5

Who Is Me?
Please Subscribe to read the full chapter

Pagi yang hening kian bising dek kicauan burung yang terbang bebas menghiasi horizon bumi. Fajar kian hilang. Matahari semakin meninggi dengan gah menyinari seantero dunia. Cahaya mentarinya membakar kulit So Eun yang sedang diulit kebingungan. Sedang dia mengorak langkah menuju ke stesen bas, dia terlanggar seseorang. Pandangannya hanya tertumpu pada jalan sambil meminta maaf. Tidak ada sedikit pun perasaan ingin tahu dalam dirinya pada ketika itu. Apabila tiada respon daripada orang itu, So Eun meneruskan perjalanannya. Matanya melirik jam tangan. Kakinya mula melangkah seribu apabila mengetahui bahawa dia akan lewat untuk sampai ke sekolah.

Dalam keadaan tercungap-cungap mendapatkan udara, So Eun menarik nafas dalam-dalam dan hembus bagi menstabilkan pernafasannya sebelum masuk ke dalam kelas. So Eun kaku di hadapan pintu. Kedudukan di dalam kelas kini berubah. Tempat duduknya telah diambil orang. Dia tahu bahawa cikgunya telah menyusun semula kedudukan kelas. Namun, dia tidak tahu di mana tempat duduknya sekarang. Tiba-tiba seorang lelaki melambai-lambai tangannya. Buntang mata So Eun apabila dia melihat pemilik tangan itu. 

'Matilah aku! Teruk nanti kena buli. Haish, apalah nasib,' kata hati kecil So Eun.

Mahu tak mahu, dia terpaksa juga duduk di sebelah lelaki itu. Apabila lelaki itu memulakan perbicaraan, ada mata-mata yang sedang memerhati So Eun. Perkara itu sememangnya membawa kepada berita buruk atau lebih tepat nasib malang kepada So Eun. Jadi, untuk selamatkan diri, dia tidak melayan sepatah pun kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki tersebut. Namun, tindakannya belum lagi memuaskan para pemilik mata tersebut kerana bagi mereka, mereka yang sepatutnya duduk di situ atau mungkin lebih layak daripada gadis yang bernama Lee So Eun. So Eun tidak tahu hendak melihat ke mana lagi. Matanya liar mencari pemandangan yang terbaik di mana dia tidak perlu melihat sesiapa. Dia betul-betul berasa tidak selesa. Kemudian, So Eun memandang ke tepi. Dia sedikit tersentak apabila seorang lelaki memandang tepat ke arahnya. Pandangannya langsung tidak tergugat walaupun dia tahu bahawa So Eun sedang bertentang mata denganya. So Eun segera melarikan pandangannya. 

'Kenapa dengan dia? Aku rasa, daripada hari tu lagi. Aha, omma!' laung hati So Eun.

 

Kelas semakin kosong. Riuh-rendah di koridor masih boleh didengari di dalam kelas. Suga, Jimin, Jin dan J-Hope sedang berbual kosong manakala Namjoon hanya membisu. Fikirannya juga telah hanyut. Apabila munculnya seorang gadis di hadapan pintu, mata Namjoon hanya memerhati dirinya. Dia sebenarnya sedang mencari sesuatu dalam diri So Eun namun dia juga tidak tahu apakah 'sesuatu' itu. Sebaik sahaja So Eun lalu di hadapannya, dia menarik lengan So Eun dan menolak tubuh kecil itu ke dinding. Sebelah tangannya di letakkan di atas bahu So Eun; menghalang gadis itu daripada melarikan diri. Matanya memandang So Eun dari atas ke bawah membuatkan jantung gadis itu berdegup laju. Pandangan matanya yang kelihatan agresif membuatkan empat orang rakannya tidak senang duduk. Anak mata Namjoon mula menunjukkan perubahan. Namjoon memukul papa hitam yang terletak di sebelah So Eun bagi melepaskan geram lalu berlari keluar meninggalkan So Eun yang berada dalam keadaan terkejut dan sedikit takut. Suga, Jin dan J-Hope meminta maaf sebelum mereka berlari mendapatkan Namjoon. Jimin ditugaskan untuk menenangkan So Eun. Dia menarik tangan So Eun ke tempat duduknya apabila menyedari gadis itu tidak terdaya untuk bergerak setelah apa yang telah terjadi. Jimin berulang kali meminta maaf bagi pihak Namjoon. 

 

"Hyung!" Suara Suga tidak diendahkan. Namjoon menarik nafas dalam-dalam. Cuba membuang segala perasaan geramnya tadi. Dia tidak pernah tahu mengapa dia jadi begitu. Tindakan agresif langsung tidak membantu menyelesaikan masalah fik

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kuangsu
Hope korang suke!!

Comments

You must be logged in to comment
Silver_Light
#1
This looks really cool, too bad I can't read Malay.
hyemipark
#2
Chapter 2: 'minah gedik sotong elastic boombastic ' yang ni mmng kelako hahahhahahahahahahahaaa
Author-nim PLEASE UPDATE SOON
Daebak Daebak Daebak ~~~
FIGHTING!!!
NurRahSyaXD #3
Chapter 1: Cerita ni ad chapter yg lain ke ?? Kalau ad , boleh x smbung lagi... best lahhhhh