[M]

Exo; Ramadan Version

 

“Baekhyun, hyung nak kunci jam ni, kau janganlah pulak tutup jam loceng nie time berbunyi nanti yer,” kata Lay yang sedang setkan waktu bersahur itu.

 

Baekhyun hanya mampu memandang Lay dengan pandangan yang sangat kasihan seperti seorang pesakit mental perlukan rawatan dengan segera. Someone call the doctor~~ “bilalah hyung aku yang ini nak berubah?”

 

Baekhyun mula memarahi lay saat “ yah! Lay, yang kau kunci semua jam berlainan waktu ini kenapa?”

 

“OH! Ini waktu sahur kat Mekah, ini waktu sahur dekat Somalia, jam ini dekat Australia, yang ini pulak dekat…” ayat Lay itu dibiarkan tergantung seperti  orang kena gantung kerana Baekhyun sudah pun melemparkan salah satu jam yang Lay letakkan di sekeliling bilik mereka. Ketulan benjol di kepala Lay sudah naik dan Lay mengusatkannya dengan penuh kasih sayang. Sadis betul hidup si Lay ini.

 

“Orz, kenapalah aku kena kongsi bilik dengan orang macam ini?” satu fakta yang tak dapat diterima oleh Baekhyun sampai sekarang ialah rakan sebiliknya ialah Layman yang gedik macam lemang itu.

 

“Guna waktu sahur Malaysia ajelah,” marah Baekhyun dan segera menyelimutkan dirinya seperti mayat.

 

Lay yang tidak pernah mendengar arahan, malahan lebih teruk lagi, dia meletakkan ke semua jam loceng tadi di sekeliling katil Baekhyun. Revenge time, hehehehe.

 

Lay yang berjalan mundar mandir di sekeliling katil Baekhyun itu tanpa sengaja tersepak jam loceng Hello Kitty Baekhyun dan terus mendarat ataupun lebih tepat lagi landing tepat-tepat atas mayat badan Baekhyun.

 

Bagaikan dua ekor kucing jantan yang sedang bertarung dan bergaduh untuk mendapatkan kucing betina, begitulah yang berlaku di antara Baekhyun dan Lay.

 

“Meow…meow..moew…” marah Baekhyun.

 

“Woff, woff, eh salah pulak, embeekkk, embeekk…” Lay menyalak kemudian mengembek selepas itu dia ditendang oleh kaki Baekhyun.

 

 Pertarungan antara Baekhyun dan Lay masih lagi rancak dan berlangsung dengan penuh dramatik dan aksi yang ganas sehingga mereka berdua tertidur bersama di atas lantai bilik mereka.

 

Sementara itu di bilik Xiumin dan Suho,

 

“Bunyi apa itu?” tanya Xiumin kehairanan.

 

“Kucing kot.. dah lah tido, esok nak bangun sahur,” Suho terus menyelubungkan badannya dengan selimut gambar power rangers itu tanpa segan silu. Kau, selimut itu Jamal tempeh khas dari L.A lagi, kelas kau Jamal.

 

“Kucing pun boleh buat bunyi kambing, angsa, itik jugak ke?” soal Xiumin kehairanan dalam hati dan dia terus ZZzzz dengan persoalan yang tergantung begitu sahaja.

 

 

 “Hahaha, aku dapat 6 nombor dadu, boleh lah gerak naik tangga guna ular sawa yang gedik…” kata Tao dengan menggoyangkan badannya seperti ular sawa yang gedik itu.

 

“Yah ! Tao, kita tengah main game billionaire ini macam mana boleh ada ular pulak? Benggong sungguh,” marah Kai.

 

“Suka hati akulah budak hitam, uwekk,” Tao menjelirkan lidahnya ke arah Kai.

 

Kai dengan perasan macho terus menyumbat buah dadu dalam mulut Tao, “ambik kau.”

 

Tao bagaikan nyawa-nyawa ikan dengan muka seperti ular sawa tercekik kerbau itu terus merayu dan meronta-ronta meminta tolong.

 

Kebetulan datangnya si Luhan tanpa sedar terus memijak badan Tao sehingga hilangnya tercekik dia. “Kai, kau tak reti nak masuk tido dalm bilik ke?” Luhan terus menarik telinga Kai dan memaksa dia masuk bilik mereka.

 

_______________________________________________________________________________________

Saat kesemua jam loceng Lay berbunyi, bagaikan arus elektrik yang menghantar litaran, tetapi berbeza pulak dengan loceng ini, bagaikan arus getaran yang berjangkit sehingga ke seluruh badan Baekhyun menyebabkan dia bergetar. Lay yang tersedar akibat jam loceng itu terus pergi ke arah Baekhyun yang sedang bergetar. Lay menyentuh bahu Baekhyun menyebabkan dia pun terkena tempiasnya iaitu sama-sama bergetar.

 

D.Ollah yang kebetulan melalui bilik mereka untuk memasak hanya mengangkat bahu sahaja.”Diorang tengah buat aerobic kot, pelik betul aerobic sekarang,” kata D.O sambil mengeleng-gelengkan kepala.

 

 

“Kumpulan 1, aku, D.O, Sehun dan Lay. Mana Sehun dan Lay?” tanya Chen yang sudah pun berada di dapur.

 

“Pergilah kejutkan diorang, aku nak mencari, mengutip, dan memburu bahan dalam peti sejuk ini.”

 

Ketika Chen menaiki anak tangga rumah itu, Sehun dengan mamainya mambawa selimut dan bantal dia menuruni tangga untuk menuju ke arah dapur.

 

“Kena pergi kejutkan Lay sekarang,” kata Chen dan segera berlari lintang pukang sehingga terselak kain pelekatnya itu untuk pergi ke bilik Lay.

 

 

Chen memegang bahu Lay turut terkena getaran itu menyebabkan merka bertiga sama-sama bergetar. Kebetulan Kris yang melalui bilik itu turut memegang bahu Chen dan dia pun sama-sama terkena diikuti oleh Chanyeol, Kai, Luhan, Xiumin, Suho, dan Tao.

 

 

D.O yang sedang khusyuk memasak tidak menyedari bahawa 10 orang adik beradik angkatnya tidak datang lagi ke dapur.

 

“WOhoo, dah nak siap masak, Sehun tolong hidangkan makanan ini dekat meja makan, tapi di  bawah, kita makan bersila ajelah.  

 

Sehun yang malas hendak mencari tikar ataupun pelapik terus menghamparkan selimut tidurnya dan dengan derpnya dia terus menghidangkan semua makanan tersebut.

 

“Sehun tolong cedokkan nasi ini, hyung nak pergi selesaikan misteri 10 orang yang hilang ini,” laung D.Ollah dan segera menghaibkan dirinya.

 

 

“YA ampun, ish apalah diorang ini, benda macam ini pun tak boleh nak selesaikan,” bebel D.O dan dia terus mematikan jam loceng di bilk Lay itu. Akhirnya semua orang sudah sedar dari getaran yang sangat dasyat.

 

“Terima kasih hyung, Kai ingat kai akan mati dah tadi,” kata Kai dengan tangisan dan hingus yang meleleh, terus dia mengambil hujung baju Tao untuk mengelap hingus itu.

 

“Woiii, ini baju akulah,” marah Tao.

 

 

Mereka semua duduk bersila di atas selimut Sehun dan dengan rakusnya makan semua masakan D.O walaupun hakikatnya D.O hanyalah masak sayur goreng dengan telur goreng.

 

“Hmpph, apasal laut ini sikit sangat,” rungut Suho.

 

“Nak buat macam mana, Chen dan Lay tak sertai acara memasak sahur tadi.”

 

“Happy Suhooor semua, huhuhu,” kata Sehun dengan gediknya sambil membuat smirk dan memandang tepat ke arah Suho seperti memerlinya.

 

Tak guna punya maknae, kau tengoklah, petang ini aku nak pergi bazaar Ramadan tak nak ajak kau,” Suho hanya mampu  berkata dalam hatinya sahaja.

 

 “Kai, kau habiskan kicap aku,”

 

“Mana ada, kau tu yang tak sedar diri makan kicap aku…” Kai terus merampas botol kicap dari tangan Tao.

 

“Yah! Xiumin, kau jangan makan lauk sahaja, makan nasi sekali,” marah Kris.

 

Suasana sahur yang amat bising sudah bermula, ini baru hari pertama, tak tahulah apa yang akan berlaku seterusnya.

_____________________________________________________

Author menconteng:

Huhuhu, memadangkan plot cerita ini sedikit panjang, nak tak nak saya terpaksa update selalu supaya dapat habiskan sebelum raya, anda semua tak kisah kan? Teruskan menyokonng saya dan cerita ini, T_T, sayang anda semua.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
Check out the poster for Exo; Ramadan Version!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 10: Sukasukasuka citer niee. Srs lawak.
Keep writing missgreendecember♡♡♡
spaghetti_soda #2
Chapter 10: Saya hampir tercekik air liur masa gelak. Saya gelak sampai nak pengsan. Nasib baik tak. Hebatla cerita author-nim ni ^.^
Cho-Ain #3
X ingat jln cite so bce yg ni dlu sblum sequel...
hazhatt #4
Chapter 9: Saya baru jumpa fanfic ni. HAHAHAHA saya lambat! Cerita ni lawak, ringan dan terasa macam diorang tu orang melayu betul tapi apakan daya T_T Anyway tak lama lagi nak puasa, so memang cerita ni yg akan muncul kat kepala saya nanti ^^ Kamu penulis yg best! Jjang~
starlightkim_
#5
Chapter 9: Mmg daebaklah cterr ni
starlightkim_
#6
Chapter 1: Haha..lawaklah citer ni...saya asyik gelak je..
Joha_Exo12 #7
Chapter 9: Hahaha!!!Daebak!!!
osheren
#8
Chapter 9: Sehun paling bengong skali. Lay x boleh bla bengap dia lol
fourteenone
#9
Chapter 9: akak! cerita ni best sangat! haha wooya baru ada masa nk baca >.<
tak sangka lay dah pandai sindir2 orang, siapa ajar? nk kena babab dia ni tau!
and my sweet butter honey kaikai pandai menipu lolololol
sumpah kris dense giler and and and chen troll-er terbaik dari ladang huhu~~