Chapter 4

Please Don't Love Me
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sudah hampir dua tahun Nurul Iman menyandang status janda. Janda berhias pulak tu. Yerlah, baru usia 22 tahun dah dapat pangkat 'mak janda'. Tak class ke tuh? Sebaik saja tamat tempoh idah dia terus terbang meninggalkan bumi Malaysia yang amat dicintai. Kini dia berada di bumi Korea yang agak asing. Kalau dulu hari-hari dapat bau nasi lemak, dapat rasa sambal tumis emaknya, Mak Temah namun kini hanya kimchi yang selalu bermain di mata.

 

Benarlah setiap kejadian ada hikmahnya. Jika tidak diceraikan mungkin di saat ini Iman semakin resah menanggung caci maki dari bekas suaminya. Mungkin juga dia sudah kurus kering kerana asyik makan hati berulamkan jantung setiap hari. Syukur, kerana kejadian itu dia kini dapat berada di menara gading. Semua ini berkat jasa baik bekas bapa mertuanya sendiri. Siapa lagi kalau bukan Dato' Kamal. 

 

Dato' Kamal... dia adalah ayah ke dua baginya. Ayah yang patut dia hormati sama macam dia hormatkan ayah kandungnya sendiri. Walau dia pernah di sakiti namun jasa baik Dato' Kamal teramat banyak dan sukar untuk di balas dengan wang ringgit. Sejak dia bergelar siswi di Universiti Seoul ini, Dato' Kamal lah yang menampung segala perbelanjaannya baik untuk pelajaran atau untuk kehidupan seharian. Malah Dato' Kamal jugalah yang sering menyampaikan perkhabaran berita tentang ibu dan ayahnya yang berada di kampung.

 

Sebut tentang kampung, hingga ke saat ini penceraian Iman dan Tahir di rahsiakan. Tak sanggup rasanya membiarkan ibu dan ayahnya di jadikan bahan umpatan orang. Biarlah begini. Setidak-tidaknya sehingga dia selesai belajar. Iman nekad mahu mengubah nasib keluarga dan cuba membalas budi baik bekas bapa mertuanya itu sedaya yang termampu. 

 

**************************************************************************

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sishawa
dalam proses untuk buat sequel... wish me luck!

Comments

You must be logged in to comment
KertasUngu
#1
macam best :D update soon!
chacha_ieyra
#2
Chapter 8: walao..syoknya dpt kahwin ngn minhyuk.!!!xD
xoxogirl2 #3
Wah daebak ahhh cite ni
GdsGIRLZ
#4
Awak baru hantar kat saya suruh singgah ff ni... Hati saya tergerak nak singgah .. Singgah jer , baru baca prolog. Dah rasa sebak .. Belum yg seterusnya.. Hahaha thanks..
AsyLai
#5
Chapter 8: maaf baru meng "komen" ayee ai tunggu cerita ni complete baru ai baca :* nice fic btw , :D
AsyLai
#6
Chapter 6: aduh surat tu suwit ayee iman ku sayang
sazaez #7
Chapter 8: Jln cite yg menarik... terkejutzz masa pak hassan ckp dato msuk meminang... hahaha... kalu lg pjg cite ni lg baguskan...
ade planning tulis novel? Ke mmg da de novel tulisan awk??
Anyway, good luck.. teruskan berkarya.. fighting..!!~
volkswagen
#8
happynya saya bila tau akak nk wat sequel utk citer nie.... yes!! deabak!!... excited nk tahu apa jadi pd Iman, Luthfi & yg lain2... authornim hwaiting! ^^,
Chocolate_strawberry #9
Chapter 8: Mcam mna dngan Ex husband Iman?