Bab 5

I Miss Them

 

 

Mereka berenam duduk dalam bulatan. Masing-masing memikirkan bagaimana mahu lari dari cengkaman Black Tiger. Ya, mereka bercadang mahu meninggalkan Korea dan hidup aman di Malaysia. Setiap orang ada impian dan cita-cita. Mereka juga ada.

 

      “Macam mana ni hyung?”. Soal Jungkook kepada Jin disebelah. Jin hanya berbuat bodoh.

 

Jungkook mendegus kecil. Ada abang, macam pepatung. Cakap dengan tiang elektrik lebih baik!

 

       “Kau tak payah risau. Aku akan jaga kau juga”. Balas Jin tanpa Jungkook. Mungkin malu dengan apa yang dikatakan tadi.

 

Jungkook sedikit terkejut tapi dia hanya mendiamkan diri.

 

      “Kita teruskan rancangan kita nak ke Malaysia. Kalau boleh, malam ni juga”. Jimin memberi cadangan. Dia memandang Rapmon. Rapmon seperti ragu-ragu.

 

      “Betul juga cakap Jimin. Kita kena fikir pasal V dengan adik dia tu. Maunya lelaki botak tu apa-apakan Yoori”. J-Hope menyokong kata-kata Jimin.

 

Rapmon melepaskan sebuah keluhan berat. Keputusan itu banyak risikonya tetapi, itu saja harapan V dan Yoori dapat hidup bersama.

 

      “Korang semua pergi kemas barang masing-masing. Kita gerak malam nanti”. Akhirnya Rapmon bersuara. Memberi arahan yang berisko tinggi. Dia juga tidak seharusnya mementingkan diri sendiri.

 

      “Kau sure?”.Suga menyoal Rapmon. Dia ragu-ragu dengan keputusan Rapmon. Mereka tetap selamatkah?

 

      “Aku pasti”.

 

Kalau itu keputusan ketua, anak buah tidak boleh buat apa-apa. Mungkin itu yang terbaik buat mereka.

 

Jin mengetuk pintu bilik V lalu masuk kedalam. Jungkook menyusul Jin.

 

      “Taehyung. Malam ni kita akan berangkat ke Malaysia. Nanti aku suruh Jungkook kemaskan barang kau sekali”. Kata Jin dingin. Dia ingin keluar daripada bilik, tetapi tangannya ditahan Yoori.

 

      “Kenapa nada awak macam tak suka je dengan abang? Abang ada buat salah ke?”. Soal Yoori.

 

      “Dia memang banyak buat salah pada aku. Kau tak perlu tau”. Balas Jin seraya meninggalkan bilik itu.

 

Jungkook hanya menggeleng melihat Jin. Dia mengambil baju-baju dari almari dan membawa keluar.

 

      “Jangan fikir sangat. Dia memang macam tu”. Kata Jungkook. Dia mula melipat baju dan memasukkannya ke dalam beg. “Hyung..adik hyung comel. Nak pijak-pijak rasanya”. Gurau Jungkook.

 

      “Banyak kau! Dia aku punya tau”. Gerutu V. Menyesal pula dia kenenkan Jungkook dengan adiknya.

 

      “Ala hyung..hyung kahwinlah dengan orang lain”.

 

V hanya menggeleng. Tak taulah dia punya masa untuk lihat Yoori berbahagia bersama orang yang dia sayang ataupun tidak.

 

      “Jungkook. Awak letak telefon saya dekat mana?”. Jungkook baru teringat yang dia yang menyimpan telefon Nokia milik Yoori. Dia menghulurkan telefon itu kepada Yoori. “Nak buat apa dengan telefon tu?”. Soal Jungkook

 

Yoori tersenyum. “Kegunaan masa hadapan”. Balasnya tenang.

 

 

 

 

 

      “Semua dah siap?”. Soal Rapmon di hadapan van. Mereka mengangguk.

 

      “Biar aku yang bawa van ni. Korang semua rehatlah dulu”. Jimin menawarkan diri untuk memandu pada malam itu. Mereka terima saja.

 

Disebabkan masing-masing kepenatan, kesemua mereka sudahpun tidur kerana sudah larut. Cuma tinggal Jimin keseorangan memandu. Jimin memandang cermin belakang. Dia tersenyum sinis.

 

      “Lepas ni, satu-satu masuk lubang kubur”. Kata Jimin di dalam hati.

 

Dialah orangnya. Park Jimin. Orang yang memfitnah  dan menganiayai keluarga Taehyung. Dia yang menolak Yoori sehingga Yoori menjadi buta. Ini semua kerana dendam lama yang tersemat di jiwa. Dirinya bersumpah mahu memusnahkan segala keturunan keluarga Kim.

 

      “Dengan apa yang kau pernah buat dekat kakak aku dulu, aku tak akan lepaskan kau, Taehyung. Kau dengan adik kau boleh mampus. Bukan korang berdua je, kawan-kawan kau yang ‘baik’ ni pun akan menyusul kau”.

 

      “Korang tak akan selamat”. Gumam Jimin dengan geram.

 

      “Sebenci itu awak terhadap keluarga saya?”. Suara kecil menyapa di telinga Jimin. Yoori membuka matanya. Dia sudah mendengar segala kata-kata Jimin dan dia juga tahu niat sebenar Jimin yang menawarkan untuk  memandu.

 

      “Kau tau apa, hah? Yang kau tahu cuma menyusahkan aku”. Kata Jimin. Dia harus mengawal nada suaranya. Takut didengari ahli-ahli yang lain.

 

      “Awak abang Chimchim kan?”. Jimin tersentak. Macam mana.. “Kakak abang pernah kapel dengan abang Tae. Tapi sebulan kemudian, kakak abang mati dari bangunan tingkat 7. Betul?”. Yoori menyoal Jimin. Dia hanya mendiamkan diri.

 

      “Abang Chim tau tak kenapa kakak bunuh diri? Abang tau tak kakak abang menghidapi kanser tahap 4 masa tu? Sebelum dia pergi, dia ada jumpa dengan saya. Dia kata dia tak nak abang dan mak ayah abang tahu tentang penyakit dia. Abang pun tak tau masa tu dan abang tak ada kena mengena dalam hal tu. Abang Tae terlampau sayangkan kakak abang sampai tak sekolah seminggu. Sampai sekarang dia merasa kehilangan tu. Tak kan abang tak pernah siasat pasal tu?”. Jimin tersentak buat kali kedua. Dia memberhentikan kereta ditepi jalan. Matanya mula merah.

 

      “K..anser?”.

 

      “Barah hati”. Ujar Yoori.

 

      “Aku tak tau..a..ku”. tidak sempat Jimin mahu berkata, sekumpulan lelaki mengepung van mereka. Mereka mengetuk tingkap van dengan kuat.

 

Yang lain tersentak dengan ketukan yang kuat.

 

      “Apa dah jadi ni?”. Soal J-Hope. Itu.. budak-budak Black Tiger!

 

      “Bukak!”. Teriak seorang lelaki diluar. Kerana tiada respon, mereka memecahkan tingkap van. Yoori menjerit ketakutan. Lantas dia memeluk V di sebelah.

 

Mereka semua diarahkan keluar  dari van. Nak tak nak terpaksalah mereka berlutut di jalanan. Semua orang memandang Jimin yang menunduk. Jimin mula sedar akan kesilapannya.

 

      “Nak pergi mana wahai anak buahku? Cuba lari ke?”. Black Tiger ketawa jahat. Kemudian, wajahnya kembali serius.

 

Rambut Taehyung direntap. Kasar dan kejam.

 

      “Orang macam kau nak lari dari aku? Tak akan!”. Matanya berpaling ke Yoori. Dia cuba memegang wajah mulus Yoori namun ditepis Taehyung.

 

      “Kau boleh apa-apakan aku, tapi bukan adik aku”. Taehyung bersuara lantang. Black Tiger kembali ketawa.

 

      “Yah! Kim Taehyung. Tak sangka kau ada adik secantik bidadari”.

 

Taehyung menyorokkan Yoori di belakangnya. Tiada siapa yang boleh menyentuh adiknya yang suci ini.

 

      “Dengar sini! Aku boleh lepaskan korang semua. Free and happy. Aku cuma nak kan Taehyung dengan adik dia. Korang sanggup?”. Black Tiger bersuara kuat.

 

      “Lepaskan diorang! Taehyung tak bersalah! Lepaskan dia…”. Jerit Jimin. Dia bangun dari melutut di hadapan lelaki botak itu. “Dia tak salah. Aku yang bunuh adik kau”. Akhirnya. Kebenaran terbongkar jua. Jimin berasa bersalah dan ingin membetulkan segalanya.

 

Black Tiger berubah wajah. Pistol dipoket dikeluarkan dan diacukan ke kepala Jimin.

 

      “A..pa? kau?”. Jimin mengangguk. Matanya tepat memandang kearah Taehyung.

 

      “Tak guna!”. Bunyi das tembakkan kedengaran. Dari situ mereka dapat melihat tubuh Jimin terbaring kulai di jalan. Cecair merah keluar deras dari kepala Jimin.

 

Mata Jimin masih memandang Taehyung. “A..ku min..ta m..aaf!”. kata Jimin terus matanya tertutup rapat.

 

      “!”. J-hope cuba menyerang Black Tiger namun tembakan anak buah Black Tiger lebih lincah menembak J-hope di bahagian dada. Dadanya turun mencari oksogen yang semakin berkurangan.

 

Rapmon dan Suga mengangguk sesama sendiri lalu mengacukan pisau di leher Black Tiger.

 

      “Kalau korang nak tengok ketua korang yang botak hidup, letakkan segala senjata di bawah!”. Teriak Suga.

