❤..i..❤

100 Days With Kingka
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

 

 

 

Orang kata dilamun cinta itu adalah indah. Cinta itu akan dapat di rasa oleh semua manusia dekat dalam muka bumi ni. Tapi, seorang manusia yang tidak pernah merasai apa itu cinta. Tidak terc sedikit pun rasa cinta dia kepada lelaki-lelaki. Hah! Nak tahu siapa dia? Aku lah! Heo Youngji. Kau fikir pengasas Qu Puteh tu ke? Hahahaha.

 

So, aku ni nama je perempuan, tapi hati aku keras macam batu bila nak terima cinta. Aku tak main cintan-cintun bagai ni. Tak terniat dan tak berminat lansung. Hati aku ni belum bersedia lagi. Ibu aku cakap belajar dulu baru bercinta. Huh, mampu ke hati aku ni terima seorang lelaki lepas habis belajar? Bukan aku kata lelaki sekarang ni tak guna ke apa. Ada segelintirnya yang baik dan menghormati wanita.

 

“Omo! Omo! Diorang dah datang!” Aku jongketkan kening dan aktiviti menulis aku terbantut apabila terdapat beberapa pelajar perempuan terjerit-jerit di depan pintu kelas ku dengan wajahnya yang terlalu excited bagai nak ghak! Aku menekup kedua-dua telinga kerana bingit dengan jeritan-jeritan terlebih over mereka itu.

 

“Yah! Hensemnya diorang!” Aku cebikkan bibir. Mata aku merenung seorang pelajar perempuan terloncat-loncat seperti katak. Huh, nasib baik kau jauh dari tempat duduk aku. Kalau tak, dah lama aku campak dari bangunan sekolah ni. Tapi, aku sabar je. Boleh dikatakan setiap hari perkara ini selalu terjadi dekat kelas aku. Tepat pukul 8, mulalah pelajar-pelajar perempuan dekat kelas aku ni meroyan. Sebab apa? Sebab dekat kelas aku ni ada pelajar lelaki tiga orang yang agak charming dan kacak. Diorang berdualah Kingka dekat sekolah ni yang paling hensem! Hahahahaha. Hensem? Ciss. Nak muntah pelangi aku mendengarnya.

 

Okey, berbalik pada cerita tadi, aku menekup kedua-dua telinga ini. Jeritan-jeritan mereka semakin kuat dan membuatkan aku hilang mood nak buat homework. Telinga ni rasa macam nak pekak. Aku pernah sekali terjerit macam orang gila sebab nak bagi diorang diam. Tapi diorang krik krik krik bila pandang aku. Aku pun buat muka seposen dan buat tak tau je. Tak sampai 1 saat dorang sambung jerit lagi. Arghh!! Aku rasa nak ambik bajak, lepas tu robohkan sekolah ni. Padan muka!

 

“Oppa! I love you!” Aku mengigit bibir kegeraman. Homework yang cikgu bagi aku tak buat. Tetiba hati aku rasa terbakar pulak. Lepas tu tekak aku rasa mual semacam. Rasa nak muntah. Tapi, aku tahan je. Bukan mengandung, okay?

 

“Youngji,” Aku palingkan wajah ke kiri apabila terasa bahu aku di sentuh dan nama aku di sebut. Bila aku palingkan wajah, aku nampak Kevin a.k.a budak lembik tengah tersengih sambil menayangkan giginya yang putih bersinar.

 

“Kau nak apa, budak lembik?” Soal aku dingin. Haha, kenapa aku panggil dia ‘budak lembik’? Sebab dia ni lemah lembut seperti sotong. Kau pernah tengok Suamiku Encik Sotong tak? Lebih kurang macam tu lah. Dia ni minat warna pink. Beg sekolah warna pink. Bekas pensil warna pink. Tapi nasib baik dia tak pakai baju warna pink. Sejak pertama kali aku jumpa dia, aku memang dah cop dia ni perempuan sebab muka dia comel berbanding aku. Tapi sebenarnya lelaki.

 

“Kau sihat ke sakit?” Dia senyum dekat aku. Aku buat muka blur depan dia. Apa kejadah dia tanya soalan macam tu dekat aku? Dia selalu nampak aku datang sekolah tapi apa motif dia tanya soalan tu dekat aku?

 

“Aku sihat lah. Kau kenapa?" Aku jongket kening sebelah memandangnya. Aku dapat lihat pipinya kemerah-merahan memandang aku. Dia ketawa tiba-tiba depan aku. Aku garu-garu kepala ku yang tidak gatal. Dah kenapa dia ni? Sekali aku lempang, terus jadi lelaki sejati.

 

“Takda apa-apa lah! Bye!” Sepantas kilat dia hilang dari pandangan aku sebelum aku sempat ingin katakan sesuatu kepadanya. Aku jongketkan kedua-dua bahu ku keatas tanda aku tidak memperdulikannya.

 

Disaat aku ingin mencapai pen yang terletak di atas meja, aku di kejutkan lagi dengan bunyi jeritan itu. Aku menghempuk kedua-dua tapak tangan ku ke atas meja. Geram! Mata ku tajam memandang susuk tubuh tiga orang lelaki sedang memasuki kelas. Mereka bertiga dikerumuni dengan gadis-gadis tersebut.

 

“Mark-ah!”

 

“Jackson. My baby!”

 

“Arghh!! Yugyeom-ah!”

 

“Ingat hensem sangatlah tu! Puihh!” Bebel ku tapi mataku tetap memandang mereka berdua. Mata aku melirik pada lelaki berambut perang kehitaman. Berbaju seragam sekolah lengkap. Nama dia Mark. Dia tu boleh dikatakan hensem lah jugak. Bila dia senyum, fuhh! Not bad. Semasa dia berada di kelas ni, aku tengok dia ni macam pendiam sikit. Tak banyak cakap. TAPI! Dia ni masa peperiksaan perangai macam setan. Suka meniru masa periksa. Aku pun buat derk jelah. Aku tak kacau dia, dia pun tak kacau aku. So, buat hal masing-masing lah. Dia dengan hidup dia. Aku dengan hidup aku.

 

Kemudian mata aku melirik pada lelaki berambut merah jambu yang bersebelahan dengan lelaki yang berambut perang kehitaman itu. Nama dia Yugyeom. Dia ni selalu kena tindakan disiplin dekat sekolah. Cikgu disiplin dekat sekolah aku dah bagi amaran suruh dia tukar warna rambutnya kepada warn

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ayunie_98
1k views! :D terima kasih sangat2! :)

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 4: daebakkk!!!!!! authornim!!! update pleaseeeee!!!!! saya ni pembaca baruxD saya pon jackji shipper jugak!!xD
elyshaL #2
Chapter 4: Update soon
hyemipark
#3
Chapter 4: AUTHOR -NIM DAEBAKKK
PLEASE PLEASE PLEASE UPDATE SOON^^
FIGHTING!!!
YoonSooWan
#4
Chapter 4: Woohoo~senang giler die propose youngji jdi gf die~
Hahhaha!! Mesti bnyk kali gaduh nnti><
Update soon~
ClumsyBrain
#5
Chapter 4: Update soon!!! Citer ni best gilerr
Azmaniawati #6
Chapter 3: Update lh cepat !! Best sngat-sngat tak bosan
nzrhhhhh #7
Chapter 3: Tak sabar nak tunggu awak update lagi
whutever #8
update laaa >.<
JinMark_MarkJin
#9
Chapter 3: Chapter 3: Hahaha~~ oklah tu.. taklah boring sgt.. tpi kalo jackson tlg youngji part dia kena buli tu... perggghhh.... >\\\\<