DESTINY...? NO..?

Idiot Housemates
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Bawang dipotong dadu dengan berhati-hati. Buat sementara waktu ini,dia perlu menggantikan Jin membuat kerja di dapur, kerana keadaan Jin yang masih belum pulih sepenuhnya. Hyuri mengeluh. Tidak sangka melakukan kerja di dapur adalah lebih sukar dari mengemas rumah, mencuci baju serta menyidainya (tetapi membasuh tandas adalah jauh lebih sukar)

Tiba-tiba Jimin masuk ke dapur dan membuka peti sejuk .

"Morning Hyuri ." Sapaan Jimin membuatkan dia terkejut.

"M...Morning, Jimin." Hyuri membalas sepatah .

Jimin membongkar peti sejuk itu dan mencari sesuatu . "Erghhh mana coklat aku ni?? Weyh,kau tahu tak kat mana Taehyung sembunyikan coklat dia??"

"Kau kata coklat kau,apsal coklat dia pula?"

"Dia curi coklat aku! Mesti dia simpan dalam peti sejuk ni..." Jimin berkerut dan sambung membongkar peti sejuk itu.

Hyuri tergelak . "Jimin, kalau bab-bab makanan macam coklat ni... Satu tempat je dia simpan ."

"Kat mana??"

"Carilah dalam bilik dia~"

Jimin memetik jari. "Thank you, Hyuri!" Kakinya dituju ke bilik Jimin,.

"Eh,Jimin! Tunggu!" Pergelangan tangan Jimin digenggam.

"Kenapa?"

"Aku..." Kata-kata Hyuri agak tersekat-sekat. "Kau apa?" Dahi Jimin dikerut.

"Aku suka...kau."

Jimin terdiam . Kerutan di dahi semakin menghilang. Perlahan-lahan senyuman di bibir terukir. Wajah Hyuri dipandang kosong, tersedar akan apa yang sedang berlaku, Hyuri dengan pantas meleraikan genggamannya. "S...Sorry, aku tak...-"

"Kamsahamnida~" Jimin menunduk sedikit dan melambaikan tangannya. "Bye! Aku nak pergi selamatkan coklat aku dulu!"

Susuk tubuh Jimin menghilang di hadapan mata . Hyuri terkaku . Apa yang dia telah lakukan sebentar tadi? Kenapa dia cakap macam tu? Ahhhhh lembapnya!

"Ahhhh aku ni dah kenapa?!! Tak betul ke?!! kenapa aku cakap macam tu?!! Aku bukannya suka dia!! Kenapa aku selalu rasa macam ni??" Kepalanya dihentak kuat ke dinding beberapa kali..

Entah dari mana, Jin muncul di situ. "Hyuri...? Apa awak buat ni...?" Dahinya berkerut memandang Hyuri yang berkelakuan pelik .

"Err... Heee takde apa-apalah~ Banyak nyamuk,sebab tu saya hentak sikit kepala ni." Alasan yang diberikan agak tak masuk akal, tapi... Lantaklah. "Err... Kepala awak dah okay? Sakit lagi ke?"

"Adalah masih pening-pening sikit.." Jin menyentuh lembut kepalanya yang berdenyut kesakitan kemudian memandang ke Hyuri . "Baru saya perasan . Muka awak ada lukalah . Kenapa?"

"Saya... Jatuh longkang kat sekolah.."

"Ahhhh~" Kepala Hyuri diusap lembut . "Next time, hati-hati okay? Sorry saya tak dapat tolong awak masak.. Bahu saya masih sakit.."

Hakikatnya Hyuri MENIPU . Dia bukannya jatuh longkang tetapi dia dibuli dengan budak-budak sekolah itu sepanjang Jungkook ponteng sekolah . Dia tidak mahu menyusahkan Jin dan membuat Jin rasa bersalah kerana dialah punca utama Jungkook ponteng sekolah .

"Hahaha takpe.. Saya boleh masak . Awak rehat dulu ya?"

Jin membalas dengan senyuman dan beredar dalam sekelip mata . Hyuri tertunduk dan mengurut dahinya. "Aish....Apa aku dah buat tadi??? Ahhhh,gila lah aku ni..." Mulutnya terkumat-kamit menyumpah diri sendiri.

Hyuri asyik sangat memikirkan tentang kejadian tadi sehingga tidak sedar yang dia sudah terpotong sebahagian dari jarinya sedikit .

==========================================

Kesan lukanya ditenung kosong. Dia mengeluh dan menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba...

Pintu bilik Hyuri dikuak luas . "Yah Hyuri!!" Taehyung dengan tergopoh-gopoh menghampiri Hyuri dan memegang tangannya erat . "Kau okay tak?!"

"Oi,janganlah genggam tangan aku!! Sakitlah!"

"Uish teruk ni! Jap,aku call ambulance . Sabar okay?! Bertahan ya!" Taehyung mengendahkan kata-kata Hyuri sebaliknya dia menggelabah mencari telefon .

"Tae,tolonglah . Luka kecil je pun . Bukannya aku mati pun sampai nak call ambulance bagai..."

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AssiraNKim #1
Chapter 31: Why must you do this to me huwaaaaaa
scyaheeda
#2
Chapter 31: Author nim kot ye pun nk memasak jgn potong bawang kat sini.. ㅠ_ㅠ
ChoiHyeNa-ssi #3
Chapter 31: X sabar nk tunggu chapter seterusnya
SeyoonExoBts #4
Chapter 29: awak ada fb?
SeyoonExoBts #5
Chapter 18: hyuri & suga(yoongi)-hyuyoon
SeyoonExoBts #6
Chapter 15: sweet sangt....saya pun taejin shipper...
SeyoonExoBts #7
Chapter 10: wah bestnya..saya ship HyuMin..dorg sesuai...
Coco_Cherry #8
Chapter 29: Omg sye menangis~ Terima kasih sgt² ~ Ff nih daebak !
Tapi yg yoongi nih ? Em em utk sequel ke ? Takpe takpe sye tggu je pape pun ^_^
Okay tataaa~
scyaheeda
#9
Chapter 29: Author nim adakah ini preview bg next season?
Yuuna_Chanyeol #10
Chapter 28: Serious awak berjaya bwdkan sya menangis .i give 1000 bintang 100 thumbs up 0 buu .. Sumpah best .. Nnt klu ad season 2 mcm mna saya na taw ?