Chapter 6
Please Don't Love Me
Pejam celik pejam celik, esok Iman akan kembali semula ke tanahair. Sedih rasanya mahu meninggalkan bumi Korea yang bermusim ini. Entah bila lagilah dia dapat melihat salji selepas ini. Iman mengeluh. Pelbagi peristiwa menerjah semula ke ingatannya. Sejak hari pertama berada di sini, Iman bukanlah seorang gadis yang peramah. Dia malu dan tidak tahu untuk bersosial seperti gadis yang lain. Memang ada ramai juga pelajar Malaysia dan Indonesia di sini tapi entah mengapa hanya Sulli yang berjaya menjadi teman rapatnya di sini.
Sulli.. seorang gadis yang periang dan cukup suka membantu. Walau di puja oleh ramai lelaki namun Sulli tetap merendah diri. Dek kerana Sulli jugalah dia dapat berkenalan dengan Gi Kwang dan juga Min Hyuk. Min Hyuk? 'Apa khabarlah dia sekarang?' bisik hati kecil Iman.
Iman segera mematikan lamunannya dan kembali menyambung tugasnya tadi. Dia memasukkan kain bajunya yang tersangkut di dalam almari ke dalam bagasi. Esok bagasi ini akan terbang bersamanya untuk terus berada di bumi Malaysia.
_________________________________________________________________________________________________________________________
"Ada apa hal kau nak jumpa aku?" Tanya Gi Kwang pada Min Hyuk.
"Aku ada perkara penting nak minta tolong dari kau." balas Min Hyuk.
"Ok... apa dia? Straight to the point please..."
Comments