Chapter 1

That Prince was a Jerk
Please Subscribe to read the full chapter
Minji POV      Kriiiinnnggg      Dah bunyi loceng. Tapi Mr. Kim still tak habis mengajar lagi. Semua pelajar dah mula buat bising and start kemas beg diaorang. Actually, saya tak faham. Kenapa semua orang tak suka belajar? Kenapa semua orang mengantuk bila cikgu cakap kat depan? Saya still tak faham walaupun saya dah 17 tahun sekarang.      Oh ya, saya cakap je banyak tapi korang tak tau nama saya. Hai, I'm Han Minji. Anak perempuan Raja Han yang ke-8. Mesti korang pelik, kan? Ye la. Selalunya anak raja tak sekolah kat sekolah yang biasa. Anak raja akan belajar kat istana. Tapi saya tak. Dekat Korea, ada satu sekolah yang dibina khas untuk anak2 kerabat diraja atau anak orang yang berpangkat tinggi.      Tapi sekolah tu ada tawarkan biasiswa untuk rakyat biasa. Kawan saya Hani, cakap nak dapat biasiswa memang susah. Tapi saya tau bagi Hani tak susah sebab dia kan pandai. Walaupun dia cantik, tapi ramai kingka dengan queenka yang suka buli dia. Just sebab dia rakyat biasa and dia dapat biasiswa. Bagi pelajar2 kat sekolah ni, orang yang dapat biasiswa tu pengemis. Tapi Hani tak kisah. Yang penting dia boleh belajar.      "Jom balik, Minji. Aku lapar la," ujar Hani sampai mengusap perutnya.      "Jom," aku menggalas beg aku lalu keluar dari kelas tersebut. Hani memeluk tanganku yang kurus lalu berkata, "Jom makan tteokbeokki! Dekat tepi jalan tu ada gerai tteokbeokki,"     "Apa benda tu?"     "Takkan la kau tak tau?! Tteokbeokki! Kek beras!"     "Ouh. Takpe la. Aku nak balik rumah aku la. Nanti ayahanda risau," aku menolak ajakan Hani dengan baik.     "Okay, then. Aku naik bas hari ni. Bye, Minji!" kata Hani lalu berlari ke perhentian bas.      "Bye!" jawab aku lalu memasuki kereta yang dipandu oleh Seungjun oppa. "Balik istana terus ya, oppa. Harini kawan Minji naik bas,"     "Baiklah, Puan muda,"      "Oppa lupa ya? Panggil je Minji. Puan muda tu tua la," aku mencebik, merajuk dengan panggilan yang diberi oleh Seungjun oppa. Korang mesti setuju kan? Bila pergi mana2 mesti ada orang tunduk sampai 90 darjah la, panggil Puteri Han la, puan muda la. Tak selesa.      "Maaf, Minji. Oppa dah terbiasa," ujar Seungjun oppa sambil tersenyum. Seungjun oppa ni muda lagi. Baru 26 tahun. Tapi dia dah berkhidmat dengan ayahanda selama 9 tahun. Walaupun dia hanya bekerja sebagai driver, tapi gajinya sangat lumayan. Kitaorang pun selalu main sama2 masa Minji kecil.      "Kita dah sampai," sebaik sahaja enjin kereta diberhentikan, aku terus berlari ke dalam istana untuk menemui ayahanda. Aku terus memeluk ayahanda dengan erat. Ayahanda hanya tersenyum melihat karenahku yang sangat manja.      Bonda telah meninggal dunia 10 tahun dahulu. Ayahanda tidak dibenarkan untuk berkahwin. Kerana ayah berdarah raja yang tulen. Takkan la ayahanda nak kahwin dengan anak raja yang belasah tahun? Aku tidak mempunyai adik beradik. Aku tahu apa masa depanku kerana ia telah dirancang sejak aku berumur 5 tahun.      "Anak ayahanda dah balik? Dah makan?"      "Belum. Tapi Minji tak lapar la,"      "Takpe la kalau macam tu. Minji naik atas. Minji rehat la,"     "Hmm," aku memeluk ayahanda sekali lagi lalu berlari ke bilik tidurku. Ayahanda membenarkan aku untuk menghias bilikku sendiri mengikut cita rasa aku. Jadi, aku hanya menghiasnya dengan warna kegemaranku, ungu.         Aku mencapai tuala yang berada di atas katil. Tentu Jiyeon ahjumma yang meletakkannya di situ.                      Author POV     "Saya dah balik," ujar Chanyeol sebaik sahaja dia memasuki istana yang merupakan rumahnya. Dia membaling beg sekolahnya ke arah sofa dan membuka blazernya lalu membaling ke arah maid yang tersusun di tepi pintu utama.      "Chanyeol, tak baik kamu buat Hyejeong macam tu. Kenapa tak bagi blazer kamu elok2?" kata bonda Chanyeol yang berada di ruang tamu ataupun balairung seri.      "Ala bonda, sape suruh dia tak tangkap betul2 blazer Chanyeol. Chanyeol penat la. Baru je balik sekolah dah kena marah. Chanyeol masuk bilik dulu eh? Sayang bonda," kata Chanyeol sambil memeluk bondanya lalu pergi ke bilik tidurnya.          Tiba2 telephonenya berdering. Dia mengangkat phonenya dan di skrin menunjukkan bahawa Sehun menelefonnya.      "Kau nak ape?"     "Kitaorang nak hangout. Kau nak ikut ke tak?"     "Tiffany ada tak?"     "Kalau kau nak dia ada, kau call dia sendiri,"     "Ye la,"     "So, kau ikut kitaorang ke tak?"     "Of course la aku ikut!"      "Jumpa kat mall pukul 4,"     "Kay kay," Chanyeol terus membaling phonenya ke atas katil lalu mengambil tualanya untuk bersiap ke mall.      Selesai mandi, dia mengenakan tshirt yang simple bersama seluar denim. Sebaik sahaja dia hendak membuka pintu utama istana, kedengaran suatu suara yang agak garau memanggil namanya.      "Kamu nak pergi ke mana, Chanyeol?"      "Oh, ayahanda. Chanyeol nak keluar dengan Sehun kejap boleh tak? Pukul 10 malam baru Chanyeol balik, okay?" jawab Chanyeol dengan manja lalu membuka pintu utama itu.      "Kamu tidak dibenarkan pergi mana2 hari ni. Ayah nak bawa kamu jumpa anak Raja Han," ujar Raja Park dengan tegas.      "Ala, ayahanda ni. Chanyeol boring la duduk kat istana ni. Haritu Chanyeol nak beli Xbox pun tak boleh,"     "Ayahanda cakap tak boleh kan? So, no still no. Kalau kamu keluar juga, ayahanda akan ambil telephone dan tv yang ada kat dalam bilik kamu tu,"     "Ayahanda kejam," Chanyeol menjelir lidahnya lalu berlari ke bilik tidurnya. Dia menghempas pintu bilikya dengan kuat dan baring di atas katilnya.      "Ish, apa ni. Orang nak keluar pun tak kasi. Nak pergi jumpa Raja Han lambat lagi. Baru pukul 3. Orang boleh balik awal ape," ngomel Chanyeol sendirian.                      "Anak ayahanda dah siap?" tanya Raja Han sebaik sahaja dia mengetuk pintu bilik puterinya yang berada di tingkat dua istana.      Minji yang sudah siap menukar baju tshirtnya kepada sehelai dress yang di tenun khas untuknya. Dia membuka pintu biliknya dan terlihat ayahandanya yang terpegun dengan kecantikan puteri tunggalnya.      "Aigoo, cantiknya anak ayah
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Joha_Exo12 #1
Chapter 22: Happily ever after\^o^/
nuruls99
#2
Chapter 22: ♪☆\(^0^\) ♪(/^-^)/☆ yeah ~~ happy ending... And please jgn masukkn luhan dlm penjara tp masukkn luhan dlm hati saya~~ ciah ciah~~ . Saya pun Ada pickup line.. Ingat chanyeol jer.. Hehe.. Good job, authornim ~
GingerBaby #3
Chapter 22: Hi unnie! Sya bru je habiskn fic ni n sya ade trnampak bout unnie mncari someone yg blh tlg cadangkn tajuk utk fic trbaru unnie. Sya ade satu cadangan je... Sya tulis skrg sbb unnie tgh on skrg ^^
1. Giving up on you, Park Jimin. (Sbb sya ade baca replies comment unnie. Unnie kata charcter fic baru tu Jimin)
Hrp unnie terima tajuk sya yg bengong ni ^^'
nuruls99
#4
Chapter 22: It's just my suggestion brdasarkn apa yg authornim bg tahu pasal cerita tu:
1. Good give up ( sbb dia dah putus Asa tp mungkin kputusn dia baik utk si dia walupun dia menyesal)
2. My regret (sbb dia cerita tntg penyesalannya)
3.my beautiful give up @ my beautiful regret(maybe keputusan dia utk putus asa telah membentuk masa hdpn yg bahagia even utk merasai kebahagian itu perlu melalui perkara yg menyakitkan. Al maklum la kehidupan diibaratkan roda~)
So that's all.. Just suggestion
EllieHan #5
Chapter 22: Hi, authornim! Saya ada beberapa cadangan untuk tajuk ff terbaru authornim.
Tapi, boleh tak kalau authornim jelaskan macam mana ff tu dengan lebih lanjut??
Terima kasih!!
Yes_I_Am #6
Hi! This is Airin again. Lupa nak tulis. Siapa yang cadangkan tajuk untuk fic baru tu akan dapan ganjaran... Hadiahnya rahsia and maybe just untuk peminat2 bts je... Kalau bukan peminat bts pun takpe. Benda lain saya boleh bagi. So kalau ada idea banyak2 just comment. Lagi banyak tajuk yang dicadang lagi banyak peluang untuk awak semua dapat hadiah. Thanks! ^^