001

I'm Sorry!

🎵001🎵


 

Yoongi menilik kad-kadnya satu persatu. Keningnya bertaut.

“Hurm… ramalan aku menyatakan yang kejap lagi akan hujan,” katanya. Tangannya menyentuh sekeping kad kelabu yang mempunyai gambar gadis kecil yang sedang menangis sambil memeluk lutut. Kad itu ditarik jauh dari kumpulan kad-kad yang lain.

“So?” soal Jin. Tangannya ligat membasuh pinggan dan cawan kotor yang berada di dalam sinki. Langsung tidak menoleh ke arah Yoongi yang berada di belakangnya.

“So, better hyung suruh budak-budak tu angkat jemuran dekat luar,” ujar Yoongi. Kad-kad itu tidak dikutip malah ditilik lagi satu per satu.

“Oh, okay. Jimin! Taehy--“

“Kami dengarlah!” jerit kami berdua serentak, menghalang Jin bersuara. Petang yang aman ni nanti jadi tak aman jika Jin hyung mula buka mulut.

Seriously, adakah dia fikir kami pekak? Tak dengar apa yang diorang katakan tadi? OME! Hyung dah silap! Telinga kami lebih baik dari telinga lintah tau. Jap! Lintah ada telinga ke?

“Kalau dah dengar tu baguslah. So, pergi kutip sekarang. Ajak kookie sekali. Harini jemuran banyak tau,” kata Jin lagi. Kami berdua hanya mengangguk namun masih lagi berada di tempat kami duduk. Relekslah, Kit Kat kan ada.

“Kejap lagilah. Kami busy ni,” Taehyung berkata. Busy ke kami? Yup! Kami berdua sibuk bermain Candy Crush pada telefon pintar masing-masing. Masih lagi leka dengan hiburan, dunia diketepikan sementara. 

“Lagipun, ramalan Yoongi hyung tu bukannya selalunya betulkan?” kataku cuba melangahkan lagi masa. Malas betullah nak buat kerja-kerja kebajikan ni. Bukannya dapat apa-apa. Dapat penat adalah.

“Aku yakin kali ni betul!” laung Yoongi hyung dari dapur. Aku tersenyum senget. Fokus aku masih pada Candy Crush pada telefon pintar milikku. Heh! Ada aku kisah?

 

 

“Tapikan hyung… ramalan kali ni pelik sikitlah,” kata Yoongi perlahan. Jin berpaling ke arahnya. Keningnya bertaut. Apa yang peliknya?

“Kenapa?” soal Jin. Yoongi menggeleng sambil mengetuk dagunya menggunakan jari-jemarinya.

“Entahlah. Tapi, aku rasa macam ada sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku,”

 

*

 

“Jimin! Taehyung! Jungkook! Hari dah hujan, tak nak angkat jemuran lagi ke!?" laung Jin yang sedang berdiri di depan pintu dapur sambil memegang penyapu. 

Aku memandang ke luar tingkap. Alamak! Betullah pulak ramalan Yoongi hyung harini. Aku pantas bangun dan menyepak punggung Taehyung sebelum berlari keluar. 

“Cepatlah! Nanti baju basah, kau urus. Aku tak nak tahu,” 

“Humph! Yelah…” Taehyung akur. Dia turut membuntuti aku. Mahu tak mahu, kami terpaksa keluar untuk mengutip jemuran. Ini sudah memang tugas kami.

“Woi, Jungkook! Turun cepat, tolong angkat jemuran!” laungku dari depan pintu. Apalah yang dia buat? Dah hujankan, tak reti nak turun lagi ke?

“Sekejap!” jerit Jungkook dari tingkat atas. Aku dan Taehyung yang sememangnya dah tak ada masa nak tunggu Jungkook turun. Kalau ditunggu mamat tu, alamatnya kuyuplah jemuran.

 

*

 

“Weh!” Taehyung mencuit bahuku. Aku menoleh ke arah Taehyung dengan malas. Kalau muka dia tu cantik tak apalah juga, ni dah macam alien. Hodoh gitu.

“Apa?” soalku malas.

“Kita tutup tak gate tadi?” soal Taehyung. Lah! Tu aje ke yang dia nak tanya? Buat penat aku hadap muka hodoh dia. Aku menjungkit bahu.

