002

Siapa Suka Kau ?

"Haa .. Macam mana ?" Tanya Adam kepada rakan sekerjanya Doktor Alissa.

"Okay cuma terseliuh sikit je." Balas Lissa sambil mencatat sesuatu di notanya.

"Boleh jalan tak ?" Tanya Adam lagi dengan pernuh prihatin.

"Haih , risau semacam nampak. Kenapa ? Kalau tak boleh jalan kau nak akan ke Farah ni ? Farah nak ke diangkat oleh Adam ni ?" Usyik Lissa dengan senyuman penuh makna.

Aku la minah ni aku cepuk juga lagi. Tak habis-habis nak usyik aku. Tak apa , tak apa kau tunggu kejap lagi aku panggil Adrian baru padan muka kau ! 

Farah disebelah hanya mampu tersenyum kelat. Erk ! Adam angkat aku ? Tak hingin aku !

"Pikir lawak ?"

"Nope. I'm serious." Balas Lissa lagi selamba. Dia hampir tergelak apabila melihat muka Adam yang menahan sabar dengan perangai dia yang suka menyakat ini.

"Hmm , boleh kita balik sekarang ?" Soal Farah kepada Adam dengan suara yang hampir berbisyik.

Adam menoleh memandang Farah dan mata mereka bertaut seketika. Adam terkedu melihat sepasang mata coklat yang amat cantik. Tinggi , putih , bibir pink dan mempunya mata yang cantik sudah cukup memukau mana-mana lelaki di tambah pula dengan senyuman yang manis.Astaghfirullahalazim Adam.Apa kau buat  ni? Ya Allah.

"Ehem.." Celah Lissa. Lantas Adam memandang ke tempat lain manakala Farah menundukkan wajahnya yang mula merona merah.

Ya Allah. Indahnya ciptaan-Mu. Adam yang tinggi , punyai kulit yang putih , dihiasi pula dengan lesum pipit di kedua-dua belah pipi dan sepasang mata biru yang cantik. Dia ni kacukan ke ? Erk , Farah kau ni sempat lagi tu. Aduh..

"Haa , jom balik. Thanks Lissa." Pinta Adam lalu meninggalkan bilik rawatan itu. Dia tidak betah berlama di situ , aduh.. kenapa aku berdebar pula ni ? Selama ni elok je ni dah kenapa ? Malu kot. Haih , Adam.. Adam.

Lissa terus ketawa melihat gelagat rakannya seorang itu lalu pandangannya di alihkan kepada Farah yang sedang menuju ke pintu dengan berhati-hati. "Boleh ke jalan tu ?"

"Haa boleh , boleh. Terima kasih." Balas Farah dan menghadiahkan senyuman kepada Lissa. Elok sahaja sia keluar dari bilik rawatan itu dia mencari kelibat Adam yang berada di kerusi yang berdekatan dengan kaunter pembayaran bil hospital. Dia menuju ke arah Adam.

"Hmm , Doktor Adam terima kasih ya. " Katanya dengan begitu sopan di sebelah kanan Adam.

Adam memandang wajah manis itu lalu mengukir senyuman. " Not a big deal." 

Alahai, senyuman dia boleh gugur jantung aku.

"Kenapa?"

"Haa ? Kenapa apa?" Tanya Farah dengan begitu naifnya,

"Kenapa pandang hmm aku macam tu ? " 

Farah tersengih malu. Padan muka kau Farah ! Tenung anak teruna orang lagi kan dah kena ! 

"Tak ada apa la ! Kejap saya nak bayar bil kos rawatan." Pinta Farah namun belum sempat dia melangkah dia telah pun ditahan oleh Adam yang kini berdiri di depan dirinya.

"Tak payah. Aku dah bayarkan. Kau duduk sini diam-diam aku nak call Adrian kejap , ada faham adik manis ? " Adam menelefon Adrian.

Kejap. Adik manis ? Manis ke aku ? Hahahhahahah ! Erk , Farah stop it jangan nak menggedik. Tapi kan dia ni kan kuat mengarah la dah la banyak bunyi , haih kesian bini dia kan ? Aku bersimpati kat kau wahai bakal bini Adam.

"Farah,," 

Senyap.

"Farah Aliya ?"

Tiada jawapan.

"Pekak ke apa minah ni ? Woi !" Adam memanggilnya separuh jerit.

"Haaa ? Apa ? Siapa terbakar ?" Melatah Farah.

"Aku ni haa yang nak terbakar panggil kau dari tadi. Berangan je kerja.." Balas Adam. Selamba.

"Eleh dia ni macam tak pernah berangan.." Farah berkata separuh berbisyik agar tidak didengari oleh Adam namun Adam dapat menangkap bait kata yang dikeluarkan oleh Farah dengan jelas sekali.

Adam tersenyum nakal. " Memang aku pernah berangan. Sekarang ni pun memang aku tengah berangan. Nak tahu aku berangan pasal apa ?" 

Farah tersentak. Laa dengar ke ? Aduh habis kau Farah tu la mulut tak reti nak jaga. "Hmm , haa apa ?"

"Aku .. berangan pasal.." Adam berhenti seketika dan merapat kan wajahnya di telinga Farah yang di tutup elok dengan selendangnya. "Pasal nak culik kau , kahwin lari lepas tu malam pertama kau dengan aku kan aku .." Belum sempat Adam menghabiskan katanya Farah menolak Adam secara spontan dan pada masa yang sama wajahnya sudah berona merah.

"Hahahaahhaaahhahaa ! Tu la lain kali jangan berangan je kerja pastu jangan nak kutuk orang kan dah kena."

"Hoi , mulut kau tu kan aku cili juga nanti !" Balas Farah. Menarik muncung wajahnya. Geram dengan perlakuan Adam.

"Amboi , dari saya awak terus aku kau. Hahah yela cik Farah. Dah sorry okay ? Jom balik aku hantar."

"Tak payah. Aku boleh balik sendiri ." Tegas Farah dengan muka yang amat serius.

"Kau nak balik naik apa ?"

"Kereta kuda." Sindir Farah.

"Serius ? Okay. Selamat menunggang kuda. Assalamualaikum. Wait , nah nombor aku apa-apa call. Kot-kot kereta kuda kau tu rosak tengah jalan ke tak jumpa jalan ke or tak jumpa kuda ke , call aku. Faham ?" Elok sahaja dia menghabiskan kata-katanya dia berlalu pergi meninggalkan Farah yang masih menahan geram.

Geramnya hati ni. Nak je aku tumbuk muka dia tu tapi nasib baik handsome. Stop puji dia la Farah !!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NurinJiminn #1
Update lah chapter lagi !!!