Final I

Gara-Gara Karipap Izzah
Please Subscribe to read the full chapter

Selesai solat subuh izzah bergegas menyiapkan sarapan pagi untuk adik-adiknya yang masih bersekolah sepertinya. Tahun ini merupakan tahun terakhir Izzah berada di sekolah menengah. Walaupun persekolahan baru bermula tetapi seperti zaman persekolahannya akan berakhir tidak lama lagi. Tahun ini juga tahun di mana dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

 

Bagi rakan-rakan Izzah mereka berasa beruntung jika menjadi sepertinya. Izzah pelajar yang bagus, pelajar cemerlang, pelajar yang tidak pernah gagal dalam semua mata pelajaran. Izzah juga merupakan seorang anak dan perempuan yang solehah. 

 

Sifat Izzah yang pendiam, lemah lembut itu membuatkan ramai pelajar lelaki di sekolahnya cuba mendekatinya. Walaupun Izzah baru sahaja memasuki sekolah itu tahun lalu namun, surat cinta yang di terimanya banyak bak tinggi gunung. 

 

Tetapi, tidak ada satu pun cinta yang Izzah terima. Kerana gadis ini tidak mahu memikirkan hal-hal cinta yang hanya  akan melalaikan manusia. Walau begitu, bohong jika kata Izzah tidak mempunyai perasaan minat, suka, sayang dan cinta kepada seseorang. Ini kerana, belum masanya dia berhak untuk mencintai dan dicintai.

 

Apabila rakan-rakannya berbicara tentang apa yang mereka akan lalui selepas SPM, Izzah hanya mendiamkan diri. Sejujurnya, Izzah tidak pernah memikirkan hal itu. Apa yang terlintas dalam fikirannya ialah, dia ingin menjaga rumah, adik-adik dan ibu bapanya. Dia tidak mahu dirinya leka akan kerana kesibukan kerjanya. Dia ingin berbakti terhadap keluarganya. Berbakti bukan dilihat melalui pemberian wang dan kemewahan. Tetapi berbakti dengan memberikan sepenuh kasih sayang dan jagaan kepada keluarganya. 

 

Ramai yang fikir apa yang Izzah fikirkan itu tidak masuk akal. Tetapi, itu la Izzah Najihah Bt Izzudin. Gadis yang lain daripada lain. Pemikirannya juga lain dari gadis di luar sana. 

 

 Selesai bersarapan bersama adik-adiknya, Izzah bersiap untuk ke sekolah. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Izzah melihat satu pesanan ringkas dari rakannya, AJ.

 

"Izzah bangun!!!! Have a nice day! Jangan lupa bawak karipap."

 

Izzah tersenyum seorang diri melihat pesanan ringkas itu. Selang beberapa minit Izzah mendapat satu lagi pesanan ringkas dari seorang rakannya yang juga merupakan deskmate beliau, Hana.

 

"Izzah~~ dah bangun ke idok? Jumpa dekat sekolah."

 

Izzah hanya mampu tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya yang telah menjadikan hobi mereka untuk menghantar pesanan ringkas mahupun whatssap pada setiap pagi.

 

 

Izzah berjalan kaki ke sekolah bersama adiknya yang berumur 16 tahun, Izzah Narishah. Perjalanan dari rumah Izzah ke sekolah hanya memakan masa 5 minit. Ya! Rumah Izzah berhampiran dengan sekolahnya.

Izzah POV

Perhimpunan berjalan seperti biasa. Tiada apa yang menarik. Mendengar Pengetua sekolah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_luhan #1
Chapter 2: Update soon authornim :) bestla cite ni..lgi best sbb based on true story
Mrs_Hana02
#2
Chapter 2: Nice one :3 ahahahaha beratur gara-gara karipap izzah :')
Mrs_Sacak #3
Chapter 1: Tak sabar nak baca :D . Ada luhan oyeahh . Nama real OC tu sape ? Cantik ! :3