After Married~

100 Days With Kingka
Please Subscribe to read the full chapter

 

After Married

 

YOUNGJI tersedar dari lenanya. Suhu di dalam bilik itu membuatkan dirinya terjaga daripada dibuai mimpi indah. Dia meneliti jam digital yang berada di meja solek tersebut. Masa sudah menjangkau ke pukul 9.00 pagi. Dia menyelimuti seluruh tubuhnya dengan selimut putih tebal itu. Matanya dipejam rapat sehingga air mata jernih keluar dari hujung matanya.

 

Badannya lantas mengiring ke kiri. Kelihatan Jackson sedang tidur lena di sebelahnya. Dia tersenyum lalu mengusap-ngusap lembut pipi suaminya.  Dia tidak menyangka Jackson kini menjadi suaminya yang sah. Youngji mengucup pipi suaminya dengan penuh kasih sayang sebelum dia menapak ke bilik air untuk membersihkan diri.

 

Usai  selesai membersihkan diri, Youngji pantas  turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Apron yang tergantung cantik di dinding dapur itu pantas dipakaikan ke badannya. Kuali dan sudip sudah tersedia di atas dapur. Tangannya dengan pantas mengambil pisau dan papan pemotong. Dia terus menuju ke peti sejuk lalu mengambil sayur dan beberapa telur mentah dari peti sejuk itu. Belakang kanannya terletaknya rak comel. Didalam rak menyimpan beberapa rempah-ratus, bawang putih dan merah dan bahan-bahan kering untuk memasak.

 

Tanpa membuang masa, dia menghiris bawang serta sayur-sayur untuk memasak nasi goreng sahaja berserta telur goreng gulung untuk sarapan dia dan suaminya. Suaminya tidak kisah sekiranya Youngji memasak apa-apa jenis makanan. Tetapi, makanan pedas memang tidak dibenarkan untuk lelaki cina bernama Jackson Wang ini. Kerana dia tidak memakan makan pedas.

 

Pernah sekali, Jackson menyuruhnya masak untuk makan malam mereka berdua dan pada masa itu Youngji bertanya pada suaminya makanan apa yang harus dimasak. Dan jawapan yang diberi oleh jackson ialah..

 

“Masak jelah apa-apa. Saya tak kisah,”

 

Pada masa itu, terlintas di benak fikirannya bahawa dia akan membuat Bibimbap iaitu sayur-sayuran seperti timun, cendawan, salad dan juga rumpai laut  yang dicampur menjadi satu didalam sebuah mangku. Selain sayur-sayuran, daging lembu dan telur mentah ada juga terdapat di makanan itu. Makanan ini adalah makanan paling pedas yang terdapat dikorea ini.

 

Dan apabila Bibimbap dirasa suaminya, wajahnya mula kemerahan-merahan. Matanya merah merenung Youngji. Perkataan ‘air’ serta ‘panas’ berulang-ulang dilontarkan oleh Jackson serta Jackson di kerjakan ke hospital kerana memasukkan makanan yang tidak patut dimakan olehnya sendiri.

 

Sejak dari hari itu, Youngji berjaga-jaga ketika ingin menyiap sarapan atau makanan tengahari jika suami tidak bekerja.

 

Berbalik pada cerita, sayur-sayur  yang telah dipotong pantas dimasukkan ke kuali lalu mengacau-ngacau nasi itu. Bau aroma nasi goreng itu harum semerbak. Asap berkepul-kepul keluar dari kuali tersebut menyebabkan Youngji berpeluh.

 

Sedang Youngji sibuk memasak, Jackson mengintai dari luar dapur. Dia terjaga kerana isteri yang dicintai itu tiada disebelahnya ketika dia tidur sebentar tadi. Bunyi bising serta bau harum semerbak  yang enak menarik perhatiannya datang ke dapur ini.

 

Jackson sengih suka. Dia gigit bibir bawah lalu perlahan-lahan melangkah kearah Youngji yang sedang ralit mengacau nasi dengan sudip serta mengacau telur di mangkuk. Kaki dijongket-jongket. Lagaknya seperti pencuri yang ingin memasuki rumah.

 

Kedua-dua tangannya siap sedia ingin memeluk pinggang Youngji.

 

“Sayang...” Youngji tersentak apabila ada sesuatu melingkar dipinggangnya. Suara menggoda Jackson membuatkan Youngji tersenyum. Bahagia.

 

“Awak ni.. terkejut saya,” Youngji menjeling pada Jackson yang kini mendaratkan dagunya pada bahu Youngji. Ketawa kecil dari Jackson membuatkan Youngji ketawa juga.

 

“Awak masak apa?” Soal Jackson lalu mengeratkan lagi pelukkannya di pinggang Youngji. Youngji menjelingnya lagi. Bibirnya diketap dengan geram.

 

“Saya masak biawak goreng,” Youngji ketawa. Telur sudah siap. Tinggal mendadarnya ke dalam kuali leper ini. Kemudian dia beralih pada nasi goreng yang hampir siap.