 

      “Cepat!”. Rapmon mengacah mereka dengan pisau ditangan. Mereka mula takut dan meletakkan senjata mereka di lantai.

 

Yang peliknya, Black Tiger tidak takut malah ketawa.

 

      “Jangan jadi bodoh”. Ujar Black Tiger. Rapmon dan Suga terasa leher mereka dilibas dengan benda tajam. Tanpa berkata apa-apa, mereka rebah ke bumi. Darah terpancut dari leher mereka.

 

Tinggal Jin, Jungkook, Taehyung dan Yoori saja yang hidup. Itu sudah nyawa-nyawa ikan. Black Tiger mengacukan pistol di kepala mereka.

 

      “Kalau korang tak nak mati kawan-kawan korang yang bangsat ni, jangan biadap”. Black Tiger bersuara lantang. Matanya memandang Jungkook.

 

      “Berminat nak jadi anak buah aku?”. Soalnya kepada Black Tiger.

 

Dia tersenyum sinis. “Jangan harap!”. Dia meludah ke lantai. Perbuatannya itu membuatkan Black Tiger menjadi berang. Dia mencengkam kolar baju Jungkook.

 

      “Nampaknya, aku kena bunuh kau jugaklah”. Black Tiger mengacukan pistol tepat di dada Jungkook. Jungkook dengan beraninya menendang serta menumbuk Black Tiger sehingga jatuh tersungkur. Namun agak malang kerana das tembakan tersasar ke kaki Jungkook. Jungkook menjerit kesakitan.

 

      “Jungkook!”. Jin berlari kearah Jungkook kaki mengalami kecederaan parah. Angin barannya mula datang. Dia berlari ke arah Black Tiger dan menumbuknya bertubi-tubi.

 

      “Kau tau tak dia siapa? Dia adik aku, bodoh!”. Tengking Jin. Jungkook memandang Jin dengan lemah. Matanya terasa berat.

 

      “Hyung..”.

 

Sebilah pisau ditusuk ke dada Jin. Bibirnya menggeletar. Menahan maut yang bakal menantinya.

 

Jungkook sudah lama tidak sedarkan diri. Taehyung diam seribu bahasa. Adakah apa yang dia lihat sekarang adalah drama? Drama yang menyayat hati?

 

      “Arh! Lega aku”. Black Tiger menarik nafas lega. Tinggal keluarga Kim saja yang hidup. Mereka yang  sepatutnya hapuskan.

 

Taehyung memeluk Yoori dengan erat. “Kita akan mati bersama. Maafkan abang sebab tak dapat jaga Yoori dengan baik”. Bisik Taehyung ditelinga Yoori. Pistol sudah diacukan kearah mereka.

 

      “Ucapkan selamat tinggalkan kepada dunia”. Taehyung semakin mengeratkan pelukan. Impiannya mahu berjumpa ibu dan ayahnya akan tercapai.

 

Tiba-tiba bunyi siren kedengaran. Black Tiger mula cuak. Dia memandang sekeliling. Semua tempat sudah dikepung polis. Akhirnya Black Tiger ditangkap dan dipenjarakan.

 

Taehyung mengusap kepala Yoori. Dia memandang satu persatu wajah kawan-kawannya yang sudah tidak bernyawa. Adakah ini cubaan? Yang dia sudah kehilangan sahabat baiknya.

 

“Kita selamat..”.

 

The End  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
VampireLuxury
Ok tak? sila komen!

Comments

You must be logged in to comment
theend97 #1
Chapter 6: Alarrrh!!! Dah habis ke?
Sedihnye T.T
BTW, thnx for making this story! Best sgt
-nahyun
#2
Chapter 6: sedihhhhh kyaaaaaaaaa i feel this uuuu daebak. Buatlah sequel untuk taehyung sekali, kesian dia. nak bini ehhh haha
kamong
#3
Chapter 6: on chapter 5 im crying smpai tak cukup tisu. but on this chapter, aigoo.. i punya sengih "kerang busuk" ni tak lekang dari bibir. tbh ni bts storyline paling jjang pernah i baca. your words even too many typo pun i boleh faham huhu. em em nak request sequel utk cerita ni boleh tak ? heheh
hyemipark
#4
Chapter 6: Sedih gileeeeee dh la time bace tngh dgr lagu sedih huwahhh ~T_T~~T_T~
Sequel sequal comel kookyoo couple
DAEBAK DAEBAK DAEBAK
AUTHOR-NIM FIGHTING!!!
nurfarrh49
#5
Chapter 6: Sedih nak Mati T.T
tyhah_nad #6
Chapter 6: Sedih la siot T_t
haninad
#7
Chapter 6: hmm sedihnya
HeavenDelight
#8
Chapter 6: Lol...ingat semua da mati...rupanya ada lg si jungkook tu..XD
UmairaHusna
#9
Chapter 5: alaa baru nak kahwinkan jungkook dengan yoori . jungkook tak mati lagiiiiiiiii huhu ;-;