2

Who Is Me?
Please Subscribe to read the full chapter

5 Tahun kemudian.

"Lee So Eun! Cepat! Dah lambat nie!" jerit omma.

So Eun membaiki baju sekolahnya. 'Tie' di leher, ditarik. 'Nametag' yang tertera namanya, dibelai lembut.

"Siap!" jerit So Eun.

So Eun berlari-lari anak menuruni tangga. Amaran yang diberi oleh ommanya supaya berhati-hati, tidak dihiraukan. Salah dirinya juga. Siapa suruh lambat! Mangkuk tingkat dicapai. Ramai yang kata, dirinya seperti budak-budak kerana sering membawa bekal ke sekolah. Namun, dia tidak kisah kerana baginya, masakan ommanya adalah yang TERBAIK!

"Pergi dulu, omma, appa! Saranghae!" appa yang sedari tadi hanya membisu, membalas 'flying kiss' satu-satunya anaknya.

"Aigoo~ Uri So Eun. Tengok lah tu! Hati-hati lah jalan!" marah omma apabila melihat So Eun hampir tergelincir akibat tergesa-gesa.

So Eun hanya ketawa kecil. Dia tidak pernah merungut atau merajuk apabila dimarahi. Periang benar anak ini. Sejuk mata omma memandang senyuman yang tak lekang dari bibir So Eun. Dia seolah-olah tidak pernah kenal erti marah dan kesedihan. Lagatnya juga tenang walaupun dalam kelam-kabut. 

 

 

Dari jauh, seorang lelaki sedang memerhati gerakan So Eun. Setiap kali tiba di perhentian bas, jantung So Eun menjadi tidak tentu arah. Berdegup sepantas yang boleh. Dia juga tidak pernah tahu kenapa. Kadang kala, terasa sakit di bahagian dadanya. 'Kenapa dengan aku nie? Macam ada yang tak kena je. Setiap kali sampai sini, mesti berdebar. Apa dah jadi dengan aku nie? Nak kata suka dekat seseorang, aku tak pernah kenal mana-mana lelaki pun dekat luar.' getus hati So Eun. Beberapa minit kemudian, bas tiba. Dengan segera So Eun memanjat anak tangga yang ada. Dirinya benar-benar buntu sekarang. Kenapa mesti di perhentian bas sahaja? Setelah dirinya selamat duduk, degupan jantungnya kembali normal. 'Apakah semua ini?' bisik hati kecilnya. 

Seperti biasa, sesampai sahaja dia disekolah, ayat yang sudah lapuk di telinga, didengari,

"Weyh! Budak mangkuk tingkat dah sampai."

"Mwoya~ Macam budak kecik je. Aigoo~ Buat malu kelas je dia nie!"

"Tak malu ke? Asyik angkut mangkuk tingkat ke sana-sini."

Dan seangkatan dengannya. Kadang-kadang api daripada mulut mereka itu, menetap dalam hati So Eun. Sakit hati. 'Hina sangat ke bawa bekal pergi sekolah? Biarlah! Tangan aku, yang kau senak asal? Aku tak kacau lubang hidung kau pun!' marah So Eun. Hanya mampu berkata-kata dalam hati. Walaupun sudah biasa, namun dia juga mempunyai perasaan. Geram juga dia dengan orang yang tak ada 'life' nie. 

Sekolah baginya seperti penjara. Cukuplah ibu bapa, driver, tukang kebun, sepupu, dan sesiapa sahaja yang rapat dengan dirinya sebagai teman sepermainan. Tak nak banyak-banyak. Matlamatnya ke sekolah hanyalah untuk belajar.

 

Lee So Eun POV

Waktu rehatku berjalan seperti biasa, perkara pertama, BULI. Bajuku ditarik dari belakang. Siapa lagi kalau bukan minah gedik sotong elastic boombastic nie

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kuangsu
Hope korang suke!!

Comments

You must be logged in to comment
Silver_Light
#1
This looks really cool, too bad I can't read Malay.
hyemipark
#2
Chapter 2: 'minah gedik sotong elastic boombastic ' yang ni mmng kelako hahahhahahahahahahahaaa
Author-nim PLEASE UPDATE SOON
Daebak Daebak Daebak ~~~
FIGHTING!!!
NurRahSyaXD #3
Chapter 1: Cerita ni ad chapter yg lain ke ?? Kalau ad , boleh x smbung lagi... best lahhhhh