“Manalah aku tahu. Taklah kot,” balasku. Taehyung tersenyum kambing. Aku tahu apa yang dia fikirkan. Cara kami berfikir selalu akan sama. Well, dah duduk satu bumbung dengan mamat ni berbelas tahun.

“Jeon Jungkook!!!” jerit kami bersama. Jungkook yang baru saja mahu melangkah masuk ke biliknya terus berlari ke arah kami yang berada di hadapan TV.

“Ke… k… kenapa hyung?” soal Jungkook termengah-mengah. Sian budak ni. Penat ek? Ikut perintah kami dulu baru boleh berehat. Tadi, penat kami kutip jemuran sedangkan dia releks aje. Dua helai aje yang sempat dia angkat yang lain semua kami dah ambik. Sekarang ni kau pula yang rasa penat macam yang kami rasakan tadi. Hohoho… jahatkan kami?

“Tolong tutup gate,” ujarku dengan muka yang paling suci. Haha… sucilah sangatkan? Jungkook merengus perlahan. Peluh mengalir di dahinya dilap dengan wajah yang masam mencuka.

“Lain kali panggillah elok-elok. Buat penat je lari laju-laju,” rungutnya. Kami berdua hanya tersenyum mendengar rungutan maknae kami.

“Sapa suruh kau lari? Tak ada orang suruh pun,” balas Taehyung. Jungkook tidak mengendahkan kata-kata Taehyung sebaliknya terus melangkah ke pintu depan.

Aku melihat ke luar tingkap. Hujan semakin lebat. Kesian budak Jungkook tu, selalu je kena buli dengan kami. Aku mencuit lengan Taehyung.

“Kenapa?” soal Taehyung. Dia ni tak kesiankan budak tu ke?

“Jom pergi tengok budak tu. Nampak macam marah aje kat kita,” kataku. Taehyung masih lagi dengan wajah hodoh bagai aliennya itu. Nak aje tangan aku ni mendarat pada pipi dia.

“Biar ajelah. Nanti dia okeylah tu,” jawab Taehyung selamba. Eh, dia ni. Betul-betul tak berperasaan betullah.

“Tak pelah. Aku gi sorang,” ujarku lalu mengangkat punggung dari sofa. Namun, belum sempat aku melangkah ke pintu. Tiba-tiba…

“HYUNG!!!”

Aku menoleh ke belakang dan memandang Taehyung. Taehyung menjungkitkan bahunya. Kening aku bertaut. Kalau bukan tu perangkap Taehyung, jadi apa yang dah berlaku di luar sana?

Tanpa berlangah, aku terus menarik Taehyung keluar dan mendekati Jungkook yang sudah dibasahi hujan.

“Jungkook, kenapa ni?” soalku. Jungkook tidak bersuara mahupun berpaling ke arah kami berdua. Jarinya ditunding ke arah jalan di hadapan pagar rumah kami. Aku dan Taehyung saling berpandangan sebelum menoleh ke arah yang ditunding oleh Jungkook.

OME! Betulkah apa yang aku nampak ni? Apakah yang sedang berlaku di sini? Aku sememangnya terkezut dengan keadaan ketika ini.

“A… apa kita nak buat ni hyung? Aku tak nak dituduh pembunuh,” ujar Jungkook. Aku dan Taehyung berbalas pandangan lagi sekali.

“Manalah kami tahu,”

 


 

First update! Nothing to said. Hope korang enjoy^^

-starlight_miss-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlight_miss
Setelah 1/2 tahun hiatus, akhirnya saya kembali update selepas habis SPM.

Comments

You must be logged in to comment
choco_chim
#1
Chapter 6: please update soonnnn... best lahh <3
khaisara #2
Chapter 6: update update update....
yukishizu #3
Chapter 4: 'Dia'tu sape agaknye...keep update authornim! Selamat hari raya jugak..
jiumin #4
Chapter 4: siapa 'dia' tu?? curious laa~~
jiumin #5
Chapter 3: Bestttt... Update lagi authornim.. Fighting!!
darwishh
#6
Chapter 3: Woahhhh. Daebakk! Keep update authornim :D
haninad
#7
Chapter 3: arghhh keep update authornim daebakk
parkyura98
#8
Chapter 2: Wahhhhh!! citer ni best! tolong updateeeeee ><
Mrs_Hana02
#9
Chapter 1: Wonderful~ apa yang jungkook nampak? O.o