Impian atau Keluarga ?

Fate {Malay}

Pagi itu, Shin Hye bangun awal daripada biasa. Dia tidak dapat tidur lena malam semalamnya. Ini semua gara-gara perbualan dia dengan Yong Hwa petang semalam.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, petang semalam Shin Hye dan Yong Hwa telah membuat ulang kaji bersama-sama di restoran milik Puan Jung. Sambil-sambil tu, diorang pun bukaklah kedai kopi..

'Aku tak sabar nak study oversea... Mesti best kan dapat pergi negara orang lain? Dapat tengok adat dan budaya yang berbeza. Dapat belajar bahasa asing.. Wahh, bestnya!!' Yong Hwa mula berangan sorang-sorang.

'Study oversea?' Kata Shin Hye dalam hati. Secara tiba-tiba, saat-saat indah dia bersama ayahnya kembali bermain di fikiran.

--------------------------------------Flashback 6 tahun sebelumnya--------------------------------------

Shin Hye sedang menunggu ayahnya, Encik Park pulang dari kerjanya. Hampir setengah jam dia duduk di atas kerusi rotan yang terletak berdekatan tempat parking kereta rumahnya.

Jam di tangan sekali lagi dijeling. 'Hmm 6.30.. Mana ayah ni?' Bisik hati Shin Hye. Pelik. Encik Park sepatutnya dah sampai di rumah pada waktu itu.

Dia mengoyang-goyangkan kakinya laju akibat terlalu gembira dan bosan. Dia meneliti kertas yang dipegangnya buat kali yang ke-50.

'Shin Hye..Masuklah dulu. Ayah kamu lambat sikit hari ni'Panggil Puan Park lembut. 'Tak pelah mak. Kejap lagi ayah sampai lah tu' Balas Shin Hye selamba.

'Hmm.. Suka hati kakak lah' Balas Puan Park mengalah. Dia malas nak layan kedegilan anak perempuannya tu.

Mulut Shin Hye memang masin. Beberapa minit kemudian, kereta milik Encik Park masuk ke dalam tempat parking kereta rumah mereka.

Tanpa berlengah lagi, Shin Hye terus berlari ke arah kereta ayahnya. Encik Park yang baru sahaja keluar dari kereta terus dipeluk erat oleh anak perempuannya.

Terasa penat kerja sehariannya itu hilang secara automatik. Senyuman manis terukir di bibir dua anak-beranak itu tatkala mereka memandang satu sama lain.

'Ayah..' Sapa Shin Hye dengan penuh manja. Tiba-tiba air matanya mengalir deras membasahi pipinya. 'Ya, sayang..' Balas Encik Park.

'Nah..'Kertas yang dipegangnya dari tadi dihulurkan kepada Encik Park. Encik Park meneliti satu demi satu perkataan yang terdapat pada kertas tersebut.

Pada kertas tersebut, terdapat keputusan peperiksaan akhir tahun Shin Hye. Rupa-rupanya, Shin Hye telah berjaya mendapatkan tempat pertama di dalam kelasnya. Memang dah lama Shin Hye mengidamkan title 'Pelajar No 1' di dalam kelas.

'Well done, my daughter!' Kata Encik Park sambil bertepuk tangan.

'Thanks!!' Shin Hye tersengih gembira. Pipi gebunya dikucup beberapa kali oleh Encik Park. Tak dapat nak digambarkan betapa gembiranya Encik Park tatkala itu.

'Oh ye, tolong ambilkan barang ayah kat tempat duduk belakang kereta' Kata Encik Park.

'Yes, Sir!' Balas Shin Hye dengan penuh bersemangat. Dia terus berlari ke arah kereta Encik Park lalu membuka pintu kereta itu perlahan-lahan.

'WAHHH!!' Shin Hye menjerit keriangan. Kelihatan sebuah beg galas berwana pink dan putih tersandar di tempat duduk kereta.

Apa lagi, Shin Hye cepat-cepat amik beg tu kemudian lari ke arah Encik Park semula. 'Siapa punya ni, ayah?' Tanya Shin Hye. 'Beg tu? Park Shin Hye punya!!' Balas Encik Park gembira.

'YEAYYY!!!' Shin Hye melompat-lompat sambil menjerit. Dia memang nak sangat beg tu. Dah lama dia mintak.

'Tadi mak dah bagitau ayah dulu pasal keputusan kakak. Jadi, ayah terus pergi beli beg tu. Kan ayah dah janji nak bagi kakak bila kakak dapat nombor 1..' Kata Encik Park lagi.

'Thank you so much, ayah!!' Shin Hye menghadiahkan senyumannya yang paling comel sekali kepada Encik Park.

Encik Park terus mencuit pipi anaknya itu. 'Tapi, kakak kena ingat janji akak dulu ya?' Kata Encik Park.

'Janji?' Tanya Shin Hye keliru. Shin Hye menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

'Kan kakak dah janji besar nanti nak belajar kat luar negara. Lepas tu, akak nak jadi doktor.. Tak ingat ke?' Tanya Encik Park.

'Oh yang tu.. Mestilah ingat! Hal kecik je tu..' Balas Shin Hye selamba.

'Ohh kayy .. Akan ku tuntut janji mu itu!..' Balas Encik Park sambil tersenyum.

--------------------------------------------------Flashback tamat-----------------------------------------------

'Oii!' Jerit Yong Hwa sambil memetikkan jarinya beberapa kali di hadapan muka Shin Hye.

Shin Hye terus kembali ke alam nyata. Tangan Yong Hwa ditepis perlahan.

'Kau dengar tak apa aku cakap tadi?' Tanya Yong Hwa. 'Aku belum pekaklah..' Balas Shin Hye selamba.

'Habis tu kenapa tak balas?' Yong Hwa menaikkan keningnya sebelah.

'Tak da apa-apa lah..' Balas Shin Hye. Dia kembali membuat latihan add math nya yang tergendala tadi.

'Kau tak nak belajar oversea ke?' Tanya Yong Hwa tiba-tiba. 'Alaa.. Belajar luar negara ke dalam negara ke, sama je lah' Balas Shin Hye selamba.

'Hish.. Mana sama! Tau lah kau tu anak orang kaya! Pergi oversea macam balik kampung je' Yong Hwa sengaja mencebikkan mukanya.

Shin Hye menghembuskan nafasnya perlahan. 'Tu dulu lah.. Sekarang ni dah lain. Tanggungjawab aku dah bertambah. Kalau aku pergi oversea nanti, siapa yang nak tanggung family aku?' Terang Shin Hye.

'Hah? Sebab tu je kau nak lupakan impian kau? Habis tu macam mana dengan cita-cita kau untuk jadi doktor tu, hah?' Yong Hwa tak puas hati mendengar alasan Shin hye.

Tiba-tiba kepala Shin Hye terasa berat. 'Betul kata kau, Yong Hwa.. Tapi, aku takde pilihan' Bisik hati Shin Hye.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shin Hye mencapai frame gambar dia dan arwah ayahnya. Dia menjadi buntu.

'Impian atau keluarga?' Timbul persoalan itu dalam mindanya.

Suatu hembusan berat dilepaskannya. 'This is FATE..' Bisik hatinya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shin Hye keluar dari rumahnya seawal jam 7 pagi. Suasana pagi yang sangat damai itu membuatkan jiwanya kembali tenang. Sebenarnya, apa yang berlaku tu ada hikmahnya.

Sebagai bukti, Shin Hye yang dulunya orang paling malas bangun pagi kini bangun awal mengalahkan maknya sendiri. Ini semua kerana keutamaannya terhadap tanggungjawab sebagai pencari rezeki untuk keluarga.

Baru sahaja Shin Hye keluar dari rumahnya, dia terus terserempak dengan Yong Hwa yang juga baru hendak keluar rumah. Langit yang cerah terus bertukar mendung dengan kehadiran Yong Hwa. 'Sungguh indah nasib ku hari ni..' Bisik hati Shin Hye.

'Annyeong, ahjumma!' Sapa Yong Hwa tersangat ramah ..Pagi-pagi lagi dia dah mulakan aktiviti mengusik Shin Hye. Sebenarnya, dia buat macam tu sebab nak ceria kan Shin Hye yang asyik melayan hatinya yang lara.

'Annyeong, ajushhi!' Balas Shin Hye dengan senyuman sinis. Yong Hwa terus mendekati Shin Hye. Basikalnya turut disorong ke arah Shin Hye.

'Shin Hye..' Kata Yong Hwa perlahan. Shin Hye menelan air liurnya perlahan. 'Apesal lak budak ni?' Shin Hye mula cemas.

'Awak cantik sangat hari ni..' Kata Yong Hwa sambil melemparkan senyuman manis. Adushh!! Degupan jantung Shin Hye berdegup 1000 kali ganda laju daripada biasa. Matanya bulat kalah D.O.

Tercengang Shin Hye dibuatnya.

Kemudian, Yong Hwa menarik badannya ke belakang sedikit. 'Hurmm.. Sebenarnya, aku rasa bersalah pasal semalam. Sorry lah, aku marah kau semalam. Aku tak sepatutnya persoalkan kehidupan kau' Kata Yong Hwa kesal.

Kepala Yong Hwa tunduk memandang jalan. Dia seolah-olah sedang didenda guru disiplin pada waktu itu.

'Fine ! Aku maafkan kau dengan satu syarat..' Shin Hye mencuri peluang keemasan itu untuk menggunakan Yong Hwa.