 

Youngji agak terkejut apabila Jackson berada di sebelahnya. Muka terkejut beruk dan dahi berkerut-kerut sambil bercekak pinggang kini jelas terpancar di depan mata Youngji. Youngji mengeleng-geleng kepalanya.

 

“Biawak goreng? What’s? Mana ada makanan macam tu,” Jackson ketawa. Dia kembali berdiri di belakang Youngji. Tapi kali ini semakin rapat. Mata Jackson memerhatikan jemari Youngji yang sedang memegang sudip. Youngji terus memasukkan telur. Telur dadar begini sudah menjadi kegemaran suaminya. Hiris sedikit bawang, sedikit garam, satu sudu mayonis, dua batang cili padi dan sedikit lada hitam. Ketika Youngji ingin menterbalikkan telur, Jackson memegang tangan Youngji. Kini, mereka sama-sama menterbalikkan telur dada tersebut. Tangan kiri Jackson terus memeluk pinggang Youngji. Dagunya pula sudah mendarat ke atas bahu Youngji.

 

Jackson tersenyum. “Nak manja-manja dengan awak boleh?”

 

“Amboi, awak ni. Sini dapurlah, awak. Tepi sikit. Hangit nanti telur ni,” Youngji menarik tangan kiri Jackson yang kini erat memeluk pinggangnya.

 

Jackson mengeleng lalu muncungkan bibir. “Tak nak,”

 

Youngji ketawa lalu membiarkan sahaja dagu Jackson bersatu dengan bahunya.

 

CHUP!

 

Mata Youngji terbeliak besar. Kedua-dua belah pipinya kini berbahang. Jackson dari belakang hanya melihat Youngji yang sedang kaget kerana dicium secara mengejut dari Jackson sebentar tadi. Senyuman nakal kini terukir di bibir jejaka bernama, Jackson itu.

 

Selepas selesai menyiap sarapan, Jackson berpeluk tubuh sambil menyandarkan badannya di dinding antara ruang tamu dan dapur. Matanya tetap setia memandang Youngji yang membawa sarapan dari dapur ke meja makan itu.

 

“Kenapa awak pandang saya macam tu? Dah, jom makan,” Youngji menarik tangan Jackson ke ruang tamu iaitu ke meja makan. Jackson hanya tersengih dan membuntuti langkah Youngji dari belakang. Jackson pantas melabuhkan punggungnya ke kerusi lalu duduk berhadapan dengan Youngji. Youngji pula duduk berhadapan dengan Jackson. Youngji mengambil pinggan lalu menyedukkan nasi lalu memotong telur dada. Dia terus menghulurkannya pada Jackson. Youngji kerutkan dahi apabila suaminya itu asyik merenung sambil tersengih.

 

“Awak, nah nasi awak. Awak ni kenapa? Tersengih-sengih..” Jackson mengambil pinggan itu dan ketawa. Youngji mengeleng-geleng kepalanya. Apalah yang suaminya fikirkan sekarang.

 

“Macam tak percaya kita dah kahwin kan?” Jackson mengambil sudu dan garpu di sisinya lalu cepat-cepat menyuap nasi  ke mulutnya.

 

“Ya. Memang kita dah kahwin. Dah dekat sebulan, sayang,” Youngji senyum lalu nasi itu di suapkan ke mulut. Jackson sengih lagi.

 

“Awak?”

 

“Apa lagi?

 

“Saya sunyilah,” Youngji kerutkan dahi lagi. Sudu dan garpu di letakkan ke pinggan. Matanya merenung Jackson yang kini monyok. Youngji mengeleng-geleng lagi kepala. Pelik-pelik sahaja laki aku ni; monolog Youngji seorang diri.

 

“Awak ni kenapa? Saya adakan? Kenapa sunyi pulak?” Youngji kembungkan pipi. Geram. Ada sedikit rasa cemburu terselit pad

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ayunie_98
1k views! :D terima kasih sangat2! :)

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 4: daebakkk!!!!!! authornim!!! update pleaseeeee!!!!! saya ni pembaca baruxD saya pon jackji shipper jugak!!xD
elyshaL #2
Chapter 4: Update soon
hyemipark
#3
Chapter 4: AUTHOR -NIM DAEBAKKK
PLEASE PLEASE PLEASE UPDATE SOON^^
FIGHTING!!!
YoonSooWan
#4
Chapter 4: Woohoo~senang giler die propose youngji jdi gf die~
Hahhaha!! Mesti bnyk kali gaduh nnti><
Update soon~
ClumsyBrain
#5
Chapter 4: Update soon!!! Citer ni best gilerr
Azmaniawati #6
Chapter 3: Update lh cepat !! Best sngat-sngat tak bosan
nzrhhhhh #7
Chapter 3: Tak sabar nak tunggu awak update lagi
whutever #8
update laaa >.<
JinMark_MarkJin
#9
Chapter 3: Chapter 3: Hahaha~~ oklah tu.. taklah boring sgt.. tpi kalo jackson tlg youngji part dia kena buli tu... perggghhh.... >\\\\<