Bab 20

Forgive me,Forget me
Please Subscribe to read the full chapter

 

[ FLASHBACK ] [SUZY]

 

Tangan ibu memegang erat tanganku. Aku dapat merasai kehangatan tangan ibu.

Tapi..ibu nak bawak aku ke mana ni ?

Setelah keluar dari kereta yang dipandu ayah tadi,ibu memimpin tanganku menuju ke suatu tempat. Tempat yang asing bagi aku .

Dan kerana rasa takut,aku menghentikan langkahku,dan langkah kaki ibu ikut berhenti.

“Kenapa ni sayang?” Ibu membongkokkan sedikit badannya supaya mukanya setentang dengan mukaku.

“Kita kat mana ni ibu? Suzy tak pernah pun datang sini sebelum ni. Lagipun sekarangkan waktu sekolah,Suzy nak pergi sekolah.” Rengekku sambil menggoncang tangan ibu.

“Kita kat sekolah baru Suzy ni. Mulai hari ni, Suzy akan bersekolah kat sini. Suzy suka tak?”

Aku cepat-cepat menggelengkan kepala. Tidak!

“Suzy tak nak sekolah kat sini..Suzy nak sekolah kat sekolah lama Suzy.” Aku mula menghentakkan kaki tanda protes.

“Janganlah macam ni sayang. Suzy tak kesian ke kat ibu? Tak sayang ibu lagi? ” Ibu mula duduk berteleku di hadapan aku yang pendek ni sambil membelai rambutku.

“Suzy tahu tak,Suzy dianugerahi satu kelebihan yang sangat istimewa ,bukan semua orang boleh dapat kelebihan tu. Suzy boleh ingat dengan cepat dan tepat apa yang Suzy dengar ,walaupun Suzy hanya mendegarnya hanya sekali ..lagi-lagi kalau apa yang Suzy dengar tu,bernada atau berirama. Jadi,ibu tak nak sia-siakan kelebihan Suzy tu. Ibu nak Suzy bersekolah di sekolah seni muzik ni. Ibu yakin,satu hari nanti,Suzy pasti akan menjadi seorang penyanyi yang berjaya. Di sekolah ni dia akan latih Suzy menyanyi ,main alat muzik. Best kan? Lagipun ibu tengok Suzy khusyuk betul bila dengar uncle Yiruma main piano dalam tv. Suzy suka uncle Yiruma eh?” Ibu senyum mengenen. Nak tarik perhatian aku lah tu.

Tapi aku tak de mase nak layan jenaka ibu. Memang aku suka dengar uncle Yiruma main piano,sampaikan aku rasa aku boleh mainkan lagu yang uncle Yiruma mainkan dalam tv tu kalau piano ada depan mata aku sekarang.

 Tapi itu bukan bermakna aku mahu bersekolah di sini.

Aku tak nak !!

“Suzy tak nak sekolah kat sini!!” Aku jerit betul-betul depan muka ibu dan terus berlari ke arah jalan raya meninggalkan ibu.

 Dalam fikiranku,aku ingin pergi ke sekolah asalku. Di sana aku ada ramai kawan. Aku tak nak pindah sekolah!

Dan tanpa aku sedar,sebuah motosikal sedang meluru laju ke arahku.

“Suzy-ahh..” dan serentak itu,aku mendengar jeritan ibu memanggil namaku. Tapi belum sempat aku berpaling memandang ibu,seseorang menolak tubuhku dan aku akhirnya terjatuh di tepi jalan.

“Yuri-ah” Kini,aku mendengar jeritan ayahku pula. Kenapa ayah menjerit memanggil nama ibu?

Dan pada ketika itu juga,sorang wanita yang kelihatan sebaya dengan ibuku mendekati aku dan terus mendukungku. Dia nampak cemas sambil memeriksa tubuhku.

“Adik ada rasa sakit kat mana-mana tak??”

Aku geleng .

Siapa wanita ni? Mana ibu?

Tak lama selepas tu,ada seorang lelaki yang agak berumur mendekati wanita yang sedang mendukungku ini.

“Cikgu Sooyoung,anak encik dan puan ni tak apa-apa ke?” tanya lelaki itu. Kenapa pak cik ni pun nampak cemas semacam ?

“Saya dah tengok seluruh badan dia,tak ada luka. Dia pun cakap tak de sakit kat mana-mana.” Wanita itu seperti memberi laporan kepada pak cik yang memakai kemeja merah dan bertali leher keemasan itu.

“Kalau macam tu tak pe lah. Saya dah call ambulans untuk bawa arwah ke hospital.”

Arwah?

Walaupun aku masih kecil,tapi aku tahu apa maksud arwah. Maksudnya seseorang yang sudah meninggalkan dunia ini dan tak boleh kembali lagi. Tapi siapa yang meninggal?

Mataku melilau mencari ibu. Mana ibu?

 Tadi aku rasa ibu ada dekat dengan aku masa ibu jerit nama aku. Tapi kenapa sampai sekarang aku tak nampak ibu. Aku pandang ke arah kereta ayah,ayah tak de dalam kereta. Mana ayah? Mana ayah dan ibu?

Aku mula rasa takut dan mula meronta dalam dukungan wanita itu. Air mataku mula mengalir.

“Kenapa ni adik? Adik sakit ke?” Se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
hye..readers semua..chapter 21 telah diupdate..happy reading..^^..hope dpt bersua di ruang komen..hehe

Comments

You must be logged in to comment
widdy_R
#1
Chapter 29: althought only a few who understand, but I know it's very nice and so sad
MAYUYU12 #2
It would be great if you make an English version for this.
bobohuge #3
Chapter 29: Can u make english version????? Please,,. I like ur video trailer for this ff in youtube. I was sure, the story that u made is great, but i don't understand bc of the language.
lunaticmoon
#4
From Mad House review shop : maaf sebab ambil masa yang terlalu lama. review anda sedia untuk di pick up:
http://www.asianfanfics.com/story/view/989388/3
Chanlu_kaihun
#5
Chapter 29: Huwaaaaaa!!! Baekhyun!!! Kenapa mesti dia?!!! Nk happy ending :'(
Btw good job author. Love it so much!!!
atikahbp #6
Chapter 29: huwaaahhh authornim daebakkk smpa nangis T_T
son_haera #7
Chapter 29: huwaaaaaaaaaa T^T authornimmm daebaklahhh authornim buat sampai sye nangis T^T lol btw klu ade story lain yng authornim buat bglaa kt sye..sye nk bce
Yourscent #8
Chapter 29: Omg asal sedih sgt ni T^T Baek don't go! Adakah ini yg dinamakn takdir? *lap hingus*