^^^^1^^^^

Demokratik

Tengahari tanpa awan hari ini menyebab hari menjadi sedikit panas membiarkan ais di tepi jalan mencair. Cuaca yang baik untuk keluar berjalan-jalan bersama teman-teman tetapi ada segelintir dari mereka masih duduk di rumah. Termasuk Seohyun sejak tadi pagi tadi dia membelek seragam BESH yang baru dibelinya semalam. Harga baju sekolah itu sahaja 3 juta won kerana dihiasi dengan bulu biri-biri import dari New Zaelnd dijahit di bahu.

Bertambah mahal dengan lencana yang lain dari sekolah biasa, lencana pin yang dilerbuat dari besi tahan karat. Bukan seperti sekolah lain susah-susah hendak menjahit lencana sekolah. Jenis kain baju pula didalamnya sutera di luar kain sifon berwarna Torquise. Itu belum di campur dengan skrit jenis Pencil Skirt yang selalu diguna wanita berkerjaya ke pejabat. Kalau ditambah dengan baju sukan memang tidak cukup gaji sebulan seorang doktor di klinik kecil.

 

"Hoi! Seohyun bila ko nak berhenti belek baju itu?" sergah Suho dipintu bilik.

 

"Bila masa kau datang?"

 

"Aku tahu lah kau exited sangat sampai kita orang mengintai kau tidak perasan. Nasib baik kau pakai baju kalau tidak, aku tidak tahu hendak cakap apa."

 

Muka Seohyun mula merah, dia membaling bantal empat segi tepat mengena muka Hoya. "Kau cakap macam itu lagi aku pastikan kau tidak sempat jejak kaki kat BEHS. Oh ya, mana Jaejin?"

 

"Kau macam tidak tahu bakal artis tu pergi mana kalau berlatih dengan band dia." balas Hoya sambil berjalan keluar dari bilik Seohyun bersama dua orang sahabatnya.

 

"Sekarang ini susah betul nak nampak muka dia."rungut Suho.

 

"Yelah, orang tengah sibuk nak debut. Esok dia jadi artis kau juga gembira." seloroh Seohyun.

 

"Esok dia jadi artis entah muka dia tidak pernah nampak langsung." Hoya pula berbunyi sedih.

 

Itulah rungutan Hoya dan Suho setiap hari, mereka sebenarnya rindu hendak bermain dengan Jaejin lagi. Sejak Jaejin sibuk jadi pelatih, mereka tidak pernah bergurau senda dengan Jaejin lagi. Sahabat mereka dari rumah anak yatim sentiasa aktif bermain dengan mereka, dia langsung tidak mengucap kata penat.


Di dalam sebuah kereta yang meluncur laju di atas jalan, Suho mencuit-cuit hujung bajunya. Gementar menopoli hatinya, minda berpusing tertanya-tanya. Bolehkah dia bergaul dengan anak-anak ternama disitu? Anak-anak yang hanya tahu erti kesenangan, yang selalu bercakap tentang barangan edisi terhad. Tetapi siapa tahu kalau mereka bercakap hal politik negara, pembangunan negara maju atau mungkin bagai mana hendak memajukan negara untuk masa akan datang.

Pintu kereta Suho dibuka pemandu keretanya,tanpa mengucap terima kasih dia terus melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan putih. Kata abangnya yang pernah bersekolah disini, bangunan itu digelar Rumah Revolusi. Bunyinya memang bombastik sama seperti fungsi, setiap bulan perhimpunan bulanan diadakan disitu untuk memberi berubahan pada pelajar BEHS . Sama seperti maksud namanya Revolusi mengankat erti perubahan.

Pap! Suha rasakan bahunya seperti ditepuk seseorang dia menoleh, muka Jaejin menyapa pandangan. "Jaejin! Lama aku tidak nampak kau."

"Biasalah tu sebulan lagikan aku nak debut mestilah sibuk."

"Sebulan? Kau muda lagi kot, belajar pun tak babis lagi."

"Entah. Aku ikut je cakap appa aku. Tapi apa yang nak dirisaukan sangat, bila aku jadi artis esok aku akan ingat kau selalu dalam mimpi in...."

"Dah, dah jangan nak buat ayat jiwang pula cepat jalan nanti dapat tempat duduk dibelakang."

"Yelah."

