#1

Bubble Queen

"Apa?! Evan dan keluarga akan pindah malam nanti?!" Aku jelas terkejut beruk apabila rakan karibku, Evan pagi-pagi buta mengetuk tingkap bilikku dan memberitahu bahawa keluarganya akan pindah malam nanti.

"Kenapa Evan tak bagitau awal-awal? Boleh lah Iris buat sesuatu sebagai kenangan" tambahku lagi.

"Kenangan ape? Kenangan mengusik jiwa macam radio klasik selalu cakap tu?"

"Serious lah!," aku sedikit menjerit sambil memukul lembut bahu Evan.

"Aish, sebenarnya Evan pun baru tau. Time Evan tetiba terjaga, eomma dan appa Evan tengah borak pasal benda tu" terang Evan sungguh jelas sekali membuatku bisu seribu bahasa, aku manyun kecewa sangat.

"Janganlah sedih, Evan dah plan lagi baik punya. Jom!"Evan membantu aku keluar dari rumah melalui tingkap.

"Nak ke mana?" Aku menyoal sebaik sahaja kedua-dua kaki ku berjaya menjejak tanah. Siapa sangka,  Evan mengambil semua wang simpanannya untuk bawaku bergembira. Dalam satu hari, kami ke fun fair,  mall, playground, ( tempat berseronok untuk budak-budak lah)

"Iris, tengok ni," Evan menunjukanku seekor kucing parsi berwarna cream."Nah,"

"Eh, Evan bagi Iris?"

"Bila Evan dah takde, Iris jangan lupa Evan. Evan nak Iris anggap kucing ni macam Evan. Bila Iris rindu Evan. Iris tengoklah kucing ni ye?" Aku mengganguk.

"Tapi apa nama ia?" Aku menyoal ringkas. Kami senyap 10 saat, memikirkan nama yang sesuai. 

"LULU!"serentak kami menyebut satu nama.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

"Iris !!!! Bangun!!!!" Mendengar suara ibu yang bagai halilintar, aku pantas membuka kedua mata.

Nama aku Iris, dulu aku ada seorang bff iaitu Evan tapi tu citer waktu aku umur 8 tahun, Sekarang aku dah umur 21 tahun. Tadi aku mimpikan Evan. Kenapa ye.....? Harap ia bukan satu pentanda buruk,

"Iris !!! Sudah-sudahlah cakap sorang-sorang tu!! Lambat nanti!" Suara eomma kedengatan sekali lagi.

"Ye! Ye!" Aku pantas keluar dari bilik air dan segera bersiap keluar ke kolej. Dalam perjalanan ke kolej, aku meniup buih sabun. Adakah aku seorang yang terasa amat tenang dan damai saat melihat buih-buih sabun berterbangan di udara? Saat aku sedang leka dibuai angan sendiri,

SPLUSHHHHHHHHHH

Aku terlanggar seseorang! Dan yang lebih teruk air buih sabunku jatuh membasahi wajah orang itu. Apalagi orang itu mula mengerang kepedihan di matanya. Otakku mati! Aku tak tahu apavyang perlu dilakukan. Jika aku menolongnya, aku pasti akan teruk di herdik nanti. Omo~ eottoke? Tanpa berfikir panjang aku cepat-cepat lari, berlalu dari situ.

'orang tadi tak nampak macam orang sini. Harap nilah saat pertama dan terakhir aku jumpa dia. Yup, Aku takkan jumpa dia lagi !!!'

Sedang aku khusyuk menyalin nota di dewan kuliah, seluruh dewan dikejutkan dengan suara yang lantang dari Dekan Leo.

"First day dah lambat?!!" Soalan itu kemudian dibalas seseorang.

"Mianhae... Tadi ada budak langgar saya dan... air buih sabun yang budak tu tengah main tumpah kat muka saya. Pedih Mata saya,"selesai berbicara, seluruh dewan ketawa besar.

"Apalah yang kecoh-kecoh ni?" Aku merungut sambil mendongak kepala ke hadapan dewan. Terbeliak Mata aku apabila melihat wajah pelajar baru tu. Serious, tu lah mamat yang aku langgar pagi tadi !!!! Ah, GILER !!!

"Dah, dah! Sekarang pergi duduk..," Sambung Dekan Leo yang menahan diri dari ketawa. "Kat situ!" Dr. Leo menunjukan tempat kosong disebelahku. Bulat mataku mendengar ayat itu.

"Hurmmm... Dr.Leo" aku memanggil dekan itu.

"Yes" dia berhenti menulis.

"Bol-boleh tak saya keluar kelas selamanya?" Soalku sepontan. Ye, aku memang nak keluar! Aku tak nak terus bergelumang dengan perasaan bersalah.

"Jangan nak ngengada lah!" Tegas suara Dr. Leo menjawab soalanku. Dengan hati yang berat aku kembali duduk di tempat ku.

Pelajar baru yang sudah selesa disebelah ku menghulurkan tangan, ingin berjabat tangan.

"Annyeong, my name i-" dia menggantung ayatnya apabila aku langsung tak perdulikannya dan menarik semua barangku jauh darinya. Sesudah kelas tamat, akulah orang pertama yang kelas dari kelas itu.

"I'M FREE !!!! FREEDOM !!!!"

Ketika dalam perjalanan balik rumah aku singgah satu kedai runcit, untuk beli sebotol buih sabun bagi menggantikan buih sabun aku yang tumpah pagi tadi.

Rasa gembira terbit didada sehinggalah aku tiba di satu warung yang menjual aiskrim kegemaran. Baru aku teringat satu benda!

"Aku dah takde duit!!" Duit yang aku simpan khas untuk beli aiskrim, dah aku gunakan untuk beli buih sabun. Huhuhu~

"Apalah malang sangat nasib aku?!" Aku yang geram hanya mampu menguis-uis tanah dengan kaki dibelakang warung itu. Namun tiba-tiba seseorang menghulurkanku satu kon soft aiskrim. Wajah ku didongak ke atas.

"Ape ni? Tak nak lah !!" Aku pantas menolak aiskrim itu apabila mendapati orang yang menghulurkan aiskrim itu adalah lelaki tadi. Omo~

"Nah, ambik jellah!" Dia meletakkan aiskrim itu di genggaman ku. Entah mengapa aku tak daya untuk menolak.

'kenapa dengan mamat ni? Kenapa dia tak marah aku?  Padahal dah terang lagikan bersuluh, aku yang langgar dia pagi tadi. Kenapa dia bagi aku aiskrim ni?  Adakah dia sengaja nak rasa bersalah semakin menebal dalam diriku?' satu demi satu soalan muncul di layar fikiran ku. Membuat aku semakin keliru.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kuchens
#1
Chapter 2: >< cute lah dua org bff nih! Hehe