004

I'm Sorry!

 🎵004🎵


 

Pagi yang sunyi. Aku menapak ke tingkat bawah tanpa bantuan Irene. Walaupun sudah dua hari berlalu sejak aku dibawa masuk ke rumah ini, badan aku masih lemah. Tapi, demam aku sudah kebah.

Aku masih lagi tidak pasti sama ada keputusan aku untuk menetap di sini seketika adalah keputusan yang betul. Bagaimana jika ‘dia’ tahu yang aku masih lagi hidup dan tinggal di sini? Nyawa mereka semua pasti terancam. Aku tak sanggup melihat mereka di apa-apakan. Mereka sangat baik pada aku. Aku kena pastikan yang tempat aku berada sekarang ini selamat.

“Hey, kau nak ke mana? Sini aku tolong,” Jimin mendekati aku. Aku tidak berkata apa-apa. Jimin membantu aku menuruni beberapa lagi anak tangga yang masih berbaki. Aku tidak mampu untuk menegahnya kerana dia sememangnya seorang yang agak keras kepala.

Walaupun baru sahaja dua hari aku menetap di sini, aku sudah masak dengan perangai mereka bertujuh termasuklah Irene. Dari pagi sehingga malam, mereka sentiasa gembira. Jarang sekali aku melihat mereka bersedih.

Jauh sekali dengan kehidupan aku. Aku sendiri tak tahan dengan kehidupan aku yang dulu. Tapi, itu bukanlah sebab utama aku berada di sini.

“Maaf. Aku dah susahkan kau,” ujarku perlahan. Jimin pantas menggeleng.

“Tak pun. Kau tak susahkan sapa-sapa punlah dekat sini. Kami semua gembira ada kau,” mendengar jawapan Jimin menyebabkan mata aku berair. Aku seperti tidak percaya yang manusia seperti ini masih wujud di dunia ini. Aku fikirkan sudah pupus. Mungkin aku tak kenal dunia kerana hidup aku sentiasa dikongkong oleh ‘dia’.

“Hey, kau okey tak ni ke kau sakit lagi?” soal Jimin.

“Tak. Aku okey,” aku hanya mengangguk. Jimin membawa aku ke sofa dan membantu aku duduk. Dia kemudianya duduk dihadapanku.

“Jim…” panggilku. Wajah Jimin direnung. Dia turut membalas renunganku.

“A… aku nak mintak tolong dekat kau dan aku harap kau boleh tolong aku,” kataku dengan suara yang serak.

“Cakaplah apa dia. Kalau boleh aku tolong, aku akan tolong,” dia mengangguk. Senyuman manis itu tidak pernah lekang dari bibirnya.

“Tolong aku…” aku menarik nafas sedalam mungkin sebelum meneruskan kata-kataku.

 

*

 

Aku melangkah keluar dari teksi itu dan menutup pintunya. Jimin turut keluar dan berdiri di sebelah aku. Aku memandangnya lama.

“Kenapa kau pandang aku macam tu?” soalnya sambil melihat dirinya sendiri. Apa yang pelik? Aku menggeleng.

“Kau baliklah dulu. Aku ada hal yang nak diuruskan disini,”

“Tapi kaukan masih lagi sakit,”

“It’s okay. Aku cuma tak nak susahkan aku lagi. Biarlah aku uruskannya sendirian. Bolehkan?” Jimin melepaskan keluhan kecil dan mengangguk.

“Okey. Tapi nanti macam mana kau nak balik?”

“Aku boleh balik sendiri,” ujarku. Jimin mengangguk.

“Baiklah kalau macam tu. Aku pergi dulu,” Jimin melangkah masuk ke dalam teksi. Maafkan aku kalau aku dah tipu kau. Aku cuma tak nak libatkan kau dalam masalah hidup aku.

“Bye!” aku hanya berdiri di situ dan melihat teksi yang dinaiki Jimin hilang dari pandanganku.

Aku sengaja minta untuk dihantar aku ke pejabat pos sebagai langkah berjaga-jaga. Mask yang aku minta dari Irene ditarik keluar dari poket seluarku dan dipakai. Kali ini aku perlu lebih berhati-hati.

Aku mula mengatur langkah untuk ke tempat yang ingin ditujuku. Nasib baiklah tak jauh sangat.

Tiada satu pun dokumen berkenaan diri aku yang ada bersama aku dan ini semestinya menyukarkan kerja aku. Tapi pada waktu itu, hanya itu pilihan yang aku ada. Aku harus tinggalkannya. Kalau haritu aku bawa bersama barang-barang dan dokumen-dokumen itu, pasti ianya akan rosak dek basah.

Aku perlu ke sekolah untuk ambil semula yang aku letakkan disana dan juga aku perlu pastikan yang ‘dia’ masih lagi menganggap aku sudah hilang.

 

*

 

Aku menyelinap keluar melalui pintu belakang sekolah. Nasib baiklah hari ini hari cuti, mudah kerja aku untuk masuk keluar sekolah. Beg yang digalas dipandang sekilas. Semua yang aku perlukan kini sudah berada di tangan aku dan ianya selamat. Aku tersenyum.

Apa yang aku perlu buat sekarang ialah menyembunyikan diri dari ‘dia’ sehingga hari itu tiba dan aku harap sangat ‘dia’ tidak akan menjumpai aku dalam masa terdekat ini.

 

*

 

Aku menekan loceng rumah di pagar berkali-kali. Mana perginya semua penghuni rumah ini? Tidurkah? Tapi bukankah masih awal? Baru jam 10 malam.

Tiba-tiba pintu rumah dibuka dan seseorang menjenguk keluar. Dia kemudiannya mula melangkah keluar dan berlari-lari anak mendekati aku. Aku tahu itu siapa. Irene! Aku tersenyum.

“Unnie! Unnie pergi mana? Puas saya tunggu,” Irene menarik muncung sambil membuka pagar.

“Unnie ada hal sikit tadi. Sorrylah tak bagitahu Irene,”

“Tak apalah,” Irene menggeleng dan membawa aku masuk. Dia merangkul pingangku dan meletakkan kepalanya di bahuku. Manjanya budak ni.

“Unnie ada beli sikit makanan untuk semua,” ujarku ceria.

“Betul ke? Wah! Seronoknya!”

 


 

Finally! An update! Btw, selamat hari raya semua! Maaf zahir dan batin ^^

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Setelah 1/2 tahun hiatus, akhirnya saya kembali update selepas habis SPM.

Comments

You must be logged in to comment
choco_chim
#1
Chapter 6: please update soonnnn... best lahh <3
khaisara #2
Chapter 6: update update update....
yukishizu #3
Chapter 4: 'Dia'tu sape agaknye...keep update authornim! Selamat hari raya jugak..
jiumin #4
Chapter 4: siapa 'dia' tu?? curious laa~~
jiumin #5
Chapter 3: Bestttt... Update lagi authornim.. Fighting!!
darwishh
#6
Chapter 3: Woahhhh. Daebakk! Keep update authornim :D
haninad
#7
Chapter 3: arghhh keep update authornim daebakk
parkyura98
#8
Chapter 2: Wahhhhh!! citer ni best! tolong updateeeeee ><
Mrs_Hana02
#9
Chapter 1: Wonderful~ apa yang jungkook nampak? O.o