Bab 21

Forgive me,Forget me
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Seungho`s POV

 

Tak sampai seminit aku tunggu,Baekhyun dah muncul depan aku tanpa ada segaris pun senyuman di bibirnya. Tapi tak kisahlah …asalkan dia tetap sudi tepati janji. Itu dah memadai.

“Ada apa kau nak jumpa aku?” soalan pertama yang dia ajukan kepada aku sebaik sahaja dia tiba di padang bola ini.

Tak sabar-sabar betul la Baekhyun ni. Kalau ye pun duduk la dulu kat sebelah aku ni ha. Carpet hijau a.k.a rumput dah terbentang luas untuk menghalang pakaian sesiapa sahaja yang duduk di atasnya kotor terkena tanah. Hirup udara petang yang segar sambil lepak-lepak dengan aku. Aku pun nak merasa jugak lepak dengan kawan baru!

Yeay!! Aku dah jumpa imagination friend aku,Byun Baekhyun.

Akhirnya,bukan dia yang duduk,aku yang bangun. Aku tengok pakaian dia dah bertukar,dah tak pakai baju sekolah lagi. Ni mesti balik dulu rumah,salin pakaian,baru datang sini semula sebab dah janji untuk bertemu dengan aku. Untunglah,ada basikal.

Aku pulak masih pakai baju sekolah sebab lepas je pembelajaran tamat tadi,aku terus je pergi ke padang sekolah ni. Bukan sebab aku janji nak jumpa dia sejurus selepas tamat persekolahan,tapi  aku sengaja nak habiskan masa aku duduk kat padang ni…mengimbau kembali kenangan aku bermain bola sepak dengan rakan-rakanku di sini.

Di sinilah tempat aku merasai kesakitan setiap kali aku terjatuh… di sinilah tempat aku belajar bangun semula walaupun dah banyak kali aku tersungkur,jangan pernah putus asa. Di sinilah juga tempat aku bersorak kegembiraan bersama rakan-rakan apabila pasukan kami menang, dan di padang inilah …aku membina sebuah impian.

Sebenarnya,aku bukanlah seorang insan yang mempunyai bakat yang boleh dibanggakan dalam bidang muzik ni,aku juga kurang berminat dengan muzik…tapi entah kenapa,aku sendiri yang memilih bidang ni tanpa paksaan dari sesiapa pun. Hati aku mengatakan yang tempat aku adalah di sini..di Kirin High School. Di sisi Suzy.

 Aku masuk sekolah seni muzik sejak dari middle school lagi. Pada masa tu,aku belum jumpa lagi apa minat dan impian aku. Tapi sejak aku masuk high school,dan sejak pertama kali aku golkan bola yang aku sepak…aku rasa aku dah temui impian aku. Aku ingin menjadi seorang pemain bola sepak yang handal. Tapi semuanya dah terlambat,aku dah memilih bidang muzik ini dari mula,jadi..aku harus teruskan. Lagipula,kalau aku terus bersekolah di sini,kan ada Suzy. He he he..

Aku dah sms ibu memintanya untuk menjemputku lewat dari sekolah hari ini. Mula-mula,ibu berkeras untuk menjemputku juga setelah tamat sahaja persekolahan,tapi bila aku cakap…

 

“Ibu..please. Seungho ada sesuatu yang penting yang Seungho mesti lakukan hari ni juga. Dan kalaulah ..kalaulah Seungho ditakdirkan mati keesokan hari,Seungho akan menyesal kalau tak sempat lakukannya. Ibu tak nak Seungho pergi dalam penyesalankan?”

 

Ibu akhirnya akur dan mengingatkan aku supaya jangan terlalu penat.

Ibu sayang sangat kat aku.

Aku jugak sayang ibu! Sayang ibu sampai hembusan nafasku yang terakhir !

Aku mula memberi tumpuan kepada tujuan asal aku megajak Baekhyun untuk berjumpa.

Aku pandang tepat muka pemuda yang memakai cermin mata itu. “Kau suka Suzy??”

Straight to the point aku tanya,tak de bengkang-bengkok lagi dah.

Muka Baekhyun yang macam tak mempunyai perasaan tadi terus bertukar,mungkin terkejut setelah mendengar soalan mengejut aku itu.

“Kenapa kau tanya aku macam tu?” Dia tak menjawab soalan aku,s

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
hye..readers semua..chapter 21 telah diupdate..happy reading..^^..hope dpt bersua di ruang komen..hehe

Comments

You must be logged in to comment
widdy_R
#1
Chapter 29: althought only a few who understand, but I know it's very nice and so sad
MAYUYU12 #2
It would be great if you make an English version for this.
bobohuge #3
Chapter 29: Can u make english version????? Please,,. I like ur video trailer for this ff in youtube. I was sure, the story that u made is great, but i don't understand bc of the language.
lunaticmoon
#4
From Mad House review shop : maaf sebab ambil masa yang terlalu lama. review anda sedia untuk di pick up:
http://www.asianfanfics.com/story/view/989388/3
Chanlu_kaihun
#5
Chapter 29: Huwaaaaaa!!! Baekhyun!!! Kenapa mesti dia?!!! Nk happy ending :'(
Btw good job author. Love it so much!!!
atikahbp #6
Chapter 29: huwaaahhh authornim daebakkk smpa nangis T_T
son_haera #7
Chapter 29: huwaaaaaaaaaa T^T authornimmm daebaklahhh authornim buat sampai sye nangis T^T lol btw klu ade story lain yng authornim buat bglaa kt sye..sye nk bce
Yourscent #8
Chapter 29: Omg asal sedih sgt ni T^T Baek don't go! Adakah ini yg dinamakn takdir? *lap hingus*