....SAD ENDING

Idiot Housemates
Please Subscribe to read the full chapter

 

Masa berlalu sangat pantas . Tinggal 3 hari sahaja lagi Hyuri akan berpindah ke rumah mak cik nya .

  Loceng menandakan waktu balik berdering . Semua murid keluar dari kelas kecuali Hyuri . Dia melangkah ke arah meja guru kelasnya .

"Cikgu,saya... Saya nak minta maaf .."

"Hari ni hari terakhir awak sekolah sini kan?"

"Y...Ya.. Terima kasih cikgu sebab dah ajar saya selama ni..." Kepalanya ditundukkan ke bawah.

"Dekat sekolah baru nanti, jaga diri elok-elok."

Hyuri tersenyum dan mengangguk. Dia kemudiannya berjalan keluar ke kelas.

  Jungkook menunggu Hyuri di hadapan pagar utama sekolah .

"Lama ke kau tunggu?"

"Takdelah lama sangat . Dah,jom balik?"

  Mereka berdua pulang dari sekolah . Hyuri mengalihkan pandangannya ke arah Jungkook . Jungkook memandangnya semula .

"Kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan muka aku??" Wajahnya disentuh-sentuh.

"T...tak... Aku... Aku cuma nak tanya ni.. Ehmm,tolong describe aku please?"

Hmm,.. Kau ni baik, cantik, comel, penyabar, cheerful, pinggan aku, selalu baling kusyen kat aku,mulut bising, banyak complain...-"

"Shhhh okey cukup! Hmm, kau rasa... kau boleh handle diri kau tak kalau aku takde kat rumah tu? I mean like... aku tahu aku bukannya penting sangat dalam rumah tu cuma...-"

Jungkook menghentakkan kakinya dan membuatkan Hyuri terhenti langkahnya. "Kau gila ke?! Macam mana aku nak handle diri aku kalau kau takde?!! Siapa nak buat kerja-kerja rumah yang berlambak kat rumah tu?! Siapa yang nak bagi information pasal sekolah kat aku kalau aku ponteng...?"

  Hyuri tertawa . Tapi,tawanya jelas kedengaran, palsu. Dia rasa bersalah terhadap Jungkook . Tak lama lagi dia akan tinggalkan Jungkook juga .

"Jungkook,nanti jom nak kita study sama-sama?"

"Macam... date ke?"

Hyuri mengeluh. "Ke situ pulak kau fikir... hm, yalah lebih kurang macam tu la kot."

"Yeayyyyy mestilah boleh!! Dah jom balik rumah cepat~ aku tak sabar ni!! Kan best kalau kita boleh study sama-sama setiap hari??"

  Hyuri tersenyum lemah . Ya, mungkin 'date' . Tapi buat kali yang terakhir . Hari ni sahaja .

==================

  Jungkook tersenyum macam kerang busuk . Tidak henti-henti menunjuk giginya yang putih itu kepada Hyuri .

"Susahnya soalan ni..." Buku latihan Matematik itu ditutup. "Aku rasa takde mood lah nak study..."

"Kalau macam tu,jom kita date!!"

" Kau dah lunch ke belum?"

"Dah,aku makan Tae hyung punya makanan atas meja. Dia tertinggal pagi tadi sebelum pergi kelas memandu.."

"Haihh apalah jadi kat kereta yang Taehyung bawa tu..."

"Betul cakap kau tu hahahaha!" Meja bulat itu menjadi mangsa hentakan Jungkook. "Apa-apa pun, kenapa kau tiba-tiba nak layan aku macam ni? Selalunya bukan main kau marah-marah aku..."

"....Sekali-sekala,apa salahnya kan? Bukannya selalu aku macam ni."

"Kan bagus kalau hari esok-esoknya kau still nak borak-borak dengan aku macam ni? Betul tak?" Dia memandang tepat-tepat ke arah Hyuri.

  Hyuri terdiam selepas mendengar Jungkook berkata 'esok-esoknya' . Lusa merupakan malam terakhirnya duduk di rumah ini .

"Eh mangkuk. Jimin kata kau ni kawan rapat Yoongi? Betul ke? Korang berdua tak nampak macam rapat pun?"

Jungkook mendiamkan dirinya buat beberapa detik. "Nak... aku jawab ke?"

Hyuri mengangguk.

"Sebenarnya..., aku dengan Yoongi hyung ada konflik sikit... lepas kejadian tu, kitorang berdua dah tak berapa rapat..." Jungkook menggeleng-gelengkan kepalanya; perit hatinya apabila mengenangkan perkara itu semula.

"-Dahlah. Aku... Aku masuk rumah dulu." Inilah kali pertama Jungkook kedengaran serius.

Hyuri masih lagi duduk di pondok kecil itu. Keadaan di situ nyaman. Dikelilingi pokok-pokok yang menghijau, angin sepoi-sepoi dan juga bunyi-bunyi burung berkicauan.

Selepas ini, semuanya tidak akan ada lagi.

===================

  Hoseok mengetuk pintu bilik Hyuri berkali-kali.

"Apa kau nak???"

"Alaaaa macam biasalah... Tengoklah aku menari~" suaranya sengaja dilenggokkan.

Pintu bilik dibuka. "Hmm bolehlah..."

" Serious kau nak tengok aku menari??"

"Selama ni kau ajak aku mana pernah nak. Cepatlah!! Kau nak menari kat mana?"

Tangan Hyuri digenggam. "Thankyou Hyuri!!"

"O...Okay... ."

  Tangan Hyuri ditarik ke dalam sebuah bilik yang terletak di tingkat bawah rumah itu . Hyuri tidak sangka rumah itu terdapat bilik khas untuk menari .

"Kenapa selama ni aku tak tahu bilik macam ni wujud kat rumah ni...?" Mulut Hyuri terlopong memandang sekeliling. Bilik itu sangat... luas.

"Sebab kau tak discover lah kau tak tahu~" Hoseok menepuk bahu Hyuri dan tergelak.

"Aku duduk sini eh?"

"Duduklah~ Kau tengok aku menari.. Nanti kau rate okay?"

  Hyuri tidak menjawab . Hoseok memainkan lagunya dan terus menari di hadapan Hyuri. Hyuri hanya melihat gerak-geri Hoseok yang sedang lincah menari tapi fikirannya bukannya tertumpu ke arah tentang tarian Hoseok . Perkara lain sedang berlegar-legar di dalam kepalanya . Ini mungkin kali terakhir dia akan luangkan masanya bersama Hoseok. Dia mengeluh lemah .

"Hyuri-ahhh!! Kau tengok ke tak ni??"

"Kau nak aku cucuk mata kau ke?!! Aku tengoklah!!"

"Hmm,so tolong rate."

Hyuri berdiri dan menunjukkan tanda 'good' menggunakan ibu jarinya. "Aku bagi 100 bintang, 50 thumbs up,0 boo. Okay kan?"

"Kan bagus kalau sampai bila-bila kau boleh spend time dengan aku macam ni?" Hoseok tersenyum manis.

Minggu depan,aku nak berlatih lagu lain pula! Minggu depan kau tengok lagi tau!"

  Hyuri mendiamkan diri . Minggu depan dia sudahpun pindah. Dia keluar dari bilik itu dan duduk di atas sofa .

Sedang dia duduk, dia ternampak Yoongi berjalan keluar dari rumah.

"Ehhh Yoongi!! Kau nak ke mana?"

"Nak ke mana lagi,aku nak main basketball kat luarlah.. kenapa?"

"Nak ikut~"

Yoongi berkerut dahi. "Kau nak main basketball juga? Kau pandai ke?"

"Aku cuba~ Kau sorang je ke?"

"Hm" Yoongi membalas. Bosannya jawapan dia tch.

  Hyuri bangun dari sofa dan terus keluar dari rumah . Dia membuntuti Yoongi ke suatu tempat .

"Hmm, nak bola?"

Sebiji bola keranjang diberi. "Kau pandai-pandai la practise, aku nak warm up jap. Lepas warm up, kita lawan. Okay?"

"Okay,aku cuba ."

  Hyuri tersenyum . Dia berdiri di tengah-tengah tapak bola keranjang itu . Matanya hanya tertumpu ke arah Yoongi yang sedang berlari sekeliling tapak itu sahaja. Tiba-tiba dia terduduk . Selepas ini,dia tidak akan luangkan masa lagi bersama Yoongi macam ni . Dia mengeluh dan menutup wajahnya.

"Hyuri, kau okey?"

Hyuri berdiri dan mendabik dada. "Semestinya aku okey! Kau tak nampak ke muka aku tengah ready nak tangkap bola ni?"

"Betul ni kau boleh tangkap bola? Ingat masa tu kau...-"

"BAGI JELAH BOLA TU!"

  Yoongi mencampakkan bola itu kepada Hyuri. Kasihan... . Hyuri ni tangan bangku . Nak tangkap bola pun tak pandai. Bola itu tepat-tepat mengenai kepala Hyuri dan melantun ke bawah .

"Yoongiiiiiii!!! Kau baling macam mana?!! Sakitlah terkena kepala aku!! Dahlah,aku tak nak mainlah!!" Dia menghentakkan kakinya beberapa kali.

"..Hyuri...."

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AssiraNKim #1
Chapter 31: Why must you do this to me huwaaaaaa
scyaheeda
#2
Chapter 31: Author nim kot ye pun nk memasak jgn potong bawang kat sini.. ㅠ_ㅠ
ChoiHyeNa-ssi #3
Chapter 31: X sabar nk tunggu chapter seterusnya
SeyoonExoBts #4
Chapter 29: awak ada fb?
SeyoonExoBts #5
Chapter 18: hyuri & suga(yoongi)-hyuyoon
SeyoonExoBts #6
Chapter 15: sweet sangt....saya pun taejin shipper...
SeyoonExoBts #7
Chapter 10: wah bestnya..saya ship HyuMin..dorg sesuai...
Coco_Cherry #8
Chapter 29: Omg sye menangis~ Terima kasih sgt² ~ Ff nih daebak !
Tapi yg yoongi nih ? Em em utk sequel ke ? Takpe takpe sye tggu je pape pun ^_^
Okay tataaa~
scyaheeda
#9
Chapter 29: Author nim adakah ini preview bg next season?
Yuuna_Chanyeol #10
Chapter 28: Serious awak berjaya bwdkan sya menangis .i give 1000 bintang 100 thumbs up 0 buu .. Sumpah best .. Nnt klu ad season 2 mcm mna saya na taw ?