Pertemuan Epik

Aku Sebatang Berus Gigi

Ooo jamban berkualiti, ooo hidup serba murni..

Oooo jamban berkualiti, ooo tandas bau wangi.


 

Aku terdiam dan tergamam. Melihat si Jungkook a.k.a Jamban itu membuat aku terpana. Segala sistem saraf dalam badan aku sekarang ni rasa nak meletup. Mana tak meletup kalau si Jungkook ni jeling aku macam aku minta dua buah pinggang dia. Padahal dia bukan ada buah pinggang pun.

 

"Err....h-hai.."

 

Okay bagus Jin bagus. Kau menggeletar depan dia. Bagus. Sekarang ni mesti dia ingat kau Parkinson. AKu melihat sekeliling. Nampaknya semua dah tidur kecuali aku dan..JUNGKOOK. Mungkin ini masa yang sesuai untuk bertemu ramah dengan dia.

 

"Hai nama awak siapa?"

Ofcourse aku tak akan tanya soalan macam ni.

 

"Awak ni Jungkook kan ?"

Mungkin dia akan cakap "Dah tahu kenapa tanya lagi?"

 

"Awak ni apa sebenarnya?"

Sudah Jin. Kalau kau tanya soalan macam ni konfem kau kena flush dalam lubang dia.

 

Aku cuba tersenyum pada Jungkook. Jungkook hanya menutup mata mengabaikan aku. Aku mencebik bibir. Ingat aku nak sangat berkenalan dengan dia. Jadi,aku buat keputusan untuk beramah mesra dengannya LAIN KALI. Usai aku kembali ke tempatku semula, satu ayat ini buat aku tergamam.

 

"kau tahu kau tak patut berada di sini"

 

Aku mengalihkan pandangan kepadanya. Nampaknya satu peperangan bakal berlaku. "Maksud kau?" aku memberanikan diri bertanya. AKu cuba nak dia rasa selesa dengan aku .Berbual dengan aku dan ceritakan segala apa yang aku tak tahu.

 

Jungkook tersenyum sinis. "Jangan buat tak tahu. Kau rasa kau dapat duduk sini ke kalau Daehyun hilang ?" Aku memandangnya. Jamban yang dihiasi corak unicorn dan mempunyai hiasan berwarna-warni membuat aku termenung. Sah tuan jamban ni memang gila unicorn. Siapa tuan dia? Nama Yi-yix-yixing. Huh penat aku sebut. Jungkook kembali diam selepas tidak dapat kata-kata balas dari aku.

 

"Untung aku yang duduk sini. Kalau berus gigi tu sebenarnya perogol macam mana?" terpacul keluar ayat ini daripada mulutku.

 

Jungkook membuka matanya lalu memandang aku dengan aneh. "Maksud kau?"

 

Aku tersenyum. "Macam mana kalau Yixing beli berus gigi yang lain personalitinya? Yang jahat kelakuannya? Yang penuh keraguan tingkah lakunya. Kau rasa kawan kau dapat hidup selamat ? Mujur ada aku. Hati murni. Baik pula tu tambah lagi muka bersih." Aku tersengih selepas ayat itu aku ucapkan padanya. 

 

Jungkook menaikkan kening kanannya. "Sekarang bukan masanya kau puji diri sendiri. Aku cuma nak kau sedar diri tu. Yang kau tak boleh ganti Daehyun."

 

Aku tersenyum kecil. "Sudah tentu aku tak akan ganti dia. Sebab dia Daehyun. Dan aku adalah aku. Apa kata kau lupakan yang lama dan terima yang baru iaitu aku?" Aku tak tahu kenapa aku rasa makin lama aku bermonolog makin macam drama melayu fanfic ni jadi.

 

"Maybe kawan aku yang lain boleh terima kau, tapi bukan aku."

 

Aku merengus. Rasa bebal dengan Jungkook yang eksyen patah hati ni.Aku pun patah hati kawan aku si pencukur hijau tu kena beli dulu! Err maybe suka hati. Tapi rileks, Jungkook ni cuma kena motivasi aje sikit.

 

"Kau dengan jamban lain sama aje. Flush aje fungsinya. So byebye dan selamat malam!"

 

Zas! Sedas kata kata aku menusuk hati jantungnya. Jungkook memandang aku dengan geram sambil membunyikan flush.. Nak gertak aku lah tu. Hey gua tak heranlah dengan bunyi -

 

SPLASH! Bunyi flash yang kuat menyebabkan aku terkejut. Kus semangat. Nasib tak kena demam kus kus gua ni. Jantung pun lemah. (eksyen macam ada jantung)

 

"Okay okay aku taknak cari gaduh dengan kau wahai si Jungkook flash tegar." Aku berundur sambil menunjukkan senyuman yang paling manis di dunia ni. Well, maybe semut pun boleh terpikat. Aku cuba taknak naikkan amarah si jamban ni.

 

"Okay sampai ketemu lagi ya byebye selamat malam arigato!" Aku bergegas ke tempat asalku dan melelapkan mata aku . Baik kau berundur dari gunung berapi yang bakal meletus ni. Mulut kau pun sama Jin. Macam jin puaka. Tak boleh jaga hati orang kahkahkah okay kenapa aku gelak ?

 

"Jin."

 

Aku mendengar seseorang memanggil namaku.

 

"JIn."

 

Aku diam.

 

"JIn"

 

Mataku masih tertutup rapat.

 

"Aku tak kisah apa yang kau nak cakap, yang penting Daehyun bff aku furevah. Maksud aku er forever."

 

Ibarat kilat sabung menyabung terjadi di antara aku dan si Jamban tersebut. Ibarat hujan lebat turun memayungi muka bumi ini. Sudahlah, tak perlu berpuisi sangat,

 

Dalam diam, aku membuka sikit mataku melihat Jungkook. Aku terdiam. Aku nampak dia tengah termenung. Err aku kasar sangat ke tadi ? Padahal dia lah kepala batu. Suka tegaskan pasal Daehyun. Dalam samar-samar lampu bilik air yang berwarna oren ini, aku ternampak sebutir permata jatuh menitis dari mata Jungkook. WALAWEH KAU NI DAH MELAMPAU AUTHOR, JAMBAN TAK BOLEH MENANGIS.

 

Aku mengeluh. Jadi betullah Daehyun tu terlalu penting untuk dia. Hmm. Daehyun tu ibarat..

Terangi malam Jungkook dengan syair indahnya,

Merenung kasih dalam sepi yang terasing ,

Saat kau pergi, lemasku hilang tiadamu..

Jauh ,terbawa lukisan hatimu,

hilang mencari di mana kau pergi ,

Tinggal aku menahan luka ini, 

Sampai harus ku pergi...

Jauh---

 

"Okay bro Akim and the Mahkamah, ambik duit ni nyanyi jauh-jauh. "


 

Pagi itu ,aku lihat semua berkumpul dekat Jamban si Jungkook. Aku tertanya-tanya apa yang diorang buat.

 

"Weh ! Tak aci! Kau turun balik!" Jimin memberontak sambil acah acah bergaduh dengan V. V gelak mengekek. Apa benda yang diorang main ni?

 

"yah! Jungkook ,turun!"

 

"Yay aku naik!"

 

Diorang main game Exid ke apa ni ? Wi (naik) arae (turun) wi wi wi arae. AKu cuba menjengah kepala aku di antara mereka dan mata aku fokus pada permainan yang mereka main.

 

"Hai pinky Jin! Nak main ?" Seperti biasa mulut Jhope tak lekang bertanya aku.

"Oh" Hanya itu yang keluar daripada mulut aku. Main dam ular je rupanya. Kecoh macam main judi. Judi pun tak kecoh macam tu. Jungkook yang ternampak kelibat aku terus diam tak terkata apa-apa. Terus letak dadu . Hai ,aura kejahatan aku kuat sangat ke aura kebencian pada aku ni terlalu kuat ?

