Chapter 3
Please Don't Love Me
Dato' Kamal melangkah masuk ke dalam banglo mewahnya dengan langkah yang longlai. Bagasinya di biarkan saja di hadapan pintu utama manakala briefcase hitamnya di campak ke atas sofa. Dia terus menonong menuju ke dapur untuk menghilangkan dahaga. Kelihatan kelibat orang gajinya, Mak Minah sedang asyik membasuh pinggan mangkuk yang penuh di dalam singki.
"Mak Minah!" sapa Dato' Kamal.
"Opocot kau meletup....!!!" Terhambur latahan Mak Minah. Fuh nasib baik pinggan di tangan tak terlepas ke lantai. Kalau tidak... mau membebel Datin Sally pada dia nanti.
"Dato'.. bila sampai?" Mak Minah menyapa majikannya dengan penuh rasa hormat.
"Baru je Mak Minah..."
"Eh bukan Dato' cakap hari tu nak pergi sebulan ker? Ni baru dua minggu." kata Mak Minah lagi.
"Amboi.. macam tak suka saya balik jer." Dato' Kamal tergelak. Syukurlah perbincangannya untuk membuka cawangan perniaagaan yang baru di Seoul selesai dalam masa yang lebih cepat dari yang di jangkakan.
"Mana semua orang dalam rumah ni? senyap jer..." tanya Dato' Kamal lagi kepada Mak Minah.
"Err.... Datin ada perjumpaan katanya, Tahir pula awal-awal pagi dah pergi ke pejabat Dato'." jawab Mak Minah. Tangannya yang basah di lap dengan sehelai tuala kecil berwarna merah. "Dato' nak makan? Saya boleh siapkan sarapan.."
"Err takpe, saya dah makan dalam kapa terbang tadi... mmmm... Iman mana? Selalunya pagi-pagi macam ni Iman selalu ada kat dapur ni berborak-borak ngan Mak Minah." Dato' Kamal menuang segelas air suam dan terus di teguknya dengan rakus. Dahaga.
"Iman.... Iman..." Mak Minah mula tergagap-gagap.
"Kenapa dengan Iman? Dia sakit ker?" Dato' Kamal mula cemas. Walau Iman hanya seorang menantu namun dia sangat-sangat sayangkan Iman. Tambahan pula ayah Iman iaitu Pak Hassan pernah menyelamatkannya dari nahas jalanraya kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Jika Pak Hassan tidak keluarkan dia dari keretanya yang sedang terbakar tentu dia sudah lama arwah.
"Iman balik kampung Dato'..." Mak Minah berterus terang.
"Balik kampung? Kenapa tiba-tiba saja balik kampung? Pak Hassan jatuh sakit kah?" Dato' Kamal semakin pelik.
"Errrr... tidak... eh, ya! Mungkinlah Dato
Comments