kedua

Jantung

 

KEDUA


"Sehun, tolong aku? Kalau apa apa jadi kat aku, ambil wasiat aku bawah bantal tidur tau," Zulaika ketawa riang sambil ditekapkan lagi handphonenya di telinga.

"Apesal kau ni tetiba cakap macam tu," Sehun mendengus dari talian sana.

"Lagi satu apesal bawah bantal tidur kau. Letak la tempat public sikit. Macam mana aku nak pergi bilik kau?" tawa Sehun bergurau.

"Suka hati akulah. Wasiat aku bukan wasiat kau," rajuk Zulaika sambil bergolek-golek atas katil.

"Kau ni memangkan? Bukannya ada nama aku pun dalam wasiat tu. Aku jamin nama Kai confirm sembilan puluh sembilan peratus kat situ. Suruh je lah Kai ambilkan. Malas aku," jawab Sehun selamba.

 

Diam.

 

"Ju? Hello? Weh habislah kredit aku. Ju! Kau gaduh dengan Kai ke? Ju? Ju!"

Diam lagi tapi cuma sementara.

"Okay. Nanti aku suruh Kai ambilkan," jawab Zulaika dalam nada yang perlahan.

"Kau...okay?" tanya Sehun.

"Kau ni kan. Suruh sikit pun banyak mulut. Dasar pemalas," Zulaika menjawab memalsukan tawanya.

"Biasalah aku. Okaylah. Aku nak lepak dengan girlfriend aku jap. Janji dengan dia pukul 3 petang. Kau punya pasal la aku lambat sepuluh minit. Habis aku kena bebel nanti. Bye!"

"Bye."

===

 

Malam yang dingin. Entah kenapa Sehun rasa malam ini lain sedikit dari malam sebelumnya seperti ada sesuatu yang tidak cukup. Dia melihat ke luar tingkap biliknya sambil dipetik tali gitar coklat dalam melodi rawak tetapi indah. Samar-samar bunyi cengkerik menyanyi bersama. Tersenyum si lelaki itu mengenang suatu ketika di mana dia dan Zulaika pernah membuang masa di taman. Dia memetik gitar, Zulaika menyanyi. Suara Zulaika tidak begitu merdu tapi cukup untuk mengisi ruang udara malam itu. 

Ju buat apa eh sekarang?

Laju tangannya menggapai handphone di sisi katil, mahu bercakap dengan Zulaika tapi belum sempat dia menekan nombor Zulaika, telefonnya berdering. 

 

"Ju...dia dah tak ada," sedih bisikan satu suara garau dalam talian.

Berkerut dahi Sehun mendengar perkhabaran itu. Cuba dia senyum menafikannya.

"Kai. Kau jangan...Aku tak suka gurau kasar macam ni," ujar Sehun menenangkan dirinya.

Tolong cakap kau tipu. Sumpah aku tak naik angin. Sumpah.

"Aku tak gurau Sehun."

"BODOH!!" jerit Sehun sebelum mematikan talian.

Saat itu juga sepantas kilat dia berlari ke rumah Zulaika, kawan baiknya. Gadis yang telah lama menawan hati jantannya tapi demi kebahagiaan gadis itu, rela dia sunyikan. Telah jadi hasrat Zulaika untuk bersama dengan Kai, dia sendiri yang menyatakan hasrat itu jadi Sehun tak akan kata apa apa. Sungguh dia rela buat apa sahaja untuk Zulaika.

Bodoh Kai. Apa kau buat sampai Ju mati?

Tiba-tiba Sehun teringat saat dia dan Zulaika berehat di taman tempoh hari. Mungkinkah senyuman Zulaika terpadam kerana gadis yang menghampiri Kai? Mungkinkah sebab itu Zulaika memanterakan ucapan tolong dalam dakapannya hari itu?

Tak mungkin. Tak mungkin Kai sanggup curang.