 

"Jungkook, turn kau." RapMon bersuara selepas gilirannya berlalu. Si Jamban mewah itu hanya kaku membisu. Mungkin hilang selera nak main dam ular.

 

"Jungkook, taknak main dah ke ?" Suga memandang Jungkook dan aku silih berganti. Kau ingat ni drama melayu nak sedih sedih ?

 

Jungkook terus senyap dan melelapkan matanya meninggalkan kami semua yang termangu sndirian. Aku berjalan perlahan. "Sorry, maybe sebab aku datang, dia terus taknak main."

 

Jimin datang disebelahku menenangkan hatiku. "Takdelah. dia memang emo sikit kebelakangan ni. Jangan ambil hati." 

"Betul tu" Taehyung tersenyum pada aku. Aku hanya diam membisu. Apa aku nak buat dengan mamat jamban ni ? Macam mana aku nak jadi rapat dengan dia ?

 

Pura pura lemas dalam lubang dia ?

 

Pura pura mati atas lantai?

 

Atau pura pura jadi jamban ? 

 

Okay kau gila Jin. Sekarang ni korang semua kena tolong aku. Bagi aku idea macam mana nak rapat dengan mamat Jungkook ni . Idea yang terpilih dapat makan malam dengan aku HAHAHAHA okay aku ni sebatang berus gigi. So ? Korang rasa aku patut buat apa ? Argh kenapalah si Lay unicorn ni terlupa bawak Daehyun balik ke rumah. Kan aku yang jadi mangsa . Apalah nasib ku.

 

Jadikan malam ku lebih indah...Jadikan siang ku lebih te-

 

OKAY AKIM AND THE MAHKAMAH, STOP!

 


 

Hai bermula episod kali ini , aku si berus gigi ada satu segmen comel+nak+muntah untuk pembaca.

 

 

Hahaha comel kan masa aku makan ? Apapun kalau korang ada SOALAN atau KOMEN atau CADANGAN atau SOALAN dekat aku ataupun siapa siapa yang ada kaitan dengan fanfic ni, bolehlah komen dibawah ye. HEHEHEHHEHEHEHHEHEHEHE OKAY BYE LAY NAK GUNA AKU BERUS GIGI DIA.

 

P/S : MENTION ME ON TWITTER : @RAYHANADNI 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Chapter 9: First thought was like.."Ok dia buat ff BTS and main cast Jin looks like cliche je.." But then..Goshhh! Macam mana dia boleh terbayang ff ni based karangan biografi upsr? Ahahahahahaha~ Ingatkan nak baca bila dah complete tapi awak selalu buat saya nak baca even belum complete! T^T~ Eventhought saya jarang baca ff group lain tapi ff seperti ni dah berjaya membuatkan hari saya crack sampaikan nak pakai berus gigi pun fikir 2-3 kali ahahaha~ Bagus just kalau awak dapat update often tanpa buat reader tertunggu dah ok! Apapun fighting!
tyhah_nad #2
Legenda tisu tandas XD alahaiii kreatif betul la authornim ni
lyly_ameera #3
Chapter 7: Aduhai authornim.... Sye betul2 mcm org tk betul bca cite ni. jin pun tiba tiba jdi talkactive kt sini. Ada aje benda dia nk bebel Hahahaha XD
Syahiran_Hazira #4
Chapter 6: nice ah story ni , zaman upsr karangan mcm ni mmg favourite hahah
Hanna27 #5
Chapter 6: ahahahahahaa!!! *ketawa tak henti* kelakar dan daebak untuk author sebab Berjaya menawan hati saya dengan cerita yang hebat dan 100% kelakar gile!! lagi2 pasal Jung kook!! hahahaha rupanya dia tu jamban!
keep update!! ^0^
aty_izzaty
#6
Chapter 6: Jungkook tu flush tandas rupanya xD..Tertanya-tanya sebelum ni Jungkook tu apa sebenarnya
goGETaLIFE_ #7
Chapter 6: best gila hahahaha tringat waktu buat karangan autobiografi (?) time darjah empat dulu.. keep update pls