Kisah Sebuku Sabun

Aku Sebatang Berus Gigi

 

Satu satu, sayang sama gigi ,

Dua-dua ,sayang sama gusi ,

Tiga tiga , sayang sama Seokjin,

Satu dua tiga, sayang semuanya!


 

Duh! Aku sebagai sebatang berus gigi yang berwarna merah jambu tak faham kenapa author ni merungut cakap dekat aku yang font dalam text box ni tak boleh edit. Panjang juga satu baris ayat aku. Kalah budak SPM. Budak SPM pun ternganga tengok ayat aku yang panjang ni. Betul kan betul kan? Ala mengaku aje lah jangan gelak pula dekat diri sendiri.

Aku yang menjadi orang pertama membuka mata dari tidur yang lena. Tahniah untuk aku.Patutnya peraturan dalam bilik air ni,ada ganjaran untuk sesiapa yang bangun awal. Ofcourse aku boleh menang sekali aje sebab kadang-kadang aku asyik sangat membaca fanfic-fanfic kegemaran aku. Kauorang tidur awal sangat ke? Ala tak thrill gitu hehehe. Sudah cukup sudah aku monolog seorang diri. Teringat sesuatu, mata aku beralih tidak jauh dari tempat aku.Ya, anda boleh teka siapa yang aku curi-curi pandang.

 

Jungkook.

Kenapa aku tengok dia dalam diam ? Pergh korang banyak sangat spekulasi ni. Antara spekulasi yang aku dapat dengar dari lubuk hati korang yang terlalu banyak dendam tu ialah ,

 

Seokjin minat Jungkook.

 

Seokjin mula jatuh hati pada Jungkook.

 

Seokjin cintakan Jungkook.

 

Seokjin berasa bersalah.

 

Seok-SUDAH! Korang punya spekulasi ni makin melampau macam gunung berapi nak jadi gunung ais. Okay aku bukannya minat dia. Hello boleh ke sebatang berus gigi yang hensem macam idol ni /flip berus/ boleh jatuh hati dekat sebuah/sebatang/sebiji/seketul jamban di dalam tandas.

 

Cinta tidak memandang rupa.

 

Aduh kau bersastera pula. Pandai juga kau selit peribahasa hahahaha /batuk/ Okay dah aku bukannya jatuh hati dekat mamat batu tu. Sebenarnya dia simen kan? Ke aluminium? Aku tak kisah tapi aku memang tak ada rasa cinta ke, bersalah ke ape ke. Cuma aku rasa dia yang patut ubah persepsi pada aku. Sudah-sudahlah tu suka sangat pada Daehyun sampai sisihkan aku jadi begini. Huh ingat aku teringin ke nak kena beli macam ini? Kalau aku tahu baik aku ikut Sunggyu si pencukur hijau tu walaupun aku tak tahu keadaan dia sekarang ni. Rasa-rasa dia dilayan dengan baik tak?

 

Manakala si pencukur hijau , Sunggyu terbatuk apabila sedang menjalankan khidmatnya dengan mencukur bulu kaki tuannya.

 

Dalam beberapa minit aku membebel dalam hati ini, baru aku perasan yang seseorang sedang duduk di dalam sinki. Kedudukan sinki yang cuma berada di hadapanku membuatkan aku melangkah ke arah seseorang itu. Terima kasih kerana ingatkan yang kami ni bukan orang sebaliknya, benda. SESEBENDA. Aku melangkah dengan perlahan-lahan  dan bila aku amati beberapa saat, tahulah aku bahawa dia ialah SUGA- si sebuku sabun kuning.Yang peliknya, Suga sedang termenung. Termenung sendirian pagi-pagi buta ni?! Berapa lama dia duduk termenung depan sinki ni ? Aku cuba untuk tidak membuatkan dia terkejut dengan kehadiranku tetapi gagal apabila mata aku yang rabun tak jauh tak dekat ini tidak sedar buih-buih Suga dibelakangnya dan AKU TERPIJAKNYA. DAN AKU TERGELINCIR LALU MENGHEMPAP SUGA YANG JUGA TERKEJUT SECARA MENDADAK DAN AKU TIDAK MENYANGKA BAHAWA DIA TERGELUNGSUR KE DALAM SINKI. Baik, tutup Capslock.

