Asmara 1

Let's not get married !
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

“ Omma!”  Yeorum sudah pun berlari 3 pusingan di dalam rumahnya sendiri. Ibunya naik geram apabila anak gadis satu-satunya itu tidak ingin menikah ! Dia sudah mendambakan seorang cucu lelaki, lagi pula usia 27 tahun itu amat subur untuk melahirkan seorang cucu yang sihat.

 

“ Yeorum ! Kau jangan ingat kau boleh lari macam kau lari dari perkahwinan hari tu !”

 

Ya, jika tidak ingin berkahwin, masih boleh diterima oleh ibunya dengan berat hati. Namun, kali ini, anak perempuannya lari dari majlis perkahwinan yang sudah diatur kemas. Mana-mana ibu di dunia ini pasti akan malu dan marah dengan tindakan anaknya.

 

“ Omma stop !”

 

Ibunya berhenti mengejar, “ Kenapa?”

 

“ Okay, Yeorum tak nak kahwin sebab Yeorum dah ada boyfriend ! Faham tak?!” Sengaja Yeorum berbohong bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Mujurlah dalam tangan ibunya saat ini hanya kayu baseball. Kalau pisau atau parang, bagaimana?

 

Dia tidak dapat membayangkan dirinya menjadi tajuk utama akhbar tempatan. “ Seorang gadis cantik lagi ayu, dambaan semua mertua di dunia dibunuh oleh ibu kandung sendiri kerana tidak ingin menikah.” Oh, tidak ! Perjalanan hidupnya masih panjang untuk menjadi seorang yang hidup membujang.

 

“ Siapa?”

 

“ Si.. siapa? Lelaki kacak ! Haha. Kacak sangat!”

 

“ Yah ! Choi Yeorum, jangan nak tipu omma ! Ini dah 106 kali kau cakap benda yang sama! Omma tak bodoh !”

 

“ Omma, Yeorum tak pernah kata omma bodoh pun. Kali ni, Yeorum janji. Yeorum tak tipu. Ok? Trust me? Trust?”

 

Ibunya merengus geram lalu segera menuju ke kamar anak gadisnya. Satu beg galas sudah pun berada di tangan, segala pakaian , seluar dan barang-barang keperluan anaknya yang terdapat di dalam almari dimasukkan ke dalam beg tersebut.

“ Omma! Omma buat apa tu ?!”

 

“ Mulai hari ni, jangan tinggal dengan omma lagi ! Selagi Yeorum tak dapat tunjukkan siapa boyfriend Yeorum. Jangan balik ke rumah ini lagi !” Ibunya memberi amaran tegas. Kali ini, dia yakin anaknya pasti tidak akan menolak untuk menikah. Dia sudah mulai muak dengan keadaan Yeorum yang hidup membujang.

 

“ Tapi, omma ! Yeorum nak –“

 

“ Titik ! Noktah !” Pintu dihempas sehingga tertutup rapat. Yeorum meraih beg galas yang sudah pun dibaling keluar rumah perlahan-lahan. Dia mengeluh berat, bingung hendak tinggal di mana. Selama ini, dia lebih banyak terperap di rumah dan jarang bersosialisasi.

 

“ Mana aku nak tinggal ni !” Dia berjalan longlai, ditemani dengan hembusan angin malam. Tidak sangka bahawa keadaan sekritikal ini sehingga ibunya sanggup membiarkan anak emasnya itu berjalan sendirian di malam hari demi mencari tempat berteduh.

 

Dia terhenti seketika, “ Kawasan ini macam aku kenal…”

 

 

 

Kris menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Penat, itulah kata-kata yang cukup mudah untuk mengambarkan keadaannya sekarang ini. Selaku pemilik Agean Shopping Mall, dia memegang tugas yang cukup melelahkan. Setiap hari, dia terpaksa meneliti dokumen-dokumen penting hingga ke larut malam.

 

Apartmen miliknya merupakan ruangan yang paling indah untuk berehat selain syurga. Sunyi tanpa gangguan, dia suka kedamaian. Tidak seperti dahulu, ketika dia masih lagi tinggal dengan neneknya. Terpaksa menanggung bebelan dan leteran sepanjang hari. Orang kata leteran itu demi kebaikan, namun dia tidak merasakan sebarang manfaat daripada omelan itu.

 

Ding dong ! Ding Dong !

 

Kris terkejut. Siapa pula yang datang ke rumahnya di malam hari. Setakat ini, dia tidak ada membuat sebarang janji temu dengan klien dan jika memang itu seorang klien, pastinya mereka akan  membuat panggilan terlebih dahulu atau berjumpa di restoran terdekat. Masakan, neneknya pula? Tidak mungkin, kerana neneknya akan terus sahaja menerjah masuk ke dalam rumahnya tanpa membunyikan loceng.

 

Kris lantas bangkit dari pembaringan lalu berjalan pantas menuju ke pintu masuk. Mungkin Suho, fikirnya. Tetapi, kenapa pula Suho hendak ke rumahnya larut malam? Bukankah Suho spesies manusia yang suka tidur awal, bangun lewat? Pintu dikuak perlahan-lahan, risau sesuatu yang tidak diingini terjadi.

 

“ Kris !” Gadis itu tersenyum lebar, seraya melambaikan tangan kanannya. Kris tercengang. Wajahnya… Kris ingat wajah itu. Wajah yang pernah menjadi satu kesilapan besar dalam hidupnya. Kini, berani pula, dia memunculkan wajah itu kembali.

 

“ Kau… kau buat apa?” soal Kris, gugup. Setelah 2 tahun setengah tidak berjumpa, sekarang, mereka bertemu semula dalam satu situasi yang baginya sungguh tidak masuk akal. Ya, ‘sesuatu yang tidak diingini terjadi’.

 

“ Aku bermalam dekat rumah kau malam ni. Okay? Deal,” ujar Yeorum seraya memintas Kris yang masih tercegat di hadap

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
sayhershe
#1
Chapter 2: Kreaasseeeee!!! My love from the star~ this is cool author!! teringat belik cerita marriage not dating,aww this is super sweet~ but i was attracted with the discription... i'm expecting something more~ Good Luck to you!
GreenDecember #2
Chapter 1: Hai awak...bestlah citer awk nie...semua citer awk sy rasa best...you're one of my favourite author *thumbs up*
Btw kan author nim...maaflah jika sy nie pandai mandai pulak..,boleh tak kalu author asinkan tag malay dan tag comedy tu...nti senang skt orang nk cr cerita author nim yg gempak lg daebak nie...
Maaf sekali lg