Asmara 2

Let's not get married !
Please Subscribe to read the full chapter

 

“ Kris, kenapa kau terdesak sangat ?” tanya Yeorum seraya menyapu jam strawberi pada roti bakar yang disediakan oleh Kris.  Dia tidak lena tidur lebih-lebih lagi selepas kata-kata terakhir Kris.

 

‘Kris cintakan Yeorum..’

 

Kata-kata itu pernah dilafazkan oleh Kris suatu ketika dahulu. Dan lafaz cinta itu juga yang menyebabkan Yeorum enggan bercinta lagi. Dia sudah jadi phobia dengan cinta. Philophobia, satu nama saintifik bagi menjelaskan penyakit ‘takut bercintanya’. Hubungan mereka bukan sahaja terkandas tetapi hancur seperti kepingan kaca yang tidak boleh dicantum lagi.

 

Kris senyap. Matanya melekap pada buku ‘ The Wind in the Willows’ karya Kenneth Grahame. Ya, Kris sama seperti dahulu, tidak pernah berubah. Dingin dan buku merupakan peneman setianya. Bukan jenis orang yang boleh dikongkong tetapi masih boleh dididik.

 

“ Kris?” panggil Yeorum. Kris sengaja tidak mendengar,  malas hendak melayan kerenah gadis di hadapannya itu. Dia bukannya tidak tahu dengan sikap Yeorum, banyak songeh dan penuh dengan persoalan. Semua benda di dunia ini pasti ingin diketahuinya.

 

“ Kau ada korek telinga ke tak?”

 

Kris menutup bukunya, “ Apa?”

 

“ Kenapa kau terdesak nak kahwin?”

 

“ Siapa kata aku terdesak nak kahwin?” Kris kembali membuka bukunya, membaca semula halaman 67.

 

“ Geez… Maksud aku, kenapa kau nak kahwin dengan aku?”

 

“ I have no choice. Kau datang pada masa yang kurang tepat.”

 

“ Ha? Kalau bukan aku, kau akan tetap buat benda yang sama.”

 

“ Semestinya, aku tak kesah pun. Yang penting, nenek aku tak paksa aku kahwin dengan perempuan pilihan dia.” Kris membetulkan posisi tempat duduknya.

 

“ Jadi, aku pilihan kau?”

 

Senyap. Segalanya jadi senyap. Kris mendongak lalu melirik ke arah jarum jam, “ Aku kena kerja.”

 

Dia segera bangkit lalu meraih blazer hitamnya.  Briefcase diambilnya pantas sebelum memeriksa janji temu dengan kliennya pada hari ini. Terdapat  5  janji temu yang harus dilunaskannya setelah 3 hari menghadiri seminar di China. Hari ini akan menjadi salah satu yang cukup memenatkan, fikirnya.

 

“ Aaaaa.. Kau.  Jangan buka gas. Jangan masuk bilik aku. Jangan makan dalam rumah. Jangan buka TV. Jangan masuk bilik air. Jangan buat apa-apa. Kau duduk diam atas sofa sampai aku balik,” Kris  menyatakan peraturan yang wajib diikuti di rumahnya. Mana yang boleh dan mana yang tidak boleh. Dia tidak suka jika ketika dia pulang ke rumah nanti, situasi jadi kelam kabut. Dia inginkan rumahnya bersih senantiasa.

 

“ Tunggu !” Yeorum segera menarik lengan Kris apabila di hendak berlalu dari situ.

 

“ Apa lagi?” soal Kris seraya menolak tangan Yeorum.

 

“ Aku nak kau jumpa omma aku !”

 

“ Ha?” Kris tercengang dengan permintaan luar biasa Yeorum. Permintaan yang di luar jangkaan. Mengapa aku, Kris Wu Yifan yang kacak lagi bergaya perlu berjumpa dengan mak seorang perempuan muka macam monyet sumpahan. Kenapa? Kenapa? Fikir Kris.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sayhershe
#1
Chapter 2: Kreaasseeeee!!! My love from the star~ this is cool author!! teringat belik cerita marriage not dating,aww this is super sweet~ but i was attracted with the discription... i'm expecting something more~ Good Luck to you!
GreenDecember #2
Chapter 1: Hai awak...bestlah citer awk nie...semua citer awk sy rasa best...you're one of my favourite author *thumbs up*
Btw kan author nim...maaflah jika sy nie pandai mandai pulak..,boleh tak kalu author asinkan tag malay dan tag comedy tu...nti senang skt orang nk cr cerita author nim yg gempak lg daebak nie...
Maaf sekali lg