 

"Argh!"

 

Aku panik apabila terdengar jeritan Suga yang berbadan kuning itu. Badannya yang berbentuk segi empat tepat dan ukiran logo "Exo" di badannya terhuyung-hayang di dalam sinki. Aku melihatnya dari atas dan memanggilnya kalau-kalau dia mempunyai kecederaan. "Ka-kau okay tak Suga? Aku hempap kau sakit tak? Boleh naik tak? Ke nak aku panggil member yang lain ?Atau nak aku panggil hospital takpun-

"DAH!"

 

Mata aku yang berwarna hazel ini terkebil-kebil memandangnya dari atas. Suga mengeluh berat. "Aku tak apa-apa dan aku okay dan kepala atau hati aku boleh gila kalau kau sambung bertanya soalan.Suga menggeleng kepalanya berulang kali walaupun kenyataannya dia tidaklah mempunyai leher. Aku mengambil keputusan untuk turun ke dalam sinki bersama Suga. Bukannya kami tak boleh keluar balik kan ?

Aku kemudian perasan yang bahawa sabun buku itu kembali termenung. Kenapa pulak mamat ni? Teringat kekasih lama ke? Aku berdehem dan ya , dia tidak hiraukan aku. Ugh aku kalah ,fine! "Kau kenapa Suga? Berapa lama dah kau termenung ni ?" dibalas dengan jelingan Suga, tahulah aku bahawa aku tidak patut bertanya soalan sekali lagi. Dan aku patut mengunci mulut aku .

Suga melepaskan keluhan berat manakala aku menguap dengan sebesar-besar mulut aku. Rasa mengantuk masih bersisa tetapi perasaan ingin tahu masalah mamat ni lagi berbisa. 

 

"Aku cuma rindu kawan aku."

Sepatah ayat itu membuatkan aku memandangnya dengan laju. "Siapa? Daehyun?" Siapa lagi kawan mereka kalau bukan si berus gigi legenda dekat sini. Dan aku menerima akibatnya. Sabun buku berwarna kuning itu terdiam. Betul ke sangkaan aku ?  "Ini kawan perempuan. Namanya Anne." Aku menjulingkan mata aku tanda anda akan dengar cerita cinta yang cliche sebentar nanti.

"Dia pun sabun macam aku juga. Sabun buku berwarna merah jambu." Aku terdiam sebentar memikirkan keluhannya. Suga dengan Anne ni sabun buku beli 2 in 1 ke ? Sedang aku berfikir, Suga menyambung lagi kisah cintanya. "Kitorang dah lama kenal semenjak dekat kilang lagi. Sebab kitorang dibungkus 2 in 1. Baru jimat pengguna beli. Itu apa yang aku dengar masa pengurus kilang tu bersembang dengan pekerja dia." Ya dan jawapan sudah berada di sini, mereka ialah pasangan 2 in 1 pack.

 

"So, dia tertinggal dekat hotel juga ke ?" Aku memandangnya sambil mata aku terkebil-kebil. Adakah Anne ini juga sama nasibnya dengan Daehyun ?Suga tersenyum sinis seraya menjawab, "Dia langsung tak ada kaitan dengan kisah Daehyun." Mulut aku membentuk huruf 'O' .

"Disebabkan tuan kita ini, suka benda yang comel, macam warna merah jambu dan unicorn, dia kerap guna Anne disebabkan Anne berbau seperti Strawwwwberry. Setiap hari dia guna Anne." sambung Suga lagi. Aku memandangnya pelik. Kenapa si tuan kitorang ni kena guna sabun buku ? Kenapa tak guna sabun yang dalam botol tu ? Ibarat dapat memahami isi hati aku, Suga menyambung lagi, "Tuan kita tu ikut suka hati dia nak guna apa. Dia memang guna sabun picit tu untuk mandi. Anne pulak digunakan untuk membasuh tangannya. Tuan kita pembersih kononnya." Aku mengangguk tanda faham. Jadi ,dimanakah dia sekarang?

 

Kerap kali juga mulut aku membentuk huruf 'O' apabila mendengar Suga bercerita. Mungkin aku tiada apa-apa untuk dihujahkan. "So ,mana Anne?" 

Tidak terkejut dengan soalan yang diajukan, Suga tenang menjawab, "Kau tahu kan kalau kitorang selalu kena guna, badan kitorang akan mengecut." Aku mengangguk. Ianya benar. Mereka akan jadi kurus dan nipis jika setiap hari digunakan. "Anne jatuh sakit. Badannya cekung dan terlalu kurus! Aku memang sedih tengok dia tapi apakan daya, apa yang aku boleh buat? Aku bukannya ahli sihir yang boleh bagi sumpahan untuk kekalkan badan dia. Akhirnya, dia terpatah dua."

 

"WHAT?!" aku menjerit dengan kuat lalu memandang sekeliling untuk memastikan suara aku ini tidak menganggu tidur mereka yang lain.

Suga mengangguk. "Badan Anne terpatah dua dan tuan terus membuangnya ke dalam tong sampah.Seminggu aku tak bercakap dengan BTS sebab kejadian tu berlaku sendiri depan mata aku. A-aku aa-aku kalau lah a-ku yang..ugh. " Suga hanya menggeleng dan mengeluh dan terus mengeluh. Aku turut bersimpati. Dia menyaksikan sendiri kejadian kawan baiknya yang sadis itu. Aku pun menyaksikan kejadian Sunggyu kena beli dengan mamat kaki berbulu tu. Sangat tragis.

Aku menghampiri Suga ."Aku pun bersimpati. Tapi ada baiknya juga dia terus pergi daripada kau nampak dia terseksa setiap hari? Mungkin dia juga rasa itu penamat yang baik." Suga mengangguk. "Kiranya kau ada dekat sini lagi sebab dia tak gunakan kau selalu?" Suga tersenyum kecil sambil mengangguk kecil. "Kau ni kelakarlah Jin." 

"Apa yang kelakar? Sekarang ini kawan korang yang besar gedabak tu salahkan aku sebab ambil tempat Daehyun. Dah bermacam cara aku cuba. Senyum, kenyit mata, bersiul, semuanya dibalas dengan bunyi flush dia tu. Ingat aku takut dengan pusaran air dia?" bebel aku seorang diri di hadapan Suga. Suga mengangkat bahu tanda dia juga tidak faham dengan Jungkook. "Tapi ,kalau kau terjatuh dalam tu, kau dah tak boleh keluar."

 

Dan kata-kata Suga itu membuatkan aku terdiam.

Kemudian ,bunyi flush bergema di dalam bilik air. 

Aku menyumpah seranah di dalam hati. Jungkook menakutkan aku! Bilakah semua ini akan berakhir?!

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Chapter 9: First thought was like.."Ok dia buat ff BTS and main cast Jin looks like cliche je.." But then..Goshhh! Macam mana dia boleh terbayang ff ni based karangan biografi upsr? Ahahahahahaha~ Ingatkan nak baca bila dah complete tapi awak selalu buat saya nak baca even belum complete! T^T~ Eventhought saya jarang baca ff group lain tapi ff seperti ni dah berjaya membuatkan hari saya crack sampaikan nak pakai berus gigi pun fikir 2-3 kali ahahaha~ Bagus just kalau awak dapat update often tanpa buat reader tertunggu dah ok! Apapun fighting!
tyhah_nad #2
Legenda tisu tandas XD alahaiii kreatif betul la authornim ni
lyly_ameera #3
Chapter 7: Aduhai authornim.... Sye betul2 mcm org tk betul bca cite ni. jin pun tiba tiba jdi talkactive kt sini. Ada aje benda dia nk bebel Hahahaha XD
Syahiran_Hazira #4
Chapter 6: nice ah story ni , zaman upsr karangan mcm ni mmg favourite hahah
Hanna27 #5
Chapter 6: ahahahahahaa!!! *ketawa tak henti* kelakar dan daebak untuk author sebab Berjaya menawan hati saya dengan cerita yang hebat dan 100% kelakar gile!! lagi2 pasal Jung kook!! hahahaha rupanya dia tu jamban!
keep update!! ^0^
aty_izzaty
#6
Chapter 6: Jungkook tu flush tandas rupanya xD..Tertanya-tanya sebelum ni Jungkook tu apa sebenarnya
goGETaLIFE_ #7
Chapter 6: best gila hahahaha tringat waktu buat karangan autobiografi (?) time darjah empat dulu.. keep update pls