Masuk ke dalam dewan, Jaejin dan Suho dapat lihat sebuah pasu kecil diisi lavendra disetiap penjuru dewan. Jaejin meneliti setiap inci dewan pelajar yang diisi kerusi seperti panggung wayang cuma bezanya, merusi dalam dewan ini kusyen dalan dewan ini lebih tebal. Setiap penjuru kerusi diletakkn tempat letak air. Bila dia mengankat kepalanya memandang ke atas ada lagi sususan kerusi di tingkat atas. Adakah ini dewan pelajar atau dewan theater?


Hari ini genap hari ke-101 FTIsland debut, dengan itu pengurus mereka membenarkan berehat dari promosi. Diantara kelima-lima mereka hanya Jaejin kurang gembira,yelah dia bukan dapat berehat sebab terpaksa ke sekolah. Sejak debut Jaejin datang sekolah hanya seminggu sekali. Orang lain datang sekolah lima kali semingggu dia sekali sahaja sebab itu dia bertambah malas ke sekolah. Nasib baik appa-nya paksa ke sekolah macam budak kecil kalau tidak dibuang sekolah terus.

 

Sampai sahaja di depan pintu kelas, kaki Jaejin terberhenti perkataan yang bertulis '5 Massachusetts' pada papan tanda memeningkan otak. Sejak bila pula nama kelas tukar jadi nama begitu pelik bukan ke selama ini nama semua kelas di sekolah mereka menggunakan abjad barat. Mana mungkin dia tersilap sekolah.

 

Melihat gelagat Jaejin yang kebingungan, Lay mengiku Suho disebelahnya. "Kau tengok kawan baik kau itu." Lay menjuihkan bibirnya ke arah pintu kelas.

 

Tiada reaksi dari Suho, dia hanya terus memandang Lay dengan muka tidak bersalah.

 

"Kenapa kau pandang aku?"

 

"Kau lah kawan baik aku."

 

"Hish, bukan aku. Kawan baik artis kau yang depan pintu tu."

 

Suho memusingkan badanya menghadap pintu. "Ahhh, Lee Jaejin. Kenapa dengan dia?"

 

 

"Kenapa dia tidak masuk kelas?"

 

"Entah, biarlah dia tu. Oh ya bila kau nak gubah lagu lagi?" Dengan muka selamba Suho bercakap.

 

Jungshin ternganga,dia ingat Suho akan menegur Jaejin tapi sangkaannya melecet. Dia mengeleng kawan sendiri pun boleh lupa. Tahulah Jaejin sibuk memanjang sampai tiada masa mahu tegur dia. Tidak akan itupun mahu merajuk, fahamlah sikit Jaejin itu sibuk dengan minat dia.

 

Jungshin terus bangun dan  pergi mendekati Jaejin. Dia memaut bahu Jaejin, "Sunbae-nim, tenung apa itu?"

 

"Sejak bila nama kelas ini berubah? Eh? Kejap kau panggil aku sunbae? Setahu aku, kau sekelas dengan aku."

 

"Saya trainees FNC, sunbae. Nama kelas ini bertukar minggu lepas ikut kehendak presiden baru kita."

 

"Patutlah aku pernah nampak kau di bangunan FNC. Tapi nama kelas ditukar dengan begitu pelik."

 

"Nama Massachusetts di ambil sempena nama universiti termahal di dunia. Sekali pengajian sahaja menelan satu juta USD termasuk dengan sewa bilik. Semua kelas dalam sekolah ni telah ditukar nama tanpa sewaktu sunbae tidak datang. Kelas yang pertama Massachusetts, kedua Cambrige, ketiga Imperial, kelas keempat dipanggil Harvard dan kelas terakhir Oxford. Semuanya diambil sempena nama Universiti  termahal dunia.


Loceng yang berbunyi nyaring tetapi kedengaran merdu di telinga pelajar BEHS bergema memenuhi kawasan sekolah. Guru mengakhir sesi penbelajaran mereka, semua pelajar bersiap sedia menyerbu cafe sekolah.  

 

Jaejin mengemas meja yang dipenuhi kertas-kertas kerja. "Su..." Jaejin cuba mengajak Suho rehat bersamanya, malangnya Suho menghilang dari tempat duduknya. Laju betul Suho meninggalkan Jaejin. Sekarang dengan siapa lagi dia hendak keluar rehat. Hoya memang sudah lama tiada disekolah kerana mengikuti latihan bola sepak negara. Seohyun lagilah, dia orang pertama keluar kelas sebab nak ke perpustakaan 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet