Special Edition

I Miss Them

Beberapa tahun kemudian..

 

Taehyung dan Yoori sudah melepasi tahap trauma mereka. Kejadian dulu menyedarkan Yoori kepada sebuah persahabatan yang suci. Sungguh dia tidak pernah tahu masih ada sahabat yang sanggup mengorbankan dirinya demi orang lain. Abangnya sepatutnya bersyukur kerana berkenalan dengan mereka.

 

      “Abang..agaknya, diorang bahagia tak dekat sana?”. Soal Yoori kepada Taehyung. Taehyung merenung satu persatu kubur kawan-kawannya.

 

      “Semestinya. Tuhan memberkati diorang. Diorang dah selamatkan abang dan adik”. Balas Taehyung. Dia menghela nafas panjang.

 

Ini adalah kisah tujuh sahabat. Pelbagai kerenah dan ragam. Hidup dalam 1001 rahsia tetapi kekal dengan misteri. Taehyung masih ingat saat dia berjumpa dengan mereka. Masing-masing hidup dalam dunianya sendiri. Bagaikan tiada arah tuju. Begitu juga dengannya. Saat dia ibu bapanya mati, Taehyung terasa amat kehilangan. Merekalah yang selalu memberi nasihat kepadanya.

 

Di situ Taehyung faham. Tiada istilah susah dalam persahabatan kerana susah senang bersama-sama. Kadang-kala dia berfikir sendiri. Bagaimanakah mereka boleh menasihatinya sedangkan mereka sendiri buntu dalam hidupnya..

 

Rapmon… Keluarganya amat susah sehinggakan sanggup berhutang

 

J-Hope…Dia bagaikan patung tak bernyawa. Ibu bapanya lebih mementingkan abangnya yang berpelajaran tinggi dan dia sering dibandingkan antara mereka.

 

Suga…Mak bapak dia Tan Sri tapi dia langsung tak dapat kasih sayang daripada diorang. Akhirnya dia lari rumah.

 

Jimin…Dia lain macam dengan aku sejak kematian kakak dia. Dia ni jenis tak berperasaan jugak kadang-kadang.

 

Jin dan Jungkook…Diorang ni adik beradik tiri. Bapak Jin kahwin dengan mak Jungkook. Jungkook ni lebih suka pendam daripada Jin. Kalau Jin marah, dah tak serupa orang. Habis benda dicampaknya. Tapi dia sebenarnya baik dan penyayang.

 

 

Selama Taehyung dengan diorang, hatinya lebih tenang. Dia dapat merasakan aura kehidupan yang sebenar. Biarpun senyuman dibibir sentiasa mekar namun hati..tiada siapa yang hati.

 

      “Abang..dia dah datang”. Kata Yoori. Dia dapat menghidu minyak wangi milik lelaki itu. Taehyung menoleh ke belakang. Bibirnya mengukirkan senyuman.

 

      “Hyung..”.

 

      “Kau dari mana ni?”. Soal Taehyung kepadanya.

 

Dia ialah Jeon Jungkook…

 

      “Hospital. Yoori mesej aku yang kau ada dekat sini”. Balas Jungkook. Matanya memandang kubur abangnya, Jin. Dia terasa bodoh kerana membenci abangnya sebelum ini.

 

      “Bodoh punya Jin! Kita tinggalkan aku tanpa ucap selamat tinggal. Dia banyak dosa pada aku”. Gumam Jungkook. Dia menahan air mata yang mahu mengalir.

 

Abang yang dia anggap benci dirinya sudah tiada. Dia masih ingat lagi ayat terakhir Jin sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

 

  Kau tau tak dia siapa? Dia adik aku, bodoh!

 

Selepas itu dia tidak sedarkan diri lagi buat selamanya…

 

      “Aku pasti. Jin hyung mesti akan bangga dengan kau sekarang”. Kata Taehyung sambil memeluk bahu Jungkook.

