”

 

“Hmm, maknanya 8 lagi kan?”

 

Kebenggongan Lay makin terserlah bila habis setiap rakaat solat sunat terawih, setiap kali itu jugaklah dia menanyakan tok imam berapa rakaat. Naik gila tok imam disebabkan oleh Lay yang kurang akal itu.

 

Suho yang ada di situ terpaksa masuk campur seperti sayur campur.

 

“Yah! Lay, kau boleh tak berhenti tanyakan tok imam berapa rakaat, kiralah sendiri,” marah Suho dan dia terus mengambil mikrofon surau itu mengetuk kepala Lay, mujurlah Lay pakai kopiah. Menggeleng kepala tok imam melihat telatah dua orang ini.

 

____________________________________________________________

“Huh, penatnya terawih tadi,” Kris mengeluh. Mereka semua sudah pun pulang dari surau.

 

“Tok soh menipu sangatlah Yifan, aku nampak kau solat isyak aje tadi, lepas itu terus menghilangkan diri,” kata Luhan yang dah masak dengan perangai overdose kawannya itu.

 

“Hehehehe…. Kantoi jugak,” kata Kris dengan malu-malu, dia menampar lembut pipi Luhan seperti seorang isteri yang baru dapat tahu suaminya kawin satu lagi secara senyap-senyap. Jatuh terjelopok Luhan dari atas sofa.

 

“Korang, sahur apa mala mini?” tanya Xiumin yang pentingkan makanan.

 

“Aku ada cadangan, nak tak, kita bahagikan tugas, setiap sahur 4 orang dalam satu kumpulan akan masak, amacam?” Suho memberi cadangan yang sangat bernas seperti beras cap bernas keluaran Malaysia yang tak berapa nak laris di pasaran.

 

“Okey aje, so macam mana nak bahagikan kumpulan?” tanya D.O

 

“Jom kita cabut undi, kumpulan 1, kumpulan 2 dan kumpulan 3,”cadang Baekhyun.

 

Undian di cabut dan akhirnya kumpulan pun dapatlah dibahagikan,

 

Kumpulan 1- Lay, Sehun, D.O dan Chen

Kumpulan 2- Luhan, Kai, Xiumin dan Tao

Kumpulan 3- Kris, Chanyeol, Baekhyun dan Suho.

 

“Risau aku tengok kumpulan 2 itu, dah lah line maknae dua orang, diikuti pulak dengan dua orang hyung yang tak matang,” kata Suho meluahkan isi hatinya.

 

“Yah! Jangan hina kumpulan kami ini, tengoklah apa yang kami akan masak, lagi sedap daripada korang semua,” marah Tao.

 

“Dah, masuk tidur semua, kumpulan satu, ingat sahur itu tugas korang pagi esok,” arah Chanyeol.

 

_____________________________________________

Author menulis:

Maafkan beta atas chapter yang membosankan ini.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
Check out the poster for Exo; Ramadan Version!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 10: Sukasukasuka citer niee. Srs lawak.
Keep writing missgreendecember♡♡♡
spaghetti_soda #2
Chapter 10: Saya hampir tercekik air liur masa gelak. Saya gelak sampai nak pengsan. Nasib baik tak. Hebatla cerita author-nim ni ^.^
Cho-Ain #3
X ingat jln cite so bce yg ni dlu sblum sequel...
hazhatt #4
Chapter 9: Saya baru jumpa fanfic ni. HAHAHAHA saya lambat! Cerita ni lawak, ringan dan terasa macam diorang tu orang melayu betul tapi apakan daya T_T Anyway tak lama lagi nak puasa, so memang cerita ni yg akan muncul kat kepala saya nanti ^^ Kamu penulis yg best! Jjang~
starlightkim_
#5
Chapter 9: Mmg daebaklah cterr ni
starlightkim_
#6
Chapter 1: Haha..lawaklah citer ni...saya asyik gelak je..
Joha_Exo12 #7
Chapter 9: Hahaha!!!Daebak!!!
osheren
#8
Chapter 9: Sehun paling bengong skali. Lay x boleh bla bengap dia lol
fourteenone
#9
Chapter 9: akak! cerita ni best sangat! haha wooya baru ada masa nk baca >.<
tak sangka lay dah pandai sindir2 orang, siapa ajar? nk kena babab dia ni tau!
and my sweet butter honey kaikai pandai menipu lolololol
sumpah kris dense giler and and and chen troll-er terbaik dari ladang huhu~~