'Apa dia? Apa dia?' Tanya Yong Hwa teruja. Matanya bersinar-sinar memandang Shin Hye. Bibirnya turut tersengih manja. Yong Hwa memang seorang yang manja. Nak-nak lagi, dia anak tungal dalam keluarga.

'Aww.. Comelnyaa..' Bisik hati Shin Hye. Dia mencuba sedaya-upaya untuk menahan dirinya daripada ketawa ataupun tersenyum.

Shin Hye menyilangkan kedua-dua belah tangannya. 'Aku nak kau tolong aku hantar surat khabar' Kata Shin Hye sambil mengangkat keningnya sebelah.

'Okay, Boss!' Jerit Yong Hwa spontan. Shin Hye terus ketawa terbahak-bahak. Yong Hwa buntu dengan tindak balas Shin Hye.

Shin Hye terus mendekati Yong Hwa lalu meletakkan tapak tangannya di dahi Yong Hwa. Shin Hye memuncungkan bibirnya sambil berfikir sejenak. 'Hmm.. Tak panas pun..' Kata Shin Hye di dalam hatinya.

Yong Hwa yang dari tadi tercengang dengan tindakan Shin Hye, terus menepis tangan Shin Hye kasar.

'Aku tak demam lah! Aku serius ni!' Kata Yong Hwa separuh menjerit. 'Oii! Kau baru mintak maaf tadi kan?!' Giliran Shin Hye pula meninggikan suara. Masing-masing menjegilkan bijik mata sambil mengetap gigi.

'Arghh!! Apasal lah aku mintak maaf tadi!!' Jerit Yong Hwa bengang.

'Oiii!! Siapa yang memekak pagi-pagi ni, hah?!!!' Kedengaran suara seorang lelaki tua yang bengis dari arah salah sebuah rumah yang terletak berdekatan. Pandangan mereka terus dialihkan ke arah rumah Atuk Ki Soo, lelaki tua yang paling kerap memarahi sesiapa sahaja yang bising di kawasan rumah mereka.

'Atuk Ki Soo..' Bisik mereka berdua serentak.

'Lari!!' Jerit Yong Hwa sambil berlari menyorong basikalnya. 'Oii! Tunggulah!!' Jerit Shin Hye pula sambil mengejar Yong Hwa.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setibanya di depan kedai runcit Puan Kim,Yong Hwa terus menghentikan langkahnya. Tercungap-cungap Yong Hwa. Tiba-tiba, dia ternampak kelibat pelajar perempuan sekolahnya.

'Oh mak kau!' Jerit Yong Hwa. Nak gugur gantung dibuatnya apabila dia perasan pelajar tersebut ialah Shin Hye!

Shin Hye sempat minum air lagi depan Yong Hwa. 'Macam mana kau boleh sampai dulu? Laju gila kau lari!' Soal Yong Hwa.

Shin Hye menghembuskan nafasnya perlahan. Keningnya diangkat sebelah lalu jari telunjuknya diarahkan ke arah basikal Yong Hwa.

Yong Hwa pelik dengan tindakan Shin Hye. Dia terus pandang ke arah sisinya. 'Cis! Macam mana aku boleh lupa yang aku bawak basikal?!!' Nak je dia jerit sekuat hati kat situ. Dia menyepak-nyepak tayar basikalnya beberapa kali akibat terlampau geram. 'Adushh! Sakitnya!' Keluh Yong Hwa.

'Hurmm.. Kau ni tak lah sepandai yang disangka..' Kata Shin Hye selamba. 'Amboii.. Sedapnya mulut kau cakap eh..' Balas Yong Hwa geram.

'Dah. Jangan banyak cakap lagi. Tolong aku angkat surat khabar tu' Kata Shin Hye sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah selonggok surat khabar di luar kedai runcit Puan Kim.

'Yes, Boss..' Balas Yong Hwa malas. Sebelum tu, sempat lagi dia menyepak tayar basikalnya sekali lagi. 'Ouchh!! Sakit lah!' Yong Hwa memarahi basikalnya yang tidak bersalah tu.

Hi!! Assalamualaikum^^ Alhamdulillah berjaya jugak saya update chap ke-3. Harap korang enjoy membaca ya?? :D Thanks kpd semua suscribers dan bagi yang upvote ;D Sila berikan komen lepas bacaa ...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BIHA_216
Dear readers, saya mints maaf kerana ff ni akan tergendala buat beberapa minggu kerana saya akan fokus kepada ff saya yg pertama iaitu BESTIE. Harap maklum.

Comments

You must be logged in to comment
Starligthangelcnblue #1
sila dalam bahasa inggeris saya tak faham
Starligthangelcnblue #2
eonnie please do it in english
Hawaali #3
Chapter 1: Too bad I can't read it what language is this I wish I can understand it
missymissyongshin #4
Can't understand..which language? :(
jacqueline1215 #5
Too bad i cant read it..
vanishinglove #6
Chapter 1: kesian shin hye hahaha