Park Min Young

Fate {Malay}

ShinHye mengayuh basikalnya selaju mungkin. Sesekali, jam tangannya dijeling. 5.13 petang. 5.16 petang. 'Alamak, dah lambat ni! Kesian Minyoung..' bisik hati ShinHye. Dia terus mengayuh basikalnya. Tiba-tiba, matanya tertangkap papan tanda sebuah kedai runcit lalu dia mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di situ untuk membeli ais krim buat adiknya, sebagai tanda maaf.

MinYoung menunggu kedatangan kakaknya, ShinHye di hadapan pintu pagar sekolah. Hampir 20 minit dia berdiri di situ. Naik lenguh kakinya.

MinYoung POV

Hi, namaku Park Min Young.Adik kepada Park Shin Hye dan masih lagi belajar di sekolah rendah.Okay, aku ngaku aku agak manja. Yelah, anak bongsulah kan.. Tapi, aku tak suka menyusahkan keluargaku terutamanya kakak.

Kadang-kadang aku rasa sedih bila mengenangkan nasib dia. Aku terasa aku ni beban buat dia. Dahlah cikgu kat sekolah sikit-sikit mintak duit. Duit untuk buku, sumbangan sekolah, keceriaan sekolah, macam-macam lagilah.

Bagi memenuhi keperluan hidup kami, kakak terpaksa bekerja pada usia yang muda. Pagi,sebelum pergi ke sekolah, kakak akan mengambil upah mengedarkan surat khabar dari pintu ke pintu. Petang, kakak bekerja di restoran Puan Jung.  Malam je lah waktu yang dia ada untuk buat ulang kaji dan menyiapkan kerja sekolah.

Kakak memang baik. Aku dan mak sangat menyayangi kakak. Tanpa dia, kami berdua tak tau nak buat apa. Aku pernah terfikir nak kerja macam kakak. Tapi, aku tak cukup umur lagi.

Kakak pandai. Dia mengajar aku subjek yang aku lemah. Yelah, dalam keadaan macam ni, aku memang tak mampu nak pergi ke kelas tambahan berbayar.

Tapi, tak semestinya tanpa kelas tambahan aku takkan berjaya, bukan? Nak seribu daya, tak nak seribu alasan.

POV tamat

'MinYoung! Sorry akak lambat!' Kata-kata ShinHye mematikan lamunan MinYoung. 'Takpe..' Balas MinYoung pendek. Dia tau kakaknya baru habis kerja.

'Tadi, akak beli barang kat kedai jap.. Oh ye, nah!' ShinHye menghulurkan sebatang ais krim berperisa coklat dan vanila kegemaran adiknya.

'Wow!! Thanks!!' MinYoung dengan gembiranya mencapai ais krim tersebut daripada tangan kakaknya. Tanpa berlengah lagi, dia terus membuka plastik ais krim itu lalu ais krim itu dijilatnya laju. ShinHye berasa seronok melihat telatah adiknya yang comel itu.

'Akak punya takde ke?' Soal MinYoung serba salah. ShinHye mengelengkan kepalanya sambil tersenyum manis. 'Tengok adik makan pun akak dah kenyang..' Balas ShinHye sambil tersenyum riang. Dia tahu MinYoung dah lama tak makan ais krim. Dulu, dia memang hantu ais krim. Tapi, sejak hidup mereka berubah, MinYoung tak pernah sesekali mintak benda tu.

'Kita kongsi nak?' MinYoung membuka tawaran kepada ShinHye. 'Takyah lah.. Akak dah muak makan ais krim..' Balas ShinHye selamba. 'Tapi kan kak.. Setahu MinYoung, last kita makan ais krim 2 bulan lepas. Tu pon abang YongHwa belanja' MinYoung mula menunjukkan riak curiga.

'Err... kantoi la pulak...' Bisik hati ShinHye. 'Alaa.. time akak balik kerja haritu akak ada beli la..' ShinHye mula mereka cerita. Riak mukanya berjaya dikawal supaya tak kantoi. 'Hah? Sampai hati tak share! Fine, tawaran ditarik semula!' Minyoung menjelirkan lidahnya ke arah ShinHye.

ShinHye dah masak dengan perangai MinYoung. Mudah sangat terpedaya dengan cerita rekaannya. Walau apapun, dia bersyukur dengan kehadiran MinYoung dalam hidupnya. Dengan adanya mak dan MinYoung, kerja kerasnya terasa berbaloi.

'Mak! Kitorang dah balik!!' jerit MinYoung sebaik sahaja mereka berdua membuka pintu rumah. Kelihatan Puan Park membuka pintu rumahnya. 'Eh,anak-anak mak dah baliklah..' Kata Puan Park sambil melemparkan senyuman ke arah mereka.

ShinHye dan MinYoung terus memeluk mak mereka. 'Mak, maaflah kami balik lewat. Tadi, ShinHye beli barang jap' Kata ShinHye. 'Hmm.. takpe..' Tiba-tiba air mata membasahi pipi Puan Park. 'Mak, mintak..maaf..sangat..' 'Eh, kenapa pulak mak??' ShinHye mula cemas.

Baginya, biarlah dia seorang sahaja yang terluka. Biarlah dia sorang yang sedih. Tapi, dia tak nak tengok mak atau adiknya terluka mahupun sedih.. Dia tak sanggup melihatnya.

'Kalaulah mak tak lumpuh, mak mesti..' ShinHye terus memeluk maknya. Beg plastik yang dijinjingnya tadi terlepas daripada tangannya. 'Dahlah mak.. Kakak tak nak dengar lagi ayat sesalan mak tu lagi.. Kakak tak sanggup nak dengar mak.. Kakak tak kisah pun hidup macam ni. Asal kan, mak dengan MinYoung ada disamping kakak'

'Yelah, mak mintak maaf..' Puan Park pun mengalah. 'Mak ada masak makanan kegemaran kamu berdua. Mandilah. Lepas tu, kita makan sama-sama ye?' sambungnya lagi.

ShinHye pun meleraikan pelukannya lalu mengucup pipi Puan Park. 'Terima kasih mak.. Sayang mak' Senyuman tawar terukir di bibirnya.

Hi, guys! Chap 2 dah diupdate!! Yeayy alhamdulillah.. Sorrylah lambat update T_T Tapi, saya akan cuba habiskan cerita ni secepat yang mungkin, ye? :D Thanks kerana sudi membaca ! Seperti biasa, jangan lupa upvote, subscribe dan comment ! THANK YOU ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BIHA_216
Dear readers, saya mints maaf kerana ff ni akan tergendala buat beberapa minggu kerana saya akan fokus kepada ff saya yg pertama iaitu BESTIE. Harap maklum.

Comments

You must be logged in to comment
Starligthangelcnblue #1
sila dalam bahasa inggeris saya tak faham
Starligthangelcnblue #2
eonnie please do it in english
Hawaali #3
Chapter 1: Too bad I can't read it what language is this I wish I can understand it
missymissyongshin #4
Can't understand..which language? :(
jacqueline1215 #5
Too bad i cant read it..
vanishinglove #6
Chapter 1: kesian shin hye hahaha