Prolog

Demokratik

 

Langit biru yang dihiasi sang awan putih ditenung Jaejin, memikirkan nasib yang akan menimpa dirinya selepas ini. Dia merenung lagi beg dompetnya lagi. Kosong. Tiada apa-apa bahkan sehelai kertas mahupun secalit habuk tidak ingin datang menjenguk beg  dompetnya. Keluhan Jaejin kedengaran lagi, lebih kuat dari sebelum ini. Beg dompet di masukan ke dalam poket, dia meraup mukanya dengan tangan. apa perlu dia lakukan? Macam dia hendak mencari makan lagi? Adakah dia akan mati kelaparan? Hendak cari kerja majikan mana yang mahu ambil risiko mengambil budak bawah umur bekerja umur Jaejin baru mencecah 14 tahun. 

Jaejin banghn dari tempat duduknya tiada guna dia termenung di sini tanpa sebab baik dia cuba cari rezeki. 500won pun jadilah janji dia boleh alas perut yang sedang berdendang.Tiba-tiba titisan air jatuh di bahu Jaejin. semakin lama semakin banyak titisan yang jatuh, mendarat di badanya. Jaejin memandang langit yang mula gelap. Awan hitam mula berarak dari selatan dengan air-air hujan. Tanpa banyak soal Jaejin berlari mencari tempat beteduh. Nasib ,menyebelahinya, dia sempat berteduh diantara dua bangunan yang dijadikan tempat pembuangan sampah. Biarlah busuk sekali pun janji dia tidak demam angkara hujan.

Seorang lelaki bersama sebuah bass tiba-tiba alau dihadapannya, lelaki berbaju biru itu membuang bass tersebut tanpa belas kasihan, dia terus masuk ke bangunan iri tanpa menoleh ke arah bass yang dibuangnya tadi. Jaejin mendekati bass yang dibuang dan menelitinya. Elok, cantik dan tiada yang rosak, calar pun tidak kelihatan. Jaejin tersenyum hilang sedikit kegusaran di hati, dia boleh juga dia bermain bass ini sebentar menghilangkan bosan. Gitar bass dipetik walaupun bunyinya perlahan tetapi masih boleh didengari. Jaejinterpandang kedai ayam goreng dibangunan sebelahnya, ada beberapa buah speaker di depan pintu. 

Dia bangun dan bertanykan pada jurujual sekiranya dia boleh meminjam sebuah speaker hanya utuk sementara. Dengan ragu-ragu jurujual mengatakan ya. Jaejin mencapai wayar disebelah speaker dan mecucuk di bassnya. Jaejin memetik bassnya rancak walaupun hari hujan orang tetap datang melihat persembahan Jaejin. Cara dia memetik gitar memukau orang sekelilng untuk terus menonton persembahnya.Diakhir persembahan orang bertepuk tangan dan bersurai. 

"Awak memang pandai main bass?" tegur seorang lelaki separuh abad. 

"Erkk..  sikit-sikt tu bolehlah."

"Umur awak berapa? awak tinggal dimana? Awak nampak macam bawah umur mana orang tua awak?"

Mata Jaejin terkebil-kebil, kenal tidak, nampak pun baru hari ini tiba-tiba nak tahu fasal Jaejin. "Erk.. umur saya baru 14 tahun. Saya duduk di Rumah Anak Yatim Taeyang,"

"Kenapa awak boleh ada disini?"

"Saya jalan-jalan sekeliling Seoul tapi tiba-tiba sesat sampai ke Apgujeong," tipu Jaejin hakikat sebenarnya dia lari dari rumah anak yatim. 

'Kruk..' perut Jaejin berbunyi menandakan dia lapar. Orang tua tadi mengusap kepala Jaejin mesra. "Awak lapar? mari kita makan di bangunan itu. Sebelum itu ini kad pakcik. Nanti kita sembang panjang mari ikut pakcik makan dulu," mata Jaejin terkebil-kebil , kaki masih kaku sementara otak terus selamat atau tidak ikut pakcik itu.  Pacik tadi teurs berjalan ke depan, dia ingat Jaejin akan membontotinya.

Jaejin memandang kad pemberian pakcik tadi. 

Han SungHo
CEO FNC Entertaiment

"Sajangnim! Sajangnim! Saya sudi jadi artis awak!" jerit Jaejin. 

Sungho memusing badanya ke belakang, kelihatan Jaejin menundukan badanya 90 darjah. "Macam man awak tahu saya nak jadikan awak artis bawahan saya?"

"Sayakan orang yang berbakat mestilah awak hendak ambil saya sebagai artis. Betul tak?"

"Bagus! Saya suka watak awak. Start hari ini awak akan trainees rasmi nanti saya akan uruskan nama awak di rumah anak yatim awak akan tinggal dengan kawan baru awak." 


"Selamat pagi. Cheondamdong!" jerit Jaejin di depan pintu rumah barunya. Ingatkan dia akan tinggal di asrama dengan trainees tahu-tahu dia dapat jadi anak angkat Sungho.

"Wei! budak tak adab ke jerit pagi-pagi!" jerit salah seorang dari tiga orang kawan yang sedang bersenam di depan rumah jiranya.

 Jaein menunduk badanya berkali-kali pada budak yang kelihatan sebaya denganya. 

"Awak orang baru duduk di perumahan ni? Saya tidak pernah nampak pun?" seorang perempuan diantara mereka bertiga mendekati Jaejin. 

"Oh.. saya anak angkat tuan rumah  ni dia ambil saya semalam." terang Jaejin.

"Ohhh... Han Sungho ajjushi memang baik hati dia selalu tolong orang. Oh ye nama awak apa? Saya Kim Joonmyeon anak Profesar  Kim tinggal di belakang rumah awak." terang lelaki berbaju sweater biru terang.

"Seo Joohyun tapi saya lagi suka kalau panggil saya Seohyun."

"Lee Howon tapi jangan sesekali panggil aku Howon. Panggil Hoya faham?!"

"Lee Jaejin panggil Jaejin cukup." Jaejin menghulurkan tanganya tanda perkenalan. 

"Rasanya kita semua sebaya. Kami 14 tahun, sekolah ByulMoon Elite Middle School," teraang Suho lagi.

"Saya pun 14 tahun selepas ini bolehlah kita jadi kawan."

Ini dinamakan jodoh dalam persabatan, hanya pertemuan singkat yang tidak dijangka ini membawa ke segala suka duka hidup singkat kita. 
Ini dikatakan keindahan dalam persahabatan menempuhi pahit manis hidup bersama.
Ini digelar sahabat tetapi belum tentu untuk selamanya.


Angin yang sepoi-sepoi bahasa menyapa empat orang sahabat di halaman rumah Suho tidak memberi kenikmatan untuk mereka. Semua khusyuk menelaah buku sains. Hoya pusing ke kiri ke kanan berdekatan dengan kereta supaya darahnya membawa oksigen ke otak dan dia boleh mengfahal nama-nama mekanisma organ deria dengan mudah. Suho, Jaejin dan Seohyun pula membuat latihan dengan tenang. Esok itu adalah tarikh keramat untuk peperiksaan terakhir sekolah menengah rendah yang bakal menentu dimana mereka bersekolah tahun hadapan. Atas harapan yang tinggi dari orang tua mereka berempat mesti masuk ke sekolah ByulMoon Elite High School yang menjadi kebanggan penduduk negara repulik Korea. 

Walaupun mereka anak orang kaya tapi bukan semua anak orang kaya yang dapat sekolah tersebut kerana BEHS adalah sekolah untuk anak para pembesar seperti anak menteri-menteri, kapten tentera dan datuk bandar. Memandang tidak ramai anak pembesar yang masih bersekolah, anak orang ternama dibenarkan bersekolah disini. Itupun mereka yang pandai sahaja yang akan diterima.

"Suho ya! Mana buku rujukan saya?" jerit Hoya. Anak orang ini sehari tidak jerit memang tidak sah. Ada sahaja benda yang hendak dimarahnya.

Senyap~ 

"Suho!'

Krik~ Krik~

"Suho!!" 

Hanya angin yang menyapa pipi Hoya. Dia mula naik berang hingga membaling span basah dari sebuah bakul di tepi kereta Hyundai abang Suho. 

Span itu betul-betul melekap di muka Suho. Habis basah semua buku-buku di atas meja. "Yah! Lee Howon!" jerit Suho, dia membaling kembali span yang dibaling Hoya tetapi terkena Jaejin.

Jaejin mengankat mukanya, niat untuk tidak mahu ikut campur jadi terbantut, giliran dia pula membaling tepat di muka Suho. Suho mengelak, dia berlari ke arah Hoya dengan muka cuak. Tidak fasal-fasal span itu terkena di dada Seohyun. 

"Yah! Lee Jaejin! Basah baju saya!" Seohyun mengambil air sabun bekas abang Suho mencuci keretanya. 

"Seohyun! Mianhae saya tidak sengaja!" Jaejin berlari cuba menyelamatkan diri dia berlari keliling halaman rumah. 

"Lee Jaejin jangan lari!" pekik Seohyun. 

'Bedebush' habis basah kuyup Suho dan Hoya, Jaejin yang terselamat kerana di menyorok di belakang mereka. Mata Hoya dan Suho berkedip-kedip, bakul ditangan Seohyun terjatuh. Alamak tersalah 'shot' lagi. 

'Seo Joohyun!!!"

Maka bermula adegan kejar mengejar, Suho mengejar Seohyun dengan hos. Bergegar satu taman perumahan dengan suara mereka. 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet