Jin Vs Jungkook (Part 1)

Aku Sebatang Berus Gigi

  

Cinta ibarat Gigi,

Makin lama makin berputik tahinya,

Tetapi takut,

Takut untuk membasuhnya.


Hari ini pada tanggal Isnin! Aku membuat keputusan bahawa aku akan berdepan dengan Jungkook sendiri! Aku akan berani! Berani menentang Jungkook! Te-tetapi siapa nak teman ? Aku melihat sekeliling dan semuanya masih nyenyak tidur. Ayam dah berkokok 800 kali pun tak bangun-bangun diorang ni. Dasar membuta. Tahu berdengkur je kerja. ( Ketahuilah bahawa alatan mandi pun tahu penat dan perlukan rehat maka jangan terkejut jika mendengar dengkuran walaupun hanya anda seorang di rumah)

“Woi budak baru!” Aku memalingkan muka aku . Mencari usul asal panggilan itu . Rupa-rupanya Rap Monsta si hair dryer muncul dari dalam laci. Aku mengangkat kening seraya berjalan menuju ke arah Rap Monster.

“Yep! Apakah hajat tuan hamba memanggil hamba ini?” Aku cuba berseloroh di waktu pagi. Pagi-pagi kenalah buat kelakar sikit. Tak adalah muka monyok je macam tuan kitorang waktu pagi. Ada sekali tu si Lay ini menggunakan aku untuk mencukur mukanya what the hell Yixing are you crazy?

Rap Monster yang sedikit terkesima dengan lawak aku turut berseloroh “Waduh waduh tuan hamba begini bangun pagi awal sekali. Mahu pergi ke mana?”

Aku ketawa. Pandai juga dia ni buat kelakar. Ingatkan serious 24 jam. “Ingin ke pasar wahkahkahkah” Aku ketawa sambil memegang badanku. Air mata aku keluar menunjukkan betapa lawak bodoh aku menjadi. Tetapi berhenti ketawa serta-merta apabila melihat muka Rap Monster yang jelas menunjukkan muka ‘apa-kau-cakap-ni-sial-tak-kelakar-lah-bodoh-‘.

“Ehem” Aku berdehem tanda menunjukkan aku mula serious. “Boleh tak aku nak minta tolong?” Rap Monster mula menunjukkan tanda minat mendengar permintaan aku. Dia mendongak sambil mengangkat kedua-dua keningnya. Mungkin mahu tahu apa permintaan aku.

 

“Aku nak cuba lawan dengan Jungkook”

5 patah perkataan itu cukup untuk membuatkan Rap Monster membulatkan matanya.

5 patah perkataan itu cukup untuk membuatkan Rap Monster ternganga untuk beberapa saat.

5 patah perkataan itu cukup untuk membuatkan Rap Monster menggeleng kepala.

“Kenapa kau nampak gelisah sangat ?” Soalan aku buat dia ketawa. Dia ni gila ke apa? Cuba lah bagi respon bercakap sikit . Asyik guna muka aje. Menyampah pula aku.

“Cuba kau ulang balik permintaan kau tu.” Rap Monster mula bersuara dengan muka serious. Aku mula menunjukkan muka bosan.

“Lantak kau lah buta, bodoh. Pekak pula tu.” Of course aku tak berani cakap macam tu depan dia. Aku hanya mampu bersuara dalam hati yang murni ini. Tapi sebagai pendatang baru, aku perlulah tunjuk muka yang baik dan hati yang relaa dibuli.

“Aku nak lawan Jungkook.”

“Kenapa kau kena lawan Jungkook?”

Yea aku tak sangka Suga tiba-tiba muncul dan tidak semena-mena aku perlu menjawab.

“Ak-

“Jungkook suruh kau lawan dia ke ?” Muncul pula Jhope dari belakang oh my god macam mana diorang yang kaki membuta ni boleh bangun awal?

“Bukan aku cu-

“SERIOUSLY KAU INGAT BOLEH MENANG KE LAWAN JUNGKOOK?!”

“OH MY GOD DIAM LAH SEMUA!” Aku meninggikan suara apabila Jimin datang masuk campur. Macam mana diorang semua boleh tahu walaupun aku tak beritahu diorang?!

Dan ketika itu handphone Rap Monster berbunyi tanda notification masuk. Aku membulatkan mata tanda tidak percaya. Seriously? Dia update status ke apa fasal aku nak lawan Jungkook ni? Rap Monster hanya tersengih tanda dia rasa ‘memang-patut-aku-update-jangan-salahkan-aku’. Aku menjulingkan mata ke atas .

Aku mengeluh dan kemudian menarik nafas sedalam-dalamnya. “Alright. Aku cuma nak bersemuka dengan Jungkook dan selesaikan masalah kitorang. Aku tak rasa cerita kita ni patut sarat dengan pergaduhan kitorang aje. Pembaca pun naik muak. Aku cuma nak berkawan dengan Jungkook sebab kita kan satu family dekat dalam toilet ni. Betul tak?” Aku memandang kesemua kawan-kawan baru aku yang turut mengangguk dengan permintaan aku.

V mengangkat tangan tanda dia mempunyai soalan. “Kalau ianya soalan tentang ranking cerita ni baik kau diam.”

V menurunkan tangannya.

Jimin mengangkat tangan . “Kau rasa-kau bo-boleh menang ke?”

Aku tersenyum. “Aku tak kisah kalau menang atau kalah. Asalkan kitorang boleh berbaik. Takkanlah dia nak flush aku kalau aku kalah hahahahaah” Aku ketawa memikirkan hal itu terjadi sekiranya aku kalah. kalau aku kalah dia akan flush ke kahkahkahkah. Aku ketawa sambil memandang mereka yang mukanya turut berubah.

