002

I'm Sorry!

🎵002🎵


 

Sekujur tubuh gadis yang tertiarap di atas jalan betul-betul di hadapan pagar rumah menjadi tatapan kami bertiga yang telah membatu disitu sejak 3 minit lepas. Gila tak jadi batu! Terkezot kot! Yang kedengaran ketika ini hanyalah bunyi titisan hujan.

OME! Ini masalah besar! Kenapa dia ada dekat sini? Dia kena langgar lari ke? Atau dia dah mati? Aku sudah mati akal. Aku menolak Jungkook supaya dia mendekati gadis itu.

“B… buat apa?” soalnya. Aku mengeluh perlahan. Dia ni sememangnya tak cerdik atau dia dah demam sampai tak boleh berfikir dengan betul? Nama aje ahli Bulan Sabit Merah dekat sekolah rendah dulu, tapi apa pun tak tahu.

“Kau check dia dah mati ke belomlah,” kataku selamba. Tak semena-mana, Taehyung memukul kepala aku. Apa ni!?

“Weh, kau dah kenapa!?” tanganku mengusap belakang kepala yang dipukul Taehyung. Sesedap cekodok udang aje nak pukul kepala aku. Sakit tau!

“Mulut tu kau jaga sikit. Budi bahasa budaya kita,” pesan Taehyung. Sejak bila dia jadi cikgu bahasa pun aku tak tahu. Aku cuma mampu mengangguk. Yelah, salah aku.

“Dia hidup lagi hyung. Tapi…” ujar Jungkook tanpa memandang kami. Tangannya yang tadi memegang pergelangan tangan gadis kini mula merayap ke bahagian muka gadis itu. Apa mamat ni nak buat?

“Kenapa?” belum sempat aku bertanya, Taehyung sudah bertanya dahulu. Soalan yang sama pulak tu dengan apa yang aku nak tanya. Memang kami selalu berkongsi benda yang sama dalam fikiran kamilah. What a surprise!

“Badan dia panas sangat,” sambung Jungkook. Aku dan Taehyung mengangguk. Aku akui yang cuaca sekarang ni memang dapat membuat sesiapa saja jatuh sakit.

“So, apa kita nak buat sekarang?” satu soalan cepu mas dari mulut aku telah membuatkan aku sendiri, Taehyung dan Jungkook berhenti seketika dan berfikir sejenak. Apa kita nak buat dengan minah ni eh? Tak kanlah nak biar aje? Kesianlah.

“Kita heret ajelah dia masuk. Takkan nak biar aje kat luar ni. Kan hujan,” Taehyung mengajukan pendapatnya. Finally, Taehyung menunjukkan juga kepandaiannya. Aku mengangguk.

“Setuju!” kataku girang.

“But, boleh ke, hyung?” Jungkook menyoal. Aku dan Taehyung melihatnya dengan kening yang bertaut. Kenapa dia tanya soalan sebegitu? Janganlah peningkan aku lagi.

“Kenapa pulak?” aku dan Taehyung menyoal serentak. Jungkook meraup rambutnya yang basah ke belakang. Sekarang, kami bertiga telah mula basah lencun dek kerana berdiri di tengah hujan. Haha… mandi free!

“Kalau kita bawak dia masuk pun, belum tentu kita boleh tolong dia, kan kan kan?” kata Jungkook. Aku menggaru kepalaku yang langsung tidak gatal. Aku masih tak faham. Apa kena mengena pertolongan itu dengan kita semua?

“Sebab ada ke member kita yang nak uruskan seorang gadis. Aku tak nak. Nanti tercemar kesucian aku,” Jungkook seakan-akan faham dengan reaksi yang aku tunjukkan tadi. Okey, sekarang aku dah faham.

“Aku pun tak nak,” kataku laju. Samalah macam Jungkook, aku tak mahu kesucian aku tercemar.

“Kalau cam tu bagi aku jelah,” kata Taehyung selamba. Aku dan Jungkook memijak kaki Taehyung; seorang sebelah. Amik kau! Jangan cemarkan diri kau sendirilah, bengong!

“AUCH!”

“Byuntae!!” jerit kami serentak.

“Fine! Aku tak akan sentuh langsung perempuan ni. Tapi sekarang ni, kita kena tolong dia. Kalau tak dia mungkin mati kesejukan,” betul juga kata Taehyung. Kalau kami tak tolong dia, siapa lagi nak tolong? Rumah kami satu-satunya rumah dalam kawasan perumahan ini yang berada di tempat yang lebih tinggi dari orang lain atau dalam kata nama lain atas bukit.

“Urm… nanti aku call Rene. Tuition dia harini habis lebih kurang pukul 5. Sebelum tu, kita bungkuslah dulu budak ni dengan comforter Jungkook,” ujarku.

Alrite,”

“Asal comforter aku juga yang jadi mangsa?” soal Jungkook tidak puas hati.

"Sebab kau yang jumpa dia," jawab kami serentak.