 

Kini, Jungkook seorang doktor pakar bedah. Taehyung dan Yoori bergading bahu untuk membuka kafe secara kecil-kecilan di Seoul. Dia tidak sebesar mana, namun cukup untuk membeli keperluan harian.

 

      “Tak. Dia benci aku. Dia yang sepatutnya jadi doktor bukan aku. Ini impian dia sejak kecil”. Balas Jungkook sambil tersenyum kecil. “Aku cuma merialisasikan impian dia je”. Kata Jungkook lagi.

 

Yoori mencari tangan Jungkook. Jungkook sangat tabah. Selepas peristiwa dulu, kaki Jungkook disahkan lumpuh. Ini kerana das tembakan yang tersasar itu. Hampir beberapa tahun Jungkook menjalani rawatan terapi. Sambil itu, dia mempelajari bidang perubatan. Usahanya membuahkan hasil.

 

       “Awak mesti hebat orangnya kan. Tak ubah macam abang”. Kata Yoori. Jungkook ketawa kecil. Dia memeluk tubuh gadis itu seeratnya. Sebuah ciuman dihadiahkan pada gadis itu.

 

       “Nak tau saya hebat ke tak, kahwinlah dengan saya”. Balas Jungkook nakal. Jelingan Taehyung dihiraunya. Muka Yoori sudah seperti tomato. Dia sungguh malu dengan usikkan Jungkook.

 

      “Minta kebenaran dari abang Tae dulu”. Kata Yoori.

 

      “Tak apa. Kalau dia tak bagi, kita kahwin lari”. Jungkook terus membawa lari Yoori keluar dari kawasan perkuburan. Ditinggalkan Taehyung seorang diri.

 

       “Cis! Kalau ye pun carikanlah aku bini”. Taehyung mengejar mereka dari belakang.

 

Pada ketika itu, bayangan lima lelaki memerhatikan mereka dengan senyuman. Akhirnya impian mereka tercapai. Semoga mereka bertiga bahagia sepanjang hayat. 

 

 

 


 

Yehet! Dah habis !!!

Terima kepada sesiapa yang baca, sub, upvote dan komen fanfic ni.

Ada masa saya buat sequel untuk peminat KookYoo couple

semua orang curious dengan cerita ni XD XD

 

Yang Benar,

VampireLuxury

 

 


 

Thanks too Eiyka for the beautiful Poster ^_^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
VampireLuxury
Ok tak? sila komen!

Comments

You must be logged in to comment
theend97 #1
Chapter 6: Alarrrh!!! Dah habis ke?
Sedihnye T.T
BTW, thnx for making this story! Best sgt
-nahyun
#2
Chapter 6: sedihhhhh kyaaaaaaaaa i feel this uuuu daebak. Buatlah sequel untuk taehyung sekali, kesian dia. nak bini ehhh haha
kamong
#3
Chapter 6: on chapter 5 im crying smpai tak cukup tisu. but on this chapter, aigoo.. i punya sengih "kerang busuk" ni tak lekang dari bibir. tbh ni bts storyline paling jjang pernah i baca. your words even too many typo pun i boleh faham huhu. em em nak request sequel utk cerita ni boleh tak ? heheh
hyemipark
#4
Chapter 6: Sedih gileeeeee dh la time bace tngh dgr lagu sedih huwahhh ~T_T~~T_T~
Sequel sequal comel kookyoo couple
DAEBAK DAEBAK DAEBAK
AUTHOR-NIM FIGHTING!!!
nurfarrh49
#5
Chapter 6: Sedih nak Mati T.T
tyhah_nad #6
Chapter 6: Sedih la siot T_t
haninad
#7
Chapter 6: hmm sedihnya
HeavenDelight
#8
Chapter 6: Lol...ingat semua da mati...rupanya ada lg si jungkook tu..XD
UmairaHusna
#9
Chapter 5: alaa baru nak kahwinkan jungkook dengan yoori . jungkook tak mati lagiiiiiiiii huhu ;-;