^^^^2^^^^

Demokratik

"Jungshin kemana Suho menghilang?"

"Dia dah keluar dengan Lay tadi." Jawab Jungshin.

"Bertuah punya budak dia tinggal aku macam itu je."

"Selama ini sunbae tiada dia keluar dengan Lay. Yelah Hoya, Seohyun dengan sunbae semua sibuk dengan aktiviti masing-masing. Hoya sibuk dengan latihan di Pusat Latihan Bola Sepak Negara. Seohyun pula tidak habis-habis ke perpustakaan, entah apa dia buat di dalam itu entah. Sunbae lagilah sebulan sekali baru boleh jumpa." Tengah Jungshin dan Jaejin khusyuk bersembang, Minhyuk datang mencekik leher Jungshin. Selamat dia sekadar bergurau mencekik Jungshin kalau serius mahu tidak Jungshin masuk kubur. 

"Jungshin, aku tunggu kau nak dekat setahun di kantin. Kau tidak muncul pun!"

 

"Akkk... akkk... mian mian, aku lupa." Jungshin memukul-mukul lengan Minhyuk yang mencekik lehernya.

 

Tanpa amaran Minhyuk terpandang Jaejin dan memulakan lakonan sopannya.

"Anyeonghaseyo, sunbaenim. Lee Minhyuk ibnida." Minhyuk menundukkan badanya 90 darjah.

 

"Sedar pula awak hendak panggil saya sunbae. Jangan lupa awak mesti sentiasa panggil saya sunbae." Dengan muka sombong Jaejin bercakap.

 

Minhyuk menelan air liur, alamak! Kenapa ayat Jaejin macam hendak membulinya sahaja.

 

 

"Hahaha.... jangan risau saya bergurau sahaja tadi. Awak berdua panggil saya dengan nama pun bagus juga."

 

Minhyuk bernafas lega, risau juga dia kalau Jaejin sanggup membulinya. Jungshin mengeluarkan suara gelak, dia sebenarnya suka Jajejin kenakan Minhyuk. Muka cuak Minhyuk seperti ayam berak kapur. Siapa sangka akhirnya mereka bertiga menjadi akrab hanya kerana mereka minat benda yang sama, musik.

 

♥¤♥○♡¤♡○♥¤♥○♡¤♡○♥¤♥○♡¤♡○♥¤♥○♡¤♡○♥¤♥

 

Jaejin merenung syiling rumah tiada apa yang dia boleh buat pada waktu ini. Bergurau dengan appa angkatnya tengah hari buta ini memang benda yang mustahil. Hendak ajak Jungshin dan Minhyuk keluar mereka ada latihan di bangunan syarikat. Menghadap kotak ajaib waktu seperti ini memang susah hendak cari cerita menepati cita rasa. Jaejin mengeluh lagi kenapa hidup sesepi ini bila tiada kerja. Secara tiba-tiba telefon bimbit Jaejin berbunyi dia mencapai telefonya dan menjawab panggil Suho.

 

"Amboi, artis antarabangsa seorang ini lama betul hendak jawab panggilan aku." Suho dihujung talian memulakan perbualan.

 

"Aku? Artis antarabangsa? Oh terima kasih. Terima kasih."

 

"Artis antarabangsa yang pemalas pergi sekolah. Kau ada masa tak? Aku hendak ajak kau minum."

 

"Aku sebenarnya sibuk tapi demi kau aku cuba curi-curi lari dari set pengambaran," tipu Jaejin. Dia memang dididik oleh pengurus untuk bercakap seperti dia lah satu-satunya manusia yang sibuk di muka bumi.

 

"Kami ada di kafe AmyChoco kalau dapat datang, datanglah."

 

"Kami?"

 

"Haah, aku, Seohyun dengan Hoya ada disini. Kita minum sama- sama macam dulu."

 

"Jjinjayo?! Nanti aku datang tunggu kejap."

 

"Ok, jumpa nanti." Suho menamatkan talian. Jaejin melompat dari katil dan menukar baju. Sebenarnya dia pelik juga, kenapa tiba-tiba mereka semua tertdetik untuk berkumpul semula setelah lima bulan jarang berjumpa.

 

♥¤♥○♡¤♡○♥¤♥○♡¤♡○♥¤♥○♡¤♡○♥¤♥○♡¤♡○♥¤♥

 

Dengan berkat pemandu yang patuh arahan tuanya Jaejin selamat sampai di kafe Amychoco. Melangkah masuk ke dalam kafe muka tegang Seohyun dan Hoya menyapa pandangan. Hendak dikatakan mereka bergaduh sangat mustahil sebab Seohyun belum pernah bergaduh dengan mereka sepanjang mereka berkawan.

 

"Asal muka korang nampak marah?" Jaejin mengambil tempatnya di sebelah Suho.

 

"Kaulah lambat sangat, aku dahlah banyak lagi kerja hendak buat," balas Seohyun.

 

"Mianhae, korang pun bagi tahu aku lambat." Jaejin tersengih memandang Seohyun. Seohyun rasa seperti hendak tampar muka sengihan Jaejin.

 

Senyap seketika. Masing-masing buntu, tidak tahu ingin bicarakan topik apa

.

 

"Suho kalau tiada apa mahu cakap. Aku mahu balik, kau tahukan petang ini aku ada latihan jadi aku tidak.mahu datang lambat."

 

"Aku pun tidak tahu hendak cakap apa sebenarnya tapi..." Suho bercakap sambil merenung gelas Tiramisu Latte dihadapanya.

 

"Ok bagus! Kau sudah habis cakap. Sekarang aku boleh angkat kaki." tanpa menunggu ayat selanjutnya dari Suho dia terus bangun. Biadap sunggub anak Encik Lee yang seorang ini, sudahlah tadi dia potong ayat Suho sekarang hendak pergi macam itu sahaja.

 

"Ok fine! Kalau kau sibuk sangat pergilah tiada siapa peduli lagi. Selepas tidak perlu susah kita berkumpul lagi. Esok, lusa dan selamanya aku tidak akan tegur korang semua."

 

Tiada riak terkejut dari sesiapa semuanya berlagak normal. Seolah-olah mereka tidak kisah jika persahabatan mereka putus. Sungguh berbeza sebelum mereka masuk sekolah tinggi semuanya berusaha menggembirakan hati masing-masing tapi hari ini saat ini semuanya berlagak tidak mengenali diri masing-masing walhal mereka pernah akrab hinggakan susah untuk berpisah.

 

Tapi kisah ini tidak berakhir lagi. Hanya ada dua perkar yang akan berlaku di penamat mereka akan kembali bersama atau terus berlagak dingin antara satu sama lain...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet