MAKNAE DAY

Idiot Housemates
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

  Yoongi mendiamkan diri dan tertunduk ke bawah. Hyuri hanya menatap wajah Yoongi,. tepat-tepat ke matanya. "O...Oh...," Entah kenapa, lidahnya serta-merta menjadi kelu untuk berkata-kata.

"Yah,macam tu ke nak confess kat someone?" Kepalanya digaru. Pertanyaan Hyuri membuatkan dia terkejut sedikit. "Hish, suka hati kaulah. Yang pasal kau suka aku tu,.. Tolong faham okey, aku tak suka kau." Yoongi membalas pandangan ke arah Hyuri dengan riak wajah selamba .

"Eiii,perasan . Aku cuma berlatih je."

Yoongi mendiamkan dirinya semula, Adalah perasaan kecil hati sedikit. Dia bermain-main dengan rambut Taehyung menggunakan kakinya . "Kau nak confess kat siapa sebenarnya?" Walaupun dia bercakap dengan Hyuri,namun matanya tetap tertumpu ke arah rambut jingga milik Kim Taehyung .

"Se... Sebenarnya aku...."

"YAHHHHH!!!" Suara Hoseok lantang bergema dari dapur .

Hyuri dan Yoongi bergegas ke dapur .

"Kenapa???" Hyuri menyoal .

"Mana pergi semua coklat dengan air oren yang ada dalam peti sejuk nii? Mahal-mahal aku beli,semuanya hilang!!"

"Kau pergilah tanya Taehyung. Confirm dia tahu ." Yoongi mengeluh . Ingatkan apa kes lah tadi . "Taehyung!! Kau memang menempah maut kan?!" Hoseok menjerit sekali lagi . "Taehyung tengah tidurlah . Takde guna pun kalau oppa jerit-jerit macam ni. Pergi simbah dia dengan air panas ."

Tiba-tiba telefon bimbit Hyuri yang berada di dalam pocket berbunyi.

"Ahh mati aku . Namjoon oppa call.." Air liurnya ditelan. "Yeobosseyo?"

"Kenapa awak tak sekolah?" Suara Namjoon seperti hendak menjerit dan menengking Hyuri . Mujurlah Hyuri seorang perempuan . "Er... Tak, sebab... terbangun lambat.. Mana awak tahu ni??"

"Takdelah, guru kelas awak call tadi.. dia kata awak dengan Jungkook tak datang sekolah . By the way, awak ada beritahu sesiapa tak yang awak ni sebenarnya bukan cousin Jungkook?"

"Tak...? Kenapa??"

"Itulah, guru kelas awak dapat tahu yang awak ni bukan cousin Jungkook . Dia kata dia nak bukti betul-betul yang awak ni cousin Jungkook ."

Mulut Hyuri terlopong luas. "What?!! Ma...Macam mana...?"

"Guru kelas awak nak datang rumah . Esok petang ."

Dia kelu buat seketika.

"Dahlah Hyuri, kita sambung bincang nantilah . Bye ." Talian ditamatkan .

Telefon bimbitnya dicampak dan tepat-tepat terkena wajah Taehyung. "Anniyaaaaaaaa!!!"

"Kenapa??" Hoseok menggaru-garu kepalanya, keliru.

"Guru kelas aku nak datang rumah esok.... Habislah, macam mana ni?? Dia nak jumpa dengan parents Jungkook.."

Hyuri berlari anak ke arah Jungkook . Pipi Jungkook ditampar beberapa kali sehingga meninggalkan bekas.

"Yahhh mangkuk!!! Bangunnn!!!!"

Jungkook terbangun dan menolak Hyuri ke tepi . "Sakitlah,pinggan!! Hmmm,nak apa?" Matanya digosok-gosok. "Guru kelas kita nak datang sini esok petang!!"

"Jinjja??!!" Mata Jungkook terbeliak . Lengan Jungkook ditarik beberapa kali . "Macam mana ni?? Dahlah rumah bersepah, toilet busuk... Jeon Mangkuk,macam mana ni??"

Idea mula muncul di minda Jungkook . "Hari ni tak sekolah kan?"

"Tak . Kenapa??"

Senyuman sinis mula terukir di bibir Jungkook . "Kejut semua hyung, biar diorang tengok aku ni sebagai seorang maknae yang berdisiplin~"

"Ta..tapi..." Hyuri membantah .

"Aku kata apa?!! Kejut semua hyung kan?!! Takyah banyak kata! Pergi cepat!!" Jungkook mengarah Hyuri . Entah kenapa, tiba-tiba Hyuri hanya menurut perintah Jungkook . Walaupun selalunya Hyuri yang menang dalam perdebatan mereka berdua, hari ni jadi lain sikit .

Hyuri memanjat tangga dan pergi ke bilik Jimin . Haihh, Jimin . Dia malas nak ketuk pintu, jadi dia masuk sahaja ke dalam bilik yang tak berkunci tu .

"Jimin!!!! Bangun!!" Hyuri menjerit dengan suaranya yang nyaring. "Arghhhhh telinga aku!" Jimin mengambil bantalnya untuk menutup telinga. Bantal lembut yang terjatuh dari katil dikutip. Dia memukul Jimin berkali-kali menggunakan bantal tersebut. "Bangunlah Jimin!!!"

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AssiraNKim #1
Chapter 31: Why must you do this to me huwaaaaaa
scyaheeda
#2
Chapter 31: Author nim kot ye pun nk memasak jgn potong bawang kat sini.. ㅠ_ㅠ
ChoiHyeNa-ssi #3
Chapter 31: X sabar nk tunggu chapter seterusnya
SeyoonExoBts #4
Chapter 29: awak ada fb?
SeyoonExoBts #5
Chapter 18: hyuri & suga(yoongi)-hyuyoon
SeyoonExoBts #6
Chapter 15: sweet sangt....saya pun taejin shipper...
SeyoonExoBts #7
Chapter 10: wah bestnya..saya ship HyuMin..dorg sesuai...
Coco_Cherry #8
Chapter 29: Omg sye menangis~ Terima kasih sgt² ~ Ff nih daebak !
Tapi yg yoongi nih ? Em em utk sequel ke ? Takpe takpe sye tggu je pape pun ^_^
Okay tataaa~
scyaheeda
#9
Chapter 29: Author nim adakah ini preview bg next season?
Yuuna_Chanyeol #10
Chapter 28: Serious awak berjaya bwdkan sya menangis .i give 1000 bintang 100 thumbs up 0 buu .. Sumpah best .. Nnt klu ad season 2 mcm mna saya na taw ?