 

*

 

Kami bertiga berhempas-pulas membawa gadis itu masuk ke dalam rumah. Gadis ni nampak aje kecil, tapi berat dia tak terkata. Mungkin sebab basah yang buatkan dia berat. Aku cuba berfikiran positif.

“Korang pegang dia kejap, aku nak mesej Rene,” aku melepaskan pegangan aku pada gadis itu dan mencapai telefon pintar aku yang berada di atas meja.

"Wei... wei... wei. Pempuan mana yang korang heret ni? Ini semua salah! Aku tak nak bertanggungjawab kalau apa-apa terjadi. Maca-“ sebelah tangan aku menutup mulut becok Jin hyung manakala sebelah lagi digunakan untuk menaip pesanan ringkas kepada adik keseyangan aku, Irene. Kami tengah dalam krisis rumah tangga sekarang ni hyung nak beleter pulak.

“Dari hyung mengarut dekat situ, lebih baik hyung tolong ambik comforter aku untuk panaskan budak ni semantara tunggu Rene sampai,” Jin dengan muka yang masam mencuka hanya mengangguk mendengar kata-kata Jungkook. Dia kemudiannya menapak ke bilik Jungkook untuk mengambil comforter Jungkook.

 Whoa! Maknae kami sudah besar. Jin hyung ikut perintah Jungkook! Satu rekod baru.

 

*

 

BANG! Kami bertujuh menoleh serentak ke arah pintu. Aku dah agak yang pintu itu akan jadi mangsa keganasan Irene. Mengikut katanya, itulah cara terbaik untuk masuk ke dalam rumah kami. Simple! Redah aje. Tak payah susah-susah tekan loceng. Membazir masa aje.

“Ke… ke… napa oppa? Man… na emergency tu?” soal Irene tercungap-cungap. Aku rasa dia ni mesti lari dari sekolah sampai ke sini. Habis baju dia pun basah. Nasib baiklah sekolah dia tak jauh pun. 1 kilometer je. Kami hanya melihat Irene dan langsung tidak membuka mulut.

“Ka… kalau setakat nak suruh Rene datang… untuk tengok korang macam ni… lebih baik Rene balik,” ujar Irene sebelum berpaling semula ke pintu.

“Eh, kejap!!!” jerit kami serentak. Hampir bergegar rumah ni dibuatnya. Irene menoleh dengan wajah creppy. A La Mak! Muka tu dah keluar. Matilah aku.

“Kenapa? Tak puas hati?” soalnya dingin. Aku tahulah sekarang ni dia not in good mood. Tambah lagi dengan keadaan dia yang basah. Kenalah aku pujuk dia baik-baik.

“Tolonglah kami,” kataku separuh merayu. Mataku dikedipkan beberapa kali. Aku yakin dia mesti melt tengok aku walaupun aku ni abang dia. Well, aku kan kacak.

Irene mengangguk dan mula menapak mendekati kami.

“Tolong apa?” ujarnya lemah, tidak bersemangat.

“Hehehe… jangan marah tau Rene sayang. Ni,” aku melangkah menjauhi gadis itu diikuti sahabat-sahabat aku yang lain. Mulut Irene melopong. Matanya terbuntang. Dia mesti terkezut macam mana kami terkezut tadi.

“Apa dah jadi ni? Siapa dia ni?” Irene mendekati gadis itu dan menyentuh dahinya. Aku tahu dia tahu apa yang perlu dilakukan sekarang ni.

“Kau tolong dulu uruskan pakaian dia. Nanti kesejukan pulak budak ni. Lepas tu, baru kami cerita,” ujar Taehyung menjawab bagi pihak aku. Irene mengangguk perlahan.

Nasib baik budak ni tak banyak soal. Aku dah masak sangat dengan perangai budak ni. Walaupun kami jarang duduk sebumbung kerana aku tinggal bersama sahabat-sahabat aku disini, tapi ada perkara yang kami kongsi bersama dan bukan dengan sahabat-sahabat yang lain.

“Tolong bawak dia masuk dalam bilik oppa,”

 


 

Update! *yawn* 2:10 am Leave comment^^

p/s : abaikan typos  #BTSinMY

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Setelah 1/2 tahun hiatus, akhirnya saya kembali update selepas habis SPM.

Comments

You must be logged in to comment
choco_chim
#1
Chapter 6: please update soonnnn... best lahh <3
khaisara #2
Chapter 6: update update update....
yukishizu #3
Chapter 4: 'Dia'tu sape agaknye...keep update authornim! Selamat hari raya jugak..
jiumin #4
Chapter 4: siapa 'dia' tu?? curious laa~~
jiumin #5
Chapter 3: Bestttt... Update lagi authornim.. Fighting!!
darwishh
#6
Chapter 3: Woahhhh. Daebakk! Keep update authornim :D
haninad
#7
Chapter 3: arghhh keep update authornim daebakk
parkyura98
#8
Chapter 2: Wahhhhh!! citer ni best! tolong updateeeeee ><
Mrs_Hana02
#9
Chapter 1: Wonderful~ apa yang jungkook nampak? O.o