Sampai di hadapan rumah Zulaika, dia lihat kelibat Kai sedang tercegat di depan pintu mungkin menunggu kehadiran dirinya. Terasa panas satu badan. Terus Sehun meluru kepadanya lalu memberikan satu tumbukan padu di pipi kanan Kai. Terbeliak mata si mangsa atas tindakan Sehun. Fabrik di dada Kai digenggam kasar oleh Sehun sebelum satu lagi tumbukan kuat melayang ke pipi Kai yang kini sudah ungu kebiru-biruan. Nafas Sehun disedut hembus laju sambil matanya tajam menusuk ke dalam mata lelaki yang lagi satu.

"Sebab kau Ju mati kan? Apa kau buat ha?!" jerit Sehun sekuat hati melampiaskan kemarahannya.

Sekali lagi dia melepaskan tumbukan dan kali ini tepat terkena perut Kai.

"Sehun... sakit Sehun," Kai merintih kesakitan. Matanya tertutup rapat menahan pedih di pipi kanan dan perutnya.

"Sakit? Ni baru sikit. Kau tahu tak macam mana Ju sakit tengok kau curang? HA? Kau tahu tak?!"

Dan perkataan terakhir itu Sehun sekalikan dengan dua lagi tumbukan bertubi-tubi di kawasan perut yang sama. Si mangsa terus terduduk lemah di atas tanah dengan tangan membaluti rapat kawasan yang diseksa. Sikit air mata jatuh di pipi Kai namun didongakkan  juga kepalanya agar melihat Sehun.

"A-Aku boleh terangkan," gagap Kai.

"Diam. Tak ada siapa pun yang mampu tenangkan hati aku kecuali Ju. Tapi dia dah tak ada. Tak ada apa apa yang kau boleh terangkan. Semua dah terlambat. Ju dah tak ada. Ju dah mati," ujar Sehun sambil setitik demi setitik air matanya jatuh.

 

"Bila Ju mati, hati aku mati. Jantung aku mati."

 

Perlahan Sehun melangkah ke dalam rumah Zulaika. Bunga-bunga dan lilin-lilin kecil menghiasi satu laluan khas. Sehun keliru tapi hatinya sedikit berbunga. Kau main-mainkan aku ya Ju. Terasa bersalah dalam dada terhadap Kai yang dipukul teruk. Dia teruskan langkah kakinya mengikuti laluan itu melalui ruang tamu, dapur dan akhirnya berhenti di hadapan pintu sebuah bilik.

 Kau ada surprise untuk aku ke Ju?


NOTA PENULIS

tak pernah sangka untuk peroleh subs dan upvote sebanyak ni sebagai permulaan. permulaan yang indah bukan? terima kasih semua. moga tuhan balas jasa .
panda ri.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kimyoochi
10 upvotes sudah! dan dua adalah daripada WOAIJIA DAN VIOLETSYAFIQAH DUDEE. what is life, and air and earth and wind .

Comments

You must be logged in to comment
Laikhaexofany32 #1
Chapter 5: Same name as my name..
--vikseu
#2
Chapter 8: WUUUUUUUISH! AMAIZAING!
yifannie
#3
Chapter 8: Congrats kesayangan <3
parkyura98
#4
Chapter 8: Waaahhhh! tahniah k.Su ^o^
misz_dina #5
Kejap kejap.kai gay ke?tak sangka.puisi tu mmg jjang.pandai authornim...daebak. ★★★★★ for u
ThunderLove
#6
gosh OC ni sama nama dgn saya XD
zyluxoxo
#7
Man, my name is Zulaiqa and people call me Ju. Ur oc is right here, everybody! Hi mate ;)
-Jmesvey
#8
Chapter 5: Wait, kai ke sehun mati ni? O u o ?
Hajar_EXO
#9
Wah,asal Kai gay dan apa yang jadi kat Sehun lepastu?
ButterflyShida #10
Chapter 7: Akak!!! Meet you in ask.fm
Mine ask.fm/ButterflyShida