spin off

Jantung

 

SPIN OFF 


Nafas yang separa sesak ditarik dalam. Pukulan yang dihadiahkan Sehun tadi sudah pasti akan memakan masa berhari-hari untuk sembuh sepenuhnya tapi tak mengapa, dia faham. Perlahan Kai cuba bangun, mata dikatup rapat menahan sakitnya raksa diri. Darah di hujung bibir disapu suci lalu selangkah demi selangkah kakinya berjalan masuk ke dalam rumah hingga sampai ke bilik Zulaika.

Di hujung pintu yang sedia terbuka, dia lihat Sehun melutut di sisi katil gadis yang tidak bernyawa itu. Digenggam erat tangan pucat Zulaika sambil dahi ditekap rapat ke atas belakang tangan gadis. Sehun menangis. Menangis yang teramat sakit ibarat diri yang baru kehilangan satu cinta bukan satu sahabat baik. Kai hairan. Ruang di antara bulu keningnya berkerut tiba-tiba.

Melangkah dia ke arah lelaki itu dan diletakkan dua tapak tangan di sisi bahu Sehun lalu dibawa berdiri menghadapnya.

"Dah la. Tak guna menangis untuk orang yang dah tak ada," pujuk Kai sebelum memeluk lelaki yang lagi satu, mengusap belakang dia.

Lagi esak Sehun menangis di bahu Kai.

"Tapi aku sayang dia. Sayang yang lebih dari kawan," tutur Sehun dalam tangisan.

Bulat mata Kai mendengar apa yang baru keluar dari mulut Sehun. Tangan terus berhenti bergerak dan kaki sudah melangkah ke belakang setapak.

"B-Bukan kau kata kau kawan saja dengan dia?" tanya Kai keliru.

"Sengaja aku cakap macam tu dulu sebab tak nak kacau hubungan kau dengan dia. Dia girlfriend kau kan," balas Sehun dengan airmata yang masih mengalir.

Tak sedikit pun pernah terlintas dalam fikiran Kai tentang apa yang diperkatakan. Dia tahu selama ini Sehun cuma berpura-pura punya kekasih di hadapan Zulaika. Kata dia dulu kerana tak mahu gadis itu rasa bersalah melebihkan Kai dari dirinya. Tak. Tak pernah dia sangka Sehun rupanya ada perasaan terhadap Zulaika.

Sesaat lepas itu, Kai keluarkan satu keluhan berat.

"Tak. Dia bukan hak aku. Tak pernah sesaat pun."

Sehun perlahan-lahan berhenti mengesak, didongakkan kepalanya yang sebelum ini tunduk untuk lihat muka lelaki di hadapannya. Dalam degupan itu, Kai menceritakan semua.

Distraksi.

Kai hanya distraksi yang diciptakan Zulaika untuk kaburi waras Sehun. Kai hanya distraksi yang diciptakan Zulaika untuk menjauhi dari Sehun. Kai hanya distraksi yang diciptakan Zulaika untuk mengajari diri Sehun. Kerana semua yang terjadi telah dia susunkan satu persatu. Kerana dia tahu satu hari nanti dia tak akan ada lagi. Menjadikan itu, sesuatu yang biasa buat Sehun. Distraksinya - Kai.

Dan disaat minda sedar Sehun masih menghitung kira semua yang terjadi, satu sentuhan lembut membelai pipi basahnya.

"Tapi sekarang tinggal kita berdua," kata Kai dengan dengan sedikit goda.

Satu, dua, tiga jarak yang Kai dekati. Sehun pegun merasai nafas yang semakin dekat menghembus di kulit wajahnya dan tanpa dia sedari telah tinggal cuma seinci jarak antara bibir mereka.

"A-Aku cintakan kau, Sehun," lafaz Kai gagap sambil mencengkam bilah pisau yang sebelum ini bertapak dalam badan Zulaika yang kini telah Sehun tusukkan ke jantung lelaki yang lagi satu itu. 

Tanpa belas kasihan.


NOTA PENULIS

surprise!! pengakhiran yang sebenar. mungkin ya mungkin tidak kerana Jantung seakan akan mendapat sambutan? hehe.  komen ikhlas, jujur , okay?
panda ri.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kimyoochi
10 upvotes sudah! dan dua adalah daripada WOAIJIA DAN VIOLETSYAFIQAH DUDEE. what is life, and air and earth and wind .

Comments

You must be logged in to comment
Laikhaexofany32 #1
Chapter 5: Same name as my name..
--vikseu
#2
Chapter 8: WUUUUUUUISH! AMAIZAING!
yifannie
#3
Chapter 8: Congrats kesayangan <3
parkyura98
#4
Chapter 8: Waaahhhh! tahniah k.Su ^o^
misz_dina #5
Kejap kejap.kai gay ke?tak sangka.puisi tu mmg jjang.pandai authornim...daebak. ★★★★★ for u
ThunderLove
#6
gosh OC ni sama nama dgn saya XD
zyluxoxo
#7
Man, my name is Zulaiqa and people call me Ju. Ur oc is right here, everybody! Hi mate ;)
-Jmesvey
#8
Chapter 5: Wait, kai ke sehun mati ni? O u o ?
Hajar_EXO
#9
Wah,asal Kai gay dan apa yang jadi kat Sehun lepastu?
ButterflyShida #10
Chapter 7: Akak!!! Meet you in ask.fm
Mine ask.fm/ButterflyShida