pertama

Jantung

 

PERTAMA


Bayu petang sekali lagi menari lembut mengaluni ikal rambut Zulaika. Mata gadis sunti itu tajam memerhati kanvas lukisan separa siap yang berada di hadapannya. Bibir rapat mengurung putung rokok dari dua celah jari halus itu lalu dihirup lega. Perlahan Zulaika membuang nafas melalui hidungnya dan asap kotor mula berlarian keluar. Dua tiga jiran yang berjalan di kaki lima buat entah yang ke berapa kali memandang dia dengan mata yang sinis, berbisik antara satu sama lain. Zulaika hanya mampu mengukir senyuman di hujung bibir pucatnya.

"Manusia. Tak boleh tengok orang lain senang," tutur satu suara yang acap kali dia dengar.

Oh Sehun. Rakan pertama yang dia punyai dalam negara sonata ini. Sepuluh tahun telah berlalu sejak kali terakhir Zulaika menjejakkan kakinya di bumi Malaysia dan dia akui Korea tidak lagi asing bagi dirinya.

Sehun menarik sebuah kerusi plastik yang kosong lalu duduk di sebelah Zulaika. Sebelum gadis itu sempat membuat hisapan kedua lantas tangan Sehun memegang erat pergelangan Zulaika, menjauhkan hujung rokok itu dari mulutnya.

"Tapi cukuplah untuk harini  Ju," Sehun mengujar lembut, memanggil gadis itu dengan nama timangannya.

Laju Zulaika mendengus lalu menarik kasar tangannya kembali. Sempat diberi jelingan yang tajam kepada kawan baiknya sebelum menyedut lagi pembunuh itu.

"Kalau kau kat sini nak bagi syarahan kat aku pasal hidup dan mati lagi, baik kau berambus," ujar Zulaika sambil asap berkepulan keluar dari mulutnya.

Tidak sedikit pun si lelaki terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut Zulaika. Dia sudah terlalu biasa. Zulaika bukan seperti gadis lain dan dia tak pernah mencuba untuk jadi seperti mereka. Zulaika ialah Zulaika. Sebab itu Sehun kagum dan terus berkawan dengan dia.

Sehun mengeluh berat namun di dekatkan lagi kerusinya dengan Zulaika memerhati hasil lukisan si gadis degil itu dengan penuh keterujaan.

"Jantung," jawab Zulaika tenang sebelum sempat Sehun bertanya apa-apa.

Sehun mengangguk diam atas jawapan yang baru sahaja ingin dia tanya sambil melihat tangan Zulaika perlahan-lahan menekan hujung rokok itu ke atas kanvas lukisan, menghasilkan satu tekstur kasar berbentuk kepulan asap sebagai latar belakang penegasan. Sungguh Sehun kagum dengan bakat seni semulajadi Zulaika.

Menghasilkan sesuatu yang hidup daripada sesuatu yang mematikan.

"Salahkah aku ingin pertahankan jantung yang hanya ada satu dalam badan aku ini, untuk dia yang telah tuhan satukan dengan aku dari dulu lagi?" tanya Zulaika sambil jari halusnya berjalan mengikuti satu urat yang menjalar dalam jantung lukisan itu.

Sehun mengetip bibirnya. Sejak bila pula perempuan ni pandai bersajak? Hampir saja dia lantang untuk ketawa apabila terlihat wajah Zulaika yang serius. Sehun diam seketika. Selalunya jika Zulaika hendak buat lawak dia akan ketawa dulu tapi ini tidak. Terus Sehun tahu bahawa soalan itu serius seperti wajahnya.

"Kau jaga diri kau. Tuhan akan jaga dia untuk kau. Itu, aku pasti," jawab Sehun sambil melihat jari mulus Zulaika berlegar-legar atas kanvas itu.

"Tapi, kalau aku tak reti jaga?"

Dan dengan jari telunjuknya, Zulaika menekan kuat atas kanvas itu sehingga berlubang di tengah-tengah jantung. Debu rokok yang menyerikan latar belakang terbang bertaburan meninggalkan hanya sebuah lukisan yang muram suram.

Tidak lagi hidup.

===

 

Pagi yang indah. Sama seperti pagi pagi yang lain cumanya hari ini lebih dingin. Kicauan burung juga sudah samar samar. Mungkin kerana musim sejuk semakin dekat? Apa-apa pun, Zulaika masih lagi menghisap putung rokok di taman waktu ini. Sudah jadi kebiasaan untuk si gadis memilih rokok berbanding makanan dan taman kecil ini pula sentiasa menjadi tempat lepaknya.

