001

Siapa Suka Kau ?

"Mama ! Adam pergi dulu ! Assalmualaikum !" Adam terus menuju ke keretanya dan berlalu pergi meninggalkan kediaman rumahnya.

Adam .. Adam dah kata dah mesti lambat punya , suruh Pak Man yang ambilkan tak nak , nak juga ambil. Kan dah kelam kabut. Bebel Puan Maria.

-------------

"Woi. Kau kat mana ni ? Lembab gila ! Semalam bukan main lagi warning bagai 'kau kalau lambat , aku tinggal , faham?' Ni siapa yang lambat beb ?" Perli adik bongsunya Adrian yang sedang menunggunya di lapangan terbang antarabangsa.

"Heh , kau tak payah nak perli sangat eh. Tu kat airport kan ada banyak awek cun pergi lah cuci mata tengok awek Malaysia pula ni tak asyik tengok awek London je." Adam  berkata selamba sambil membetulkan earphonenya.

"Banyak kau punya cuci mata. Dah cepat sikit ! Bye." Adrian mematikan talian sebelum sempat adam berkata. Dia tahu kalau abang dia ni bercakap comfirm sampai esok pon tak habis !

"Kurang asam punya budak matikan talian macam tu je.." Omel Adam lalu fokus kepada pemanduannya semula.

 

---------------

 

Setiba sahaja di lapangan terbang anatarabangsa Adam keluar dengan memakai kaca mata hitamnya. Terselah kekacakan seorang doktor. Dia melangkah masuk dan meninjau-ninjau mencari keibat Adrian.

"Hoi !" Sudah siapa pula yang hoi-hoi dengan aku ni. Siap pukul bahu aku bagai. Heh..
 Adam menoleh ke arah suara itu dan seperti dijangka siapa lagi kalau bukan Putra Adrian Zahril , adik bongsunya itu.

"Waalaikumusalam." Sindir Adam.

"Kendengaran kasar di situ ." Balas Adrian pula dengan wajah yang di tahan gelak akibat di sindir oleh abangnya. Macam dia tidak kenal abangnya ini memang suka sangat sindir orang. Pantang dapat peluang !

"Maafkan pak cik ya dik.. Pak cik sengaja je tu.." Balas Adam pula. Selamba.

Mereka memandang antara satu sama lain dengan muka yang dah senyum seperti kerang busuk. Hanya 1 minit , ketawa mereka sudah memecah ruang segenap lapangan itu.

"Aduh , mangkuk lah kau !" Satu tumbukkan mengenai bahu Adrian. 

"Woi sakitla ! Mangkuk ? Kau tu haa mangkuk tingkat ! " Balas Adrian pula tidak mahu mengalah.

Adam tersengih. "Dah besar dah kuli aku ni.. Lama tak jumpa kau woi." 

"Kau pernah jumpa ke manusia makin lama makin mengecil ? Lagi satu , kuli ? Sedap sungguh bahasa anda eh." Sindir Adrian. 

Adam membuat muka tak bersalah. "Ada kot. Hahahha dah jom balik. Mama tak sabar nak jumba kau."

   Mereka melangkah keluar bersama diiringi dengan ketawa dan usyikkan adik-beradik yang sudah 3 tahun tidak berjumpa. Putra Adrian merupakan ahli bongsu di dalam keluarga mereka. Adrian menyambung belajar di London manakala abangnya Putra Adam Zafriel sudah bergelar doktor. Mereka berdua mempunyai karakter yang berbeza , walaupun begitu mereka amat rapat. Hubungan mereka amat rapat. Sedang elok mereka berjalan secara tiba-tiba Adam terlanggar seseorang.

Pap ! Wanita itu terjatuh terduduk di tepi jalan raya itu. Adam terkejut lalu dengan spontan dia melutut di hadapan wanita itu.

"Ha, okay tak ni ? Sorry , tak perasan tadi." Kata Adam. Sesungguhnya dia memang tidak tahu bagaimana ingin memohon maaf di dalam situasi begini.

"Hmm, saya okay. Tak apa salah saya juga." Kata wanita itu yang dikiranya baru berumur 25. Eceit , pandai je kau Adam kata dia 25.

"Boleh bangun tak ni ?" Adrian mencelah.

Wanita itu mengalih pandangannya kepada Adrian. " Boleh , boleh. Jangan risau." Wanita itu pun bangun dengan berhati-hati. Sakit di kaki dan pergelangan tangan amat terasa tetapi dihiraukannya.

"Beb , bak kunci aku pergi ambil kereta. BMW kan ? Kau handle dia dulu." Pinta Adrian.

"Haa okay. Nah." Adam menghulurkan kunci keretanya kepada Adrian.

"Errr , kau awak haa apa-apa jela sakit tak kaki tu ?" Soal Adam yang agak kekok. Selama ni mana pernah dia membahasakan diri dia dengan perempuan awak-saya , selalunya you , i atau aku , kau ni err entah laa.

"Okay, okay !" Tegas perempuan itu. "Saya pergi dulu. Terima kasih,." Baru sahaja ingin mengangkat kaki dia terasa kakinya amat pedih. Dia memejamkan matanya menahan sakit. Ya Allah tolong laa aku. Jangan la sakit dekat sini kaki oi. Malu laa.

Adam di tepi tersengih meleret. " Kenapa tak jalan ?" Tanya Adam. Sebenarnya dia buat-buat tanya je. Ye la dia tau kaki wanita tu terseliuh.

Wanita itu memejamkan mata dan beristighfar. 

"Dah laa tu, jom aku bawa pergi klinik. Kang jatuh kat sini , aku tak nak angkat." Pinta Adam lalu membantu wanita itu berjalan menuju ke kereta. 

Eleh mamat ni aku luku juga karang. Belagak betul ! Bebel wanita itu di dalam hati namun di turutnya jua arahan Adam. 

Adam membukakan pintu untuk wanita itu manakala dia bertukar tempat dengan Adrian. Dia di posisi memandu. 

Adrian mengerutkan dahi. "Ni nak bawa pergi mana  ? " Soal Adrian dengan lurusnya. 

"Kau rasa ?" Soal Adam pula. Apahal la kau ni bengap sangat Adrian oi.

"Kahwin ?" 

"Ada yang makan penumbuk juga ni. Kahwin apa bendanya , kaki dia terseliuh nak bawa pergi klinik laa."

Adrian tersengih malu. " Sorry bro."

Lantas Adrian memusingkan kepalanya memandang wanita itu. "Nama awak apa?" Tanya Adrian dengan begitu sopan. Ini la perbezaan di antara Adam dan dirinya. Adrian tahu cara bertutur dengan perempuan manakala Adam tidak tahu bagaimana ingin bercakap lembut dengan perempuan kecuali ibunya.

Wanita itu memandang Adrian dan mata mereka bertembung untuk seketika sebelum Adam mencelah. "Ehem.. agak sikit ." 
Adrian tersenyum manakala wanita itu sudah merona kemerahan. "Nama saya Farah Aliya. Boleh panggil Farah."

 

hahahahhaha , sampai sini je la eh. nanti aq sambung tulis huhu ad hal sikit. komen ya komen syg anda2 sume xDDD typo ke apa ke mhon ignore lol

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NurinJiminn #1
Update lah chapter lagi !!!