“Apa maksud muka korang tu?”

Mereka hanya diam dan memandang antara satu sama lain. Aku yang sedikit gelisah menepis segala kemungkinan. “Haha takkan korang rasa dia nak fl…

Dan mereka mengangguk.

Ah sudah. Aku perlu menang lawan Jungkook untuk elakkan aku dari lenyap selama-lamanya.

....

Aku berjalan mundar-mandir untuk beberapa jam. Aku kusut! Kusut memikirkan strategi untuk menang! Aku tak akan kusut macam ni kalau lawan aku sebuku sabun! kalau lawan aku sebatang berus gigi. Kalau lawan aku sehelai kapas! Tapi ini sebuah jamban. Jamban yang dibina dari simen yang kuat. Yang mempunyai simpanan air yang banyak di tangkinya. Cukup untuk melemaskan aku bila aku kena flush.

 

“Jin. Sudah lah tu. Lupakan saja niat kau nak lawan dia.”

“Ni antara hidup dan mati!”

"Ya kalau dia dah mati, maka cerita ini akan habis!"

"Kalau cerita ni habis, oh boleh lah aku jadi watak utama kan?" 

 

Suara Jimin dan V berselang seli di dalam kepala otak aku. Oh macam mana ? Perlukah aku membatalkan niat aku? Tidak! Kalau aku asyik mengelak , aku tak akan dapat selesaikan masalah aku dengan Jungkook ni. Tidak! Aku perlu sahut cabaran ini! Tapi…aku taknak kena flushh!!! Ugh!

“Okay aku tahu kau serabut tapi boleh tak kau bertenang? Duduk diam diam dekat sini.” Jimin , ubat gigi berperisa strawberi itu cuba menenangkan aku. Aku akhirnya duduk sambil mengeluh. “Aku tak boleh bertenang kalau macam ni . Aku …a-“

“Jin . Senang macam ni.Kau.kau ikut aku.” Jimin bangun dari tempat rehat kami. Aku dan V memandang antara satu sama lain sebelum memandang jimin dengan penuh tanda tanya.

 

“Kau nak bawa aku pergi mana?”

“Aku bawa kau pergi jumpa Legenda.”

 

V terus tergamam dan terbangun dari duduknya. “Le-legenda? Kau gila? Kau tahu kan kalau nak jumpa dia kau kena ba-

“V! Sekarang bukan masa kita fikir fasal tu, sekarang ni kita kena bantu Jin selesaikan masalah dia.”

Aku menjongketkan kening. Aku tak faham dengan apa yang diorang cakap. Legenda? Dan V macam sembunyikan sesuatu. “Aku tak faham.”

Jimin memandang aku seraya membalas “Legenda tu akan tolong kau . Dia akan bantu kau atasi Jungkook. Dia akan bantu kau menang.”

 

Aku yang mendengar perkataan itu keluar dari mulut Jimin terus melompat kegembiraan. AKu rasa macam ada harapan dan semangat aku terus membuak-buak. Bak sinaran mentari dan pelangi muncul di belakang aku.

“Tapi Jimin ,ka-

“V…aku akan bantu Jin. “

"Ta-

"Ini keputusan aku V. Jin budak baru. Takkan kau nak biarkan dia lawan si besar tu macam tu?"

V hanya mengeluh dan mengangguk kecil. “Aku harap korang berdua berjaya.”

Senyuman kegembiraan aku terhenti kerana aku terkesima dengan jawapan V. Ya aku terkesima. Apa maksud dia yang kami berdua berjaya? Bukankah aku seorang yang melawan Jungkook? Adakah Jimin dan V menyembunyikan sesuatu dari aku?

 

P/s : Pergh sorry dah lama tak update ff ni. masih adakah sesiapa disana yang masih baca /cries/

pps : saya update dalam last min so maaf kalau ada shortform etc

ppps: komen eh hehehehe /creepy/ dan 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Chapter 9: First thought was like.."Ok dia buat ff BTS and main cast Jin looks like cliche je.." But then..Goshhh! Macam mana dia boleh terbayang ff ni based karangan biografi upsr? Ahahahahahaha~ Ingatkan nak baca bila dah complete tapi awak selalu buat saya nak baca even belum complete! T^T~ Eventhought saya jarang baca ff group lain tapi ff seperti ni dah berjaya membuatkan hari saya crack sampaikan nak pakai berus gigi pun fikir 2-3 kali ahahaha~ Bagus just kalau awak dapat update often tanpa buat reader tertunggu dah ok! Apapun fighting!
tyhah_nad #2
Legenda tisu tandas XD alahaiii kreatif betul la authornim ni
lyly_ameera #3
Chapter 7: Aduhai authornim.... Sye betul2 mcm org tk betul bca cite ni. jin pun tiba tiba jdi talkactive kt sini. Ada aje benda dia nk bebel Hahahaha XD
Syahiran_Hazira #4
Chapter 6: nice ah story ni , zaman upsr karangan mcm ni mmg favourite hahah
Hanna27 #5
Chapter 6: ahahahahahaa!!! *ketawa tak henti* kelakar dan daebak untuk author sebab Berjaya menawan hati saya dengan cerita yang hebat dan 100% kelakar gile!! lagi2 pasal Jung kook!! hahahaha rupanya dia tu jamban!
keep update!! ^0^
aty_izzaty
#6
Chapter 6: Jungkook tu flush tandas rupanya xD..Tertanya-tanya sebelum ni Jungkook tu apa sebenarnya
goGETaLIFE_ #7
Chapter 6: best gila hahahaha tringat waktu buat karangan autobiografi (?) time darjah empat dulu.. keep update pls