Hidup yang singkat. Lebih singkat daripada asap rokok yang berkepulan keluar. Ironinya, Zulaika lebih selesa dengan idea batang tobako ini yang mengambil nyawanya.

"Ju. Nak lepak dengan kau boleh?" tanya Sehun tersengih sambil melabuhkan pinggulnya di sebelah Zulaika.

Si gadis hanya mengangguk. Diam dia menghembuskan nafas membunuh itu ke muka Sehun. Sedikit senyuman nakal terukir di akhir bibir dia.

"Woi! Aku nak makan mee bukan nak makan asap!" jerit Sehun mengipas-ngipas asap itu pergi dari kawasan mukanya.

Dan mereka ketawa gembira.

Hanya dengan Oh Sehun, Zulaika akan ketawa. Walaupun sekejap, sesaat, kurang dari kerdipan mata tapi Sehun dapat rasa bahagia. Susah kalau nak buat gadis ini ketawa. Muka sepuluh sen sudah lama melekat di mukanya seolah-olah dia tidak lagi kisah tentang orang sekeliling.

Seolah-olah dia tidak lagi kisah untuk hidup.

Sekejap Zulaika mengalihkan pandangannya ke satu sudut di hujung taman. Seorang lelaki tinggi dengan tona kulit dua atau tiga gelap dari Sehun sedang bersandar di sebatang pokok. Telinga disumbatkan dengan earphone sambil kepalanya terangguk-angguk mungkin mengikuti irama lagu.

Zulaika tersenyum menghembuskan nafas bersama keluhan yang puas. Mata Sehun tajam melihat reaksi si gadis sebelum perlahan-lahan dia mengubah pandangan ke tempat Zulaika sedang melihat.

"Kim Jongin," kata Sehun selamba.

"Handsome," jawab Zulaika.

Senyuman masih melekat di bibirnya.

"Taken," sambung Sehun.

Zulaika terus diam membisu. Tiada lagi senyuman tetapi matanya tetap melirik ke arah jantan sana. Tersenyum dia apabila kelibat seorang gadis menghampirinya. Mungkin tinggi sedikit dari Zulaika, satu tona lebih cerah juga ramping.

Sempurna.

Bukan macam aku.

"Tak ada apa yang sempurna Ju," pujuk Sehun seperti tahu apa yang difikirkan Zulaika.

Senyuman sinis mula terlukis di bibir si gadis, "Kau tahu apa ."

Lalu, pantas kaki Zulaika memasang langkah meninggalkan Sehun di bangku taman. Digenggam erat tangannya sendiri sehingga putih habis buku jari. Air mata bertakung sudah menyaluti bola mata kedua-duanya. Bibir yang kering diketap rapat mampu berdarah disaat seterusnya. Semakin laju rentak kaki dan tanpa dia sedari mereka sudah mula berlari.

Dan tanpa dia sedari juga satu dakapan erat membalut diri lemahnya. Terlalu erat hingga dia tak mampu lagi meneruskan perjalanan. Saat ini, air mata sudah jatuh berderai. Ditendang angin kosong cuba meloloskan diri. Dicakar lengan si pemeluk hingga merah kulitnya. Jeritan demi jeritan yang sekuat hati telah dia keluarkan dari anak tekaknya. Tapi semuanya gagal.

"Sehun...tolong aku," bisik Zulaika, lemah.


NOTA PENULIS

masih lagi merangkak dalam bidang ini.
maafkan saya ya :)
bukan chapter terakhir.
panda ri.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kimyoochi
10 upvotes sudah! dan dua adalah daripada WOAIJIA DAN VIOLETSYAFIQAH DUDEE. what is life, and air and earth and wind .

Comments

You must be logged in to comment
Laikhaexofany32 #1
Chapter 5: Same name as my name..
--vikseu
#2
Chapter 8: WUUUUUUUISH! AMAIZAING!
yifannie
#3
Chapter 8: Congrats kesayangan <3
parkyura98
#4
Chapter 8: Waaahhhh! tahniah k.Su ^o^
misz_dina #5
Kejap kejap.kai gay ke?tak sangka.puisi tu mmg jjang.pandai authornim...daebak. ★★★★★ for u
ThunderLove
#6
gosh OC ni sama nama dgn saya XD
zyluxoxo
#7
Man, my name is Zulaiqa and people call me Ju. Ur oc is right here, everybody! Hi mate ;)
-Jmesvey
#8
Chapter 5: Wait, kai ke sehun mati ni? O u o ?
Hajar_EXO
#9
Wah,asal Kai gay dan apa yang jadi kat Sehun lepastu?
ButterflyShida #10
Chapter 7: Akak!!! Meet you in ask.fm
Mine ask.fm